AADK Daerah Samarahan

AADK Daerah Samarahan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from AADK Daerah Samarahan, Government Organization, Matang, Kuching.
(2)

30/05/2026

🌾 SELAMAT MENYAMBUT TADAU KAAMATAN & HARI GAWAI 🌾

Sempena sambutan Tadau Kaamatan dan Hari Gawai, marilah kita bersama-sama menghargai warisan budaya yang menjadi kebanggaan negara serta memperkukuh semangat perpaduan, hormat-menghormati dan kebersamaan dalam kalangan masyarakat.

Kepelbagaian budaya yang kita raikan hari ini merupakan khazanah berharga yang perlu dipelihara oleh setiap generasi. Dalam usaha membina masyarakat yang sejahtera dan harmoni, marilah kita terus menjauhi penyalahgunaan dadah serta membudayakan gaya hidup sihat demi kesejahteraan keluarga, komuniti dan negara.

🌾 Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan 🌾 Gayu Guru Gerai Nyamai
Raikan budaya, pelihara warisan, jauhi dadah demi masa depan yang lebih gemilang.

"Tradisi diraikan, keharmonian dikekalkan. Keindahan budaya mencerminkan perpaduan masyarakat Malaysia yang bebas daripada ancaman dadah."





Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri SarawakSemoga ibadah korba...
26/05/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Sarawak

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan membawa keberkatan, keikhlasan dan pengorbanan yang mendidik jiwa ke arah nilai kemanusiaan, integriti serta semangat kebersamaan yang tinggi.

Semoga sambutan Aidiladha ini turut menjadi inspirasi untuk terus memperkukuhkan komitmen dalam membina masyarakat yang sihat, sejahtera dan bebas dadah.

Salam Aidiladha 1447H / 2026M





BUAT BAIK BERPADA-PADA, BUAT JAHAT JANGAN SEKALIBuat baik biar berpada-pada,buat jahat jangan sekali-kali.Sebab kebaikan...
25/05/2026

BUAT BAIK BERPADA-PADA, BUAT JAHAT JANGAN SEKALI

Buat baik biar berpada-pada,
buat jahat jangan sekali-kali.
Sebab kebaikan akan kembali sebagai doa,
dan kejahatan p**a datang bersama penyesalan.

Fikir sebelum bertindak

------------------------------------------------------------------------

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



24/05/2026

Jelajah Aspirasi Bebas Dadah AADK Daerah Samarahan

24/05/2026

Kota Samarahan, 23 Mei 2026 : Jelajah Aspirasi Bebas Dadah di Dewan Masyarakat Kampung Tambirat



PENDEKATAN KOMUNITI DIPERKASA SEBAGAI BENTENG UTAMA MEMERANGI DADAHKOTA SAMARAHAN, 23 Mei – Pendekatan berasaskan komuni...
24/05/2026

PENDEKATAN KOMUNITI DIPERKASA SEBAGAI BENTENG UTAMA MEMERANGI DADAH

KOTA SAMARAHAN, 23 Mei – Pendekatan berasaskan komuniti terus diperkasa menerusi pelaksanaan Program Jelajah Aspirasi Bebas Dadah (JABD) yang berlangsung di Dewan Kampung Tambirat, Asajaya, hari ini.

Program anjuran AADK Daerah Samarahan ini menjadi platform penting dalam memperkukuh kesedaran masyarakat terhadap bahaya penyalahgunaan dadah, di samping memperkasakan komuniti sebagai benteng utama dalam usaha pencegahan, pemulihan dan kesejahteraan sosial.

Timbalan Residen Bahagian Samarahan, Rais Ahmat berkata, usaha memerangi dadah tidak boleh dipikul oleh agensi penguat kuasa semata-mata, sebaliknya memerlukan sokongan berterusan daripada masyarakat, institusi kekeluargaan, pertubuhan komuniti serta rakan strategik.

Menurut beliau, usaha membimbing dan memulihkan individu yang pernah terlibat dengan penyalahgunaan dadah merupakan tanggungjawab bersama demi memastikan mereka kembali diterima dalam masyarakat dan mampu menjalani kehidupan yang lebih baik.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti berteraskan pendidikan, kesedaran dan penglibatan komuniti telah dilaksanakan termasuk Seminar SKUAD AADK, plogging, pertandingan melukis poster antidadah, Pocket Talk, Pesanan Antidadah (PESADA), pameran agensi kerajaan, walkabout komuniti serta lawatan home visit dan Omnipresent.

Program turut diserikan dengan simbolik penyerahan Lembaran Solidariti JABD sebagai tanda sokongan padu masyarakat terhadap agenda Malaysia Bebas Dadah serta penyampaian Watikah Pelantikan Skuad Antidadah Asajaya bagi memperkukuh peranan sukarelawan komuniti dalam mendekati masyarakat setempat.

Untuk makluman, Kampung Tambirat telah dipilih sebagai Kampung Aspirasi Bebas Dadah bagi Bahagian Samarahan, sekali gus menjadi contoh kepada usaha berterusan membentuk komuniti yang sihat, selamat dan bebas daripada ancaman dadah.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Residen Bahagian Samarahan, Rais Ahmat. Turut hadir ialah Penolong Pengarah Pengurusan AADK Negeri Sarawak, Lily anak Munan; Pegawai Daerah Asajaya merangkap Pengerusi PEMADAM dan OSC Daerah Asajaya, Jerry Zannudin Bidin; Timbalan Pegawai Keselamatan UiTM Samarahan, Mazlan Takap; Timbalan Pengerusi PPSEWA Sarawak Chapter, Dr Hajah Norseha Unin; Temenggong Masyarakat Melayu Bahagian Samarahan, Temenggong Haji Chek Bujang serta ketua-ketua masyarakat dan komuniti setempat.

