12/05/2026
NREB DIIKTIRAF CEMERLANG MENERUSI PENSIJILAN SACSES
9 Mei 2026 | UNIFOR Complex
Pada 9 Mei 2026, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) telah berjaya meraih Pensijilan Sarawak Civil Service Environmental Standard (SACSES) dengan Kategori Cemerlang bagi tempoh 6 Mei 2026 hingga 5 Mei 2029 semasa Majlis Anugerah Mini Konvensyen Innovative and Creative Circle (ICC) 2026 Peringkat Jabatan Premier Sarawak anjuran Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU) yang berlangsung di UNIFOR Complex.
Pencapaian ini amat membanggakan apabila NREB tersenarai antara lima agensi di Sarawak yang menerima Pensijilan SACSES, sekali gus memperlihatkan kesungguhan organisasi dalam mengamalkan tadbir urus berkualiti serta memperkasakan budaya kerja lestari dan berimpak tinggi.
Kejayaan ini merupakan hasil daripada dedikasi, kerjasama dan komitmen berterusan seluruh warga NREB dalam memastikan setiap keperluan serta piawaian SACSES dilaksanakan dengan berkesan dan cemerlang.
Transisi daripada pelaksanaan EKSA kepada SACSES mencerminkan komitmen berterusan NREB dalam memperkukuh budaya kerja yang berkualiti, tersusun dan mampan selaras dengan aspirasi kecemerlangan organisasi.
Sekalung penghargaan serta ucapan syabas dan tahniah kepada seluruh warga NREB atas komitmen dan usaha yang telah membuahkan kejayaan membanggakan ini. Semoga budaya kecemerlangan ini terus diperkasa dan dipertingkatkan ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih berkualiti, cekap dan lestari demi manfaat masyarakat dan negeri.