23/08/2026
โ๐ฐ๐ ๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐
๐๐๐, ๐๐โ๐ ๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐.โ - ๐ณ๐๐ ๐ฏ๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
KUCHING, 21 Ogos 26 โ Pejabat Pegawai Wakil Tentera Laut (PWTL) Kuching telah melaksanakan Ceramah Motivasi Ketenteraan dan Kesejahteraan Emosi di Tempat Kerja disertai oleh warga Pasukan Simpanan Tentera Laut (PSTL) Kuching yang bertempat di Ruang Legar Pejabat PWTL Kuching.
Ceramah telah disampaikan oleh Kdr Azwanizam bin Hj Abu Bakar TLDM, Pegawai Staf 1 Psikologi dan Kaunseling Markas Tentera Laut, sebagai usaha memperkukuh motivasi, ketahanan diri dan kesejahteraan emosi dalam kalangan warga ๐๐ฉ๐ฆ ๐๐ข๐ท๐บ ๐๐ฆ๐ฐ๐ฑ๐ญ๐ฆ Kuching.
Ceramah ini memberikan penekanan terhadap kepentingan kekuatan mental, pengurusan emosi dan sikap positif dalam menghadapi cabaran serta tuntutan tugas ketenteraan. Pendedahan yang diberikan turut menjadi panduan kepada warga TLDM dan PSSTLDM untuk mengurus tekanan secara lebih baik, mengekalkan fokus dan membina persekitaran tempat kerja yang sihat, harmoni serta produktif.
Program seumpama ini mencerminkan komitmen unit dalam memastikan kesejahteraan warga PWTL Kuching dan PSTL Kuching sentiasa diberi perhatian sebagai salah satu elemen penting dalam membentuk anggota yang berdaya tahan, berdisiplin dan profesional.
Semoga perkongsian ilmu dan motivasi yang disampaikan dapat menjadi pemangkin kepada warga ๐๐ฉ๐ฆ ๐๐ข๐ท๐บ ๐๐ฆ๐ฐ๐ฑ๐ญ๐ฆ Kuching untuk terus melaksanakan amanah dengan cekal, positif dan penuh dedikasi demi perkhidmatan serta negara.
Sumber | Artikel | Gambar : PR PSTL Kuching
Tentera Laut Diraja Malaysia
Markas Pasukan Simpanan TLDM