JPJ Negeri Sarawak

JPJ Negeri Sarawak Laman Facebook Rasmi JPJ Negeri Sarawak dibangunkan untuk berkongsi maklumat dan menyalurkan informasi kepada orang awam

01/09/2026

Keselamatan di jalan raya bukan hanya bergantung kepada cara pemanduan, tetapi juga persediaan kenderaan. Pastikan anda sentiasa menyediakan peralatan penting ini di dalam kenderaan untuk menghadapi sebarang kecemasan.

✅ Sentiasa pastikan kenderaan anda dalam keadaan baik dan lengkap dengan peralatan keselamatan.






🔄 Kongsikan kepada rakan dan keluarga agar semua lebih peka di jalan raya

01/09/2026

Jangan tunggu sehingga berlaku kecemasan di jalan raya. Jadikan pemeriksaan tayar utama dan tayar simpanan sebagai rutin sebelum memulakan perjalanan.

Pastikan tekanan angin berada pada paras yang disyorkan, bunga tayar masih tebal, tiada rekahan atau benjolan pada tayar, serta tayar simpanan berada dalam keadaan baik dan sedia digunakan. Pemeriksaan ringkas ini mampu mengurangkan risiko tayar pecah, meningkatkan kawalan kenderaan, dan memastikan perjalanan anda lebih selamat.







🔄 Kongsikan kepada rakan dan keluarga agar semua lebih peka di jalan raya

OPS SAMSENG JALANAN: JPJ MIRI DAN JSPT MIRI TERUS PERHEBAT PENGUATKUASAANMIRI, 1 September 2026 (Selasa) – Jabatan Penga...
01/09/2026

OPS SAMSENG JALANAN: JPJ MIRI DAN JSPT MIRI TERUS PERHEBAT PENGUATKUASAAN

MIRI, 1 September 2026 (Selasa) – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak melalui Unit Operasi JPJ Miri bersama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Miri telah melaksanakan Ops Samseng Jalanan secara rondaan di sekitar pusat Bandaraya Miri serta kawasan yang menjadi tumpuan penunggang motosikal yang melakukan perbuatan membuat bising dan menunggang secara berbahaya.

Operasi yang bermula dari jam 10.00 malam hingga 3.00 pagi tersebut telah menyaksikan sebanyak 40 buah motosikal diperiksa. Hasil pemeriksaan mendapati beberapa kesalahan telah dikesan termasuk tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, pengubahsuaian struktur dan peralatan kenderaan serta lain-lain kesalahan melibatkan aspek teknikal kenderaan.

Sebanyak 20 notis telah dikeluarkan oleh JSPT Miri manakala 32 notis turut dikeluarkan oleh JPJ Miri atas kesalahan yang dikesan. Selain itu, JSPT Miri turut menyita sebanyak 11 buah motosikal untuk tindakan lanjut. Semua kesalahan yang dikesan serta tindakan penyitaan kenderaan dilaksanakan selaras dengan peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

JPJ Sarawak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada JSPT Miri atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan operasi ini. JPJ Sarawak akan terus memperkukuh penguatkuasaan secara bersepadu bagi membendung aktiviti samseng jalanan, mencegah tingkah laku pemanduan yang membahayakan serta memastikan keselamatan dan ketenteraman pengguna jalan raya sentiasa menjadi keutamaan.





01/09/2026
01/09/2026

Garisan putih bukan sekadar tanda di jalan, tetapi sempadan keselamatan yang melindungi semua pengguna jalan raya.

Berhenti di belakang garisan putih, patuhi lampu isyarat dan sentiasa utamakan keselamatan setiap kali memandu.







🔄 Kongsikan kepada rakan dan keluarga agar semua lebih peka di jalan raya

OPS SAMSENG JALANAN: JPJ MIRI DAN JSPT MIRI PERHEBAT PENGUATKUASAAN AMBANG MERDEKAMIRI, 31 Ogos 2026 (Isnin) – Jabatan P...
31/08/2026

OPS SAMSENG JALANAN: JPJ MIRI DAN JSPT MIRI PERHEBAT PENGUATKUASAAN AMBANG MERDEKA

MIRI, 31 Ogos 2026 (Isnin) – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak melalui Unit Operasi JPJ Miri dengan kerjasama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Miri telah melaksanakan Ops Samseng Jalanan secara rondaan dan penguatkuasaan di sekitar pusat Bandaraya Miri, Jalan Tanjung Lobang, Jalan Piasau, Jalan Marina, Jalan Grand Old Lady serta kawasan yang menjadi tumpuan kumpulan penunggang motosikal.

Operasi yang bermula dari jam 10.00 malam hingga 4.30 pagi tersebut telah melibatkan pemeriksaan ke atas sebanyak 63 buah motosikal. Hasil pemeriksaan mendapati beberapa kesalahan telah dikesan termasuk kesalahan melibatkan lesen memandu percubaan tamat tempoh, pengubahsuaian struktur dan peralatan kenderaan serta lain-lain kesalahan melibatkan aspek teknikal kenderaan.

Sebanyak 35 notis telah dikeluarkan oleh JSPT Miri manakala 47 notis turut dikeluarkan oleh JPJ Miri atas pelbagai kesalahan yang dikesan. Selain itu, JSPT Miri turut menyita sebanyak 20 buah motosikal untuk tindakan lanjut. Semua kesalahan yang dikesan dan tindakan penyitaan kenderaan yang dilaksanakan adalah selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa.

JPJ Sarawak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada JSPT Miri atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan operasi bersepadu ini. JPJ Sarawak akan terus memperkukuh kerjasama strategik bersama agensi penguatkuasaan dalam usaha membendung aktiviti lumba haram serta memastikan keselamatan dan ketenteraman pengguna jalan raya sentiasa terpelihara.





SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 Semoga semangat kemerdekaan terus menyemarakkan rasa cinta kepada tanah air, mem...
30/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69

Semoga semangat kemerdekaan terus menyemarakkan rasa cinta kepada tanah air, memperkukuh perpaduan serta menyatukan seluruh rakyat Malaysia dalam tekad bersama membina negara yang aman, makmur dan sejahtera.

“Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati”

Ikhlas daripada
Pengarah JPJ Sarawak
Serta Seluruh Warga Kerja JPJ Negeri Sarawak





Address

Lot 200, KM 18. 5 Jalan Kuching/Serian Kuching
Kuching
93250

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPJ Negeri Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JPJ Negeri Sarawak:

Shortcuts

Share