Forest Department Sarawak

Forest Department Sarawak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Forest Department Sarawak, Government Organization, Forest Department Sarawak Headquarters, Level 15, East Wing Bangunan Baitulmakmur II, Medan Raya, Petra Jaya, Kuching.
(2)

"๐€๐ง ๐€๐ ๐ž๐ง๐œ๐ฒ ๐‚๐จ๐ฆ๐ฆ๐ข๐ญ๐ž๐ ๐“๐จ๐ฐ๐š๐ซ๐๐ฌ ๐’๐ฎ๐ฌ๐ญ๐š๐ข๐ง๐š๐›๐ฅ๐ž ๐…๐จ๐ซ๐ž๐ฌ๐ญ๐ซ๐ฒ"

VISION: To be Globally Recognized in Sustainable Forest Management

MISSION:To Manage and Develop for Socio-Economic and Environmental Sustainability

15/05/2026

2026-05-13T16:37:58+08:00 Mei 13, 2026, Rabu - 4:37pm Peserta merakam gambar berkumpulan selepas program penanaman pokok di Hutan Simpan Sabal, Simunjan. KUCHING: Sebanyak 2,000 anak pokok asli bernilai tinggi ditanam pada program penanaman pokok di Hutan Simpan Sabal di Simunjan semalam menerusi pr...

14/05/2026
PENGIKTIRAFAN GLOBAL: JABATAN HUTAN SARAWAK MUKTAMADKAN PENCALONAN GUNUNG PUEH KE UNESCOKUCHING, 13 Mei 2026 โ€“ Jabatan H...
14/05/2026

PENGIKTIRAFAN GLOBAL: JABATAN HUTAN SARAWAK MUKTAMADKAN PENCALONAN GUNUNG PUEH KE UNESCO

KUCHING, 13 Mei 2026 โ€“ Jabatan Hutan Sarawak (JHS) kini berada di fasa akhir bagi memuktamadkan dokumen pencalonan rasmi Gunung Pueh sebagai Tapak Rezab Biosfera UNESCO. Inisiatif strategik ini merupakan tindakan susulan hasil kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 18 November 2025 yang lalu.

Satu mesyuarat persediaan serta taklimat lawatan tapak telah diadakan pada hari ini bertempat di Bangunan Baitul Makmur II. Sesi ini dipengerusikan oleh Tuan Haji Happysupina Bin Sait, Timbalan Pengarah Hutan (Konservasi & Pembangunan).

Perbincangan ini turut diperkukuhkan dengan penglibatan barisan pakar akademik daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), bagi memastikan setiap kriteria program Man and the Biosphere (MAB) dapat dipenuhi dengan sempurna.

Fokus utama sesi hari ini merangkumi:
Penyelarasan Dossier Pencalonan: Memuktamadkan dokumen rasmi sebelum dikemukakan kepada pihak UNESCO.
Kriteria Zonasi MAB: Memastikan pengurusan zonasi yang meliputi Zon Teras (Core), Zon Penyangga (Buffer), dan Zon Transisi memenuhi piawaian antarabangsa.
Persediaan Lawatan Tapak: Taklimat teknikal bagi tinjauan di kawasan sekitar Hutan Simpan Gunung Pueh, Lundu.

Usaha murni ini mencerminkan komitmen berterusan Jabatan Hutan Sarawak dalam memelihara kelestarian biodiversiti Sarawak, sekali gus meletakkan khazanah alam Sarawak di peta pengiktirafan dunia.

Oooha!!!Apa khabar orang Sarawak, Sabah, Brunei!Jom kita datang beramai-ramai ke Non-Timber Forest Products Expo 2026! K...
13/05/2026

Oooha!!!

Apa khabar orang Sarawak, Sabah, Brunei!

Jom kita datang beramai-ramai ke Non-Timber Forest Products Expo 2026!

Kali ini kita akan berkampung di ๐Ÿ“ Bintang Megamall, Miri dari 18-24 Mei 2026!

Mari kita sokong dan raikan hasil tangan tempatan komuniti perhutanan sosial di Sarawak.

๐ŸŒฑ Lestarikan khazanah alam
๐ŸŽจ Hayati warisan & kreativiti komuniti Sarawak
๐ŸŒฟโœจ Dari hutan ke gaya hidup. Temui keunikan hasil alam Sarawak di satu tempat!

Lihat sendiri dan bawa pulang keindahan produk berasaskan hutan seperti kraftangan rotan & buluh, makanan tradisional, produk kesihatan semula jadi, seni ukiran, madu kelulut, gula apong dan banyak lagi! ๐Ÿฏ๐Ÿชต๐Ÿงบ

โœจ Support local hands, sustain natural lands โœจ

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI PELABURAN ASING DARI NEGARA CHINA KE SARAWAK DALAM INDUSTRI PERHUTANANKUCHING, 13 Mei 2026 โ€“ Y...
13/05/2026

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI PELABURAN ASING DARI NEGARA CHINA KE SARAWAK DALAM INDUSTRI PERHUTANAN

KUCHING, 13 Mei 2026 โ€“ YBhg. Datu Haji Hamden bin Haji Mohammad, Pengarah Hutan Sarawak telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi pelaburan asing dari Negara China yang diketuai oleh Mr. Liang Dingzai, Chairman, Hainan Province Forestry Group Co., Ltd. (HFG). Delegasi tersebut turut disertai oleh barisan pengurusan HFG, ahli akademik, pelabur serta wakil syarikat yang terlibat dalam industri bioengineering dan teknologi tenaga baharu dari China.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mengadakan perbincangan awal berhubung potensi kerjasama strategik dalam sektor perhutanan, pemeliharaan hutan dan pembangunan perusahaan tanaman berasaskan sumber hutan di Sarawak. Dalam sesi perbincangan tersebut, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai dasar dan polisi eksport kayu balak, tatacara pengeluaran permit atau lesen berkaitan aktiviti pembalakan, di samping meneroka peluang kerjasama dalam aktiviti penghutanan semula, penyelidikan dan pembangunan projek berasaskan sumber lestari.

