Kolej Vokasional Kuching

Kolej Vokasional Kuching SM Vokasional Kuching mulai di tubuhkan pada tahun 1969 dengan menawarkan 3 kursus utama iaitu Elektrik, Automotif & Binaan Bangunan.

Kolej Vokasional Kuching menawarkan 8 program pengajian iaitu Teknologi Automotif, Teknologi Pemesinan Industri, Teknologi Elektrik, Teknologi Elektronik, Seni Kulinari, Seni Reka Fesyen, Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan. Pada tahun 1997, SM Vokasional KUching telah di naik taraf menjadi Sekolah Menengah Teknik Kuching dengan menawarkan kursus aliran Kejuruteraan, Vokasioanal dan Kemahiran. Se

laras dengan transformasi pendidikan vokasional, mulai Januari 2012, SM Vokasional Kuching telah dipilih antara 15 buah sekolah vokasional seluruh Malaysia menjadi Sekolah Rintis bagi Kolej Vokasional KPM. Kini, Kolej Vokasional Kuching menawarkan pengajian di peringkat Diploma Vokasional Malaysia.

Ucapan khas daripada Ts. Zulkernai Bin Fauzi, Pengarah Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV) yang ...
12/05/2026

Ucapan khas daripada Ts. Zulkernai Bin Fauzi, Pengarah Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV) yang juga turut mewakili seluruh warga BPLTV.

Semoga langkah pertama ini menjadi permulaan kepada perjalanan penuh ilmu, kemahiran dan kejayaan dalam dunia TVET.

Terus berusaha, kekal bersemangat dan cipta masa depan yang gemilang. πŸ’ͺπŸ“š

β€œBersama Membina Masa Depan”






MPP Kolej Vokasional Kuching
Unit Psikologi & Kerjaya Kolej Vokasional Kuching
Pejabat Pendidikan Daerah Kuching

KV Kuching teruja dan gembira menyambut kehadiran pelajar DVM (Ambilan Mei 2026) pada hari ini. Hari Pendaftaran Pelajar...
12/05/2026

KV Kuching teruja dan gembira menyambut kehadiran pelajar DVM (Ambilan Mei 2026) pada hari ini.

Hari Pendaftaran Pelajar DVM Semester 1 Tahun 1 sedang berlangsung sekarang di Kolej Vokasional Kuching.

Tahniah dan Selamat Datang!

fans
Pejabat Pendidikan Daerah Kuching
MPP Kolej Vokasional Kuching
Unit Psikologi & Kerjaya Kolej Vokasional Kuching

πŸ“£ Selamat datang kepada semua pelajar baharu DVM Tahun 1 Semester 1 Ambilan Mei 2026 ke Kolej Vokasional Kuching!Pendaft...
09/05/2026

πŸ“£ Selamat datang kepada semua pelajar baharu DVM Tahun 1 Semester 1 Ambilan Mei 2026 ke Kolej Vokasional Kuching!

Pendaftaran akan diadakan pada ketetapan yang berikut :

πŸ—“ Selasa | 12 Mei 2026
⏰ 8.30 pagi
πŸ“ Dewan Mutiara Gemilang

Semoga langkah pertama ini menjadi permulaan kepada perjalanan penuh ilmu, pengalaman dan kejayaan.

β€œLangkah Anda, Masa Depan Anda!” ✨


Pejabat Pendidikan Daerah Kuching
MPP Kolej Vokasional Kuching
Unit Psikologi & Kerjaya Kolej Vokasional Kuching
fans

πŸ—“οΈ 9 Mei 2026πŸ“ Dewan Mutiara GemilangπŸ“š Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-38 Kolej Vokasional KuchingTahniah dan terim...
09/05/2026

πŸ—“οΈ 9 Mei 2026
πŸ“ Dewan Mutiara Gemilang
πŸ“š Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-38 Kolej Vokasional Kuching

Tahniah dan terima kasih kepada semua ibu bapa, penjaga serta warga KV Kuching yang hadir dan bersama-sama menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-38.