Program ini turut mendapat kerjasama daripada Pejabat Daerah Asajaya, UiTM Samarahan, PEMADAM, Skuad Anti Dadah Kota Samarahan, SABERKAS, PPSEWA, OSC MIDS Asajaya dan JKK Kampung Tambirat.

Semoga usaha murni ini terus menjadi pemangkin kepada pembentukan masyarakat yang lebih prihatin, berdaya tahan dan bersama-sama memainkan peranan dalam memerangi ancaman dadah demi masa depan generasi akan datang.



24/05/2026

Kota Samarahan, 23 Mei 2026 : Jelajah Aspirasi Bebas Dadah di Dewan Masyarakat Kampung Tambirat



JELAJAH ASPIRASI BEBAS DADAHProgram Jelajah Aspirasi Bebas Dadah telah berjaya dilaksanakan dengan penuh semangat dan so...
23/05/2026

JELAJAH ASPIRASI BEBAS DADAH

Program Jelajah Aspirasi Bebas Dadah telah berjaya dilaksanakan dengan penuh semangat dan sokongan padu daripada pelbagai pihak. Program ini merupakan anjuran bersama AADK Daerah Samarahan, Pejabat Daerah Asajaya, UiTM Samarahan, PEMADAM,Skuad Anti Dadah Kota Samarahan SABERKAS, PPSEWA, OSC MIDS Asajaya serta JKK Kampung Tambirat.Bertempat di Dewan Masyarakat Tambirat, program ini menjadi platform penting dalam menyebarkan kesedaran kepada masyarakat mengenai bahaya penyalahgunaan dadah serta kepentingan gaya hidup sihat dan sejahtera.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Rais bin Ahmad, Timbalan Residen Daerah Samarahan. Turut hadir memeriahkan program ialah Yang Berusaha Puan Lily anak Munan, Penolong Pengarah Pengurusan AADK Negeri Sarawak; Yang Berusaha Encik Jerry Zannudin bin Bidin, Pegawai Daerah Asajaya merangkap Pengerusi PEMADAM dan OSC Daerah Asajaya; Yang Berusaha Tuan Mazlan bin Takap, Timbalan Pegawai Keselamatan UiTM Samarahan; Yang Berusaha Dr. Hajah Norseha Unin, Timbalan Pengerusi PPSEWA Sarawak Chapter; serta Yang Dihormati Ayahanda Temenggong Haji Chek bin Bujang, Temenggong Masyarakat Melayu Bahagian Samarahan.Selain itu, kehadiran Yang Dihormati Ayahanda Penghulu Haji Tamel bin Mohamad bersama ketua-ketua masyarakat, ketua kaum serta ketua-ketua ranting PBB Asajaya turut menyerikan lagi program ini.

Semoga usaha murni ini dapat memperkukuhkan kesedaran masyarakat dan menjadi langkah berterusan ke arah melahirkan komuniti yang bebas daripada ancaman dadah. Bersama kita membina masa depan yang lebih sihat, selamat dan berdaya maju.

Ancaman penyalahgunaan dadah yang semakin membimbangkan memerlukan tindakan bersepadu seluruh masyarakat, justeru Progra...
23/05/2026

Ancaman penyalahgunaan dadah yang semakin membimbangkan memerlukan tindakan bersepadu seluruh masyarakat, justeru Program Jelajah Aspirasi Bebas Dadah (JABD) Peringkat Bahagian Samarahan tampil sebagai medan memperkukuh benteng komuniti daripada terus dibelenggu gejala tersebut.

ASAJAYA: Ancaman penyalahgunaan dadah yang semakin membimbangkan memerlukan tindakan bersepadu seluruh masyarakat, justeru Program Jelajah Aspirasi Bebas Dadah

SKUAD ANTIDADAH BAHAGIAN SAMARAHANPROGRAM JELAJAH ASPIRASI BEBAS DADAHTarikh: 23.5.2026Masa: 8.00 AM – 2.00 PMTempat: De...
23/05/2026

SKUAD ANTIDADAH BAHAGIAN SAMARAHAN
PROGRAM JELAJAH ASPIRASI BEBAS DADAH
Tarikh: 23.5.2026
Masa: 8.00 AM – 2.00 PM
Tempat: Dewan Masyarakat Tambirat, Asajaya

Pengisian Program:
- Konvoi jelajah skuad bersama belia setempat
- Pameran booth peranan dan aktiviti skuad
- Permainan sampingan skuad
- Penubuhan Skuad Antidadah Daerah Asajaya
- Watikah pelantikan Skuad Asajaya
- Pameran agensi kerajaan
- Ceramah Bahaya Dadah

Seramai 30 ahli Skuad Antidadah Bahagian Samarahan dijemput hadir bagi memeriahkan program ini serta menjadi contoh kepada ahli skuad di Daerah Asajaya.

Program ini turut memaparkan kejayaan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Skuad Antidadah Samarahan dalam usaha mengajak belia dan masyarakat agar sentiasa peka terhadap bahaya dadah, yang merupakan gejala tidak sihat dan amat memudaratkan.

BELIA BENCI DADAH

SKUAD ANTIDADAH SAMARAHAN
SEMESTINYA MANTAP & PADU

Address

Matang
Kuching

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Daerah Samarahan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share