Turut hadir bersama Pengarah Huan Sarawak adalah Tuan Haji Happysupina bin Sait, Timbalan Pengarah Hutan (Konservasi Hutan & Pembangunan) dan pegawai kanan yang lain daripada Jabatan Hutan Sarawak.

Bengkel Laporan Kajian Impak Projek Heart of Borneo Fasa IIIKUCHING, 10 Mei 2026 - Jabatan Hutan Sarawak telah mengadaka...
11/05/2026

Bengkel Laporan Kajian Impak Projek Heart of Borneo Fasa III

KUCHING, 10 Mei 2026 - Jabatan Hutan Sarawak telah mengadakan Bengkel Penyediaan Laporan Kajian Impak Projek Heart of Borneo (HoB) Fasa III pada 8-10 Mei 2026 bertempat di The Waterfront Hotel, Kuching Sarawak.

Bengkel ini telah disampaikan oleh dua orang penceramah dari Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) iaitu Encik Mohamad Nur Amal bin Mohamad Matahab dan Puan Atikah binti Mohamad Sahar. Bengkel tersebut telah dirasmikan oleh Puan Hjh Mohizah Bt Mohamad, selaku Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa.

Tujuan bengkel ini dilaksanakan adalah untuk untuk memberi panduan dan pendedahan yang jelas kepada pegawai projek HoB dan kakitangan Jabatan Hutan Sarawak dalam penyediaan laporan kajian impak projek HoB yang sistematik, komprehensif dan selaras dengan keperluan pelaporan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.

PREMIER SARAWAK MERASMIKAN SAMBUTAN HARI PEKERJA TAHUN 2026 PERINGKAT SARAWAKKUCHING, 10 Mei 2026 - YAB Datuk Patinggi T...
10/05/2026

PREMIER SARAWAK MERASMIKAN SAMBUTAN HARI PEKERJA TAHUN 2026 PERINGKAT SARAWAK

KUCHING, 10 Mei 2026 - YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak telah merasmikan Sambutan Hari Pekerja Tahun 2026 Peringkat Sarawak yang berlangsung dalam suasana penuh semangat dan penghargaan terhadap golongan pekerja sebagai tunjang pembangunan Sarawak.

Turut hadir memeriahkan sambutan tersebut ialah YBhg. Datu Haji Hamden bin Haji Mohammad, Pengarah Hutan Sarawak bersama warga Jabatan Hutan Sarawak yang menunjukkan semangat kesukanan, kerjasama dan komitmen tinggi sepanjang program berlangsung.

Dalam sambutan berkenaan, Jabatan Hutan Sarawak turut mengharumkan nama jabatan apabila berjaya merangkul Johan bagi pertandingan Pasukan Paling Ceria, hasil semangat berpasukan dan sokongan padu seluruh warga kerja.

Beliau turut menekankan bahawa peranan penjawat awam dan seluruh tenaga kerja amat penting dalam memastikan pembangunan Sarawak terus mampan, progresif dan selari dengan agenda transformasi Sarawak ke arah masa depan yang lebih moden dan berdaya saing.

Penglibatan aktif Jabatan Hutan Sarawak dalam sambutan ini mencerminkan komitmen berterusan jabatan dalam memupuk semangat perpaduan, profesionalisme serta budaya kerja cemerlang dalam kalangan warga kerja.

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐๐ž๐ง๐š๐ง๐š๐ฆ๐š๐ง ๐๐จ๐ค๐จ๐ค ๐€๐ง๐ฃ๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐‚๐š๐ก๐ฒ๐š ๐Œ๐š๐ญ๐š ๐’๐š๐ซ๐š๐ฐ๐š๐ค ๐’๐ข๐ซ๐ข ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”SIMUNJAN, 9 Mei 2026 - Program penanaman pokok anj...
09/05/2026

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐๐ž๐ง๐š๐ง๐š๐ฆ๐š๐ง ๐๐จ๐ค๐จ๐ค ๐€๐ง๐ฃ๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐‚๐š๐ก๐ฒ๐š ๐Œ๐š๐ญ๐š ๐’๐š๐ซ๐š๐ฐ๐š๐ค ๐’๐ข๐ซ๐ข ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

SIMUNJAN, 9 Mei 2026 - Program penanaman pokok anjuran bersama Jabatan Hutan Sarawak dan Cahya Mata Sarawak telah diadakan di Hutan Simpan Sabal pada pagi ini di Hutan Simpan Sabal.

Sebanyak 2,000 anak pokok spesies asli bernilai tinggi seperti kerukup, meranti, luis dan resak telah berjaya ditanam dengan penyertaan 170 orang peserta termasuk anggota tentera daripada Briged Ketiga Infantri Malaysia (3 Briged), Kem Penrissen Kuching serta komuniti setempat.

Turut hadir adalah Managing Director Cahya Mata Cement, Encik Choong Ju Tang dan Mejar Ujan ak Mekol daripada 3 Woksyop Briged๐ŸŒณ๐ŸŒณ

PROGRAM BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN (BKP) TURUN PADANG (OUTREACH) 2026KAPIT, 7 Mei 2026 - Bahagian Khidmat Pengurusan (B...
09/05/2026

PROGRAM BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN (BKP) TURUN PADANG (OUTREACH) 2026

KAPIT, 7 Mei 2026 - Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) Jabatan Hutan Sarawak telah mengadakan Program BKP Turun