Mesyuarat turut menyaksikan pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2025/2026 serta pelantikan Ahli Jawatankuasa baharu bagi Sesi 2026/2027.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan AJK sesi terdahulu atas segala jasa, komitmen dan sumbangan sepanjang tempoh perkhidmatan.

Tahniah juga kepada AJK baharu yang telah dilantik. Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan cemerlang demi kebajikan dan kecemerlangan warga KV Kuching.

Semoga hubungan erat antara pihak kolej dan ibu bapa terus diperkukuhkan dalam usaha melahirkan generasi TVET yang cemerlang, berkemahiran dan berdaya saing.



Pejabat Pendidikan Daerah Kuching
fans

Makluman dan Aturcara Majlis Mesyuarat Agung PIBG KV Kuching Kali Ke-38 dan Dialog Prestasi Bersama Ibu Bapa Pelajar SVM...
07/05/2026

Makluman dan Aturcara Majlis Mesyuarat Agung PIBG KV Kuching Kali Ke-38 dan Dialog Prestasi Bersama Ibu Bapa Pelajar SVM Semester 1

Berikut ialah senarai nama pelajar SVM Kohort 2024 yang layak meneruskan pengajian ke peringkat Diploma Vokasional Malay...
05/05/2026

Berikut ialah senarai nama pelajar SVM Kohort 2024 yang layak meneruskan pengajian ke peringkat Diploma Vokasional Malaysia (DVM) di Kolej Vokasional Kuching.

Sekalung tahniah kepada semua!

Catatan :
Mohon maaf, terdapat ralat pada hantaran sebelum ini.
fans
Pejabat Pendidikan Daerah Kuching

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un dan salam takziah.Dukacita dimaklumkan bahawa salah seorang pelajar Kolej Vokasional ...
05/05/2026

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un dan salam takziah.

Dukacita dimaklumkan bahawa salah seorang pelajar Kolej Vokasional Kuching, Izzul Hakim bin Ismail, telah kembali ke rahmatullah pada 5 Mei 2026. Beliau merupakan pelajar SVM Semester 1 Program Seni Reka Fesyen (HFD) yang dilaporkan telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosanya, dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Semoga ahli keluarga Allahyarham diberikan kekuatan dan ketabahan yang tinggi dalam menghadapi ujian yang amat berat ini.

Selamat menduduki Penilaian Akhir Semester bagi pelajar DVM 1 Semester 2.Kepada semua calon, semoga dipermudahkan segala...
03/05/2026

Selamat menduduki Penilaian Akhir Semester bagi pelajar DVM 1 Semester 2.

Kepada semua calon, semoga dipermudahkan segala urusan.
Buat yang terbaik β€” kejayaan menanti!

01/05/2026

Selamat Menyambut Hari Pekerja. Manfaatkan cuti ini untuk beristirahat bersama orang tersayang.

πŸ—“οΈ 23-26 April 2026πŸ“ Sibu, Sarawak.Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Badminton dan Olahraga Kolej Vokasional K...
30/04/2026

πŸ—“οΈ 23-26 April 2026
πŸ“ Sibu, Sarawak.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Badminton dan Olahraga Kolej Vokasional Kuching atas pencapaian yang amat membanggakan dalam Kejohanan SuKoV dan FesKoV Sarawak 2026 yang lalu! πŸ”₯

Pasukan Badminton berjaya muncul sebagai Naib Juara Keseluruhan, manakala Pasukan Olahraga turut cemerlang dengan pencapaian Tempat Ketiga Keseluruhan. Kejayaan ini membuktikan semangat juang, disiplin, dan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh para atlet sepanjang kejohanan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pengurus Pasukan dan Jurulatih atas bimbingan, pengorbanan serta usaha tanpa jemu dalam memastikan kecemerlangan pasukan.

Teruskan melakar kejayaan, kekalkan momentum, dan jadikan pencapaian ini sebagai pembakar semangat untuk melangkah lebih jauh pada masa akan datang! πŸ’ͺ




Pejabat Pendidikan Daerah Kuching

Address

Jalan College, Batu Lintang
Kuching
93200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6082420814

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Vokasional Kuching posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share