02/09/2026
π’ NOTIS PEMBERITAHUAN | JKR SARAWAK
Dimaklumkan bahawa penutupan dan lencongan sebahagian jalan Bintulu β Miri (KM 739.59) serta penutupan simpang ke Miri dari Jalan Sebiew akan dilaksanakan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyenggaraan jalan di Sebiew Bypass β Rh Roslind TL Junction KM 739.59, Seksyen KOP, Bahagian Bintulu, Sarawak.
π Lokasi:
* Jalan Bintulu β Miri (KM 739.59)
* Persimpangan jalan ke Bintulu β Miri dari Jalan Sebiew
π
Tarikh:
* 5 September 2026 hingga 14 Oktober 2026
π§ Lencongan Jalan:
* Penutupan dan lencongan sebahagian Jalan Bintulu β Miri (KM 739.59)
* Penutupan simpang ke Miri dari Jalan Sebiew
* Kerja-kerja melibatkan pembuangan turapan jalan yang rosak dan pembinaan turapan tegar serta kerja-kerja berkaitan.
Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan dengan sewajarnya, berhati-hati ketika melalui kawasan tapak pembinaan serta sentiasa mematuhi papan tanda keselamatan dan arahan petugas trafik yang bertugas.
Sebarang pertanyaan berkaitan aliran trafik boleh diajukan kepada:
π PBH Asset Management (Luqman): 019-4820136
π Hotline PBHAM: 013-2273666
Kerjasama dan perhatian semua pengguna jalan raya amat dihargai bagi memastikan kelancaran trafik serta keselamatan semua pihak.
JKR Sarawak
We Build For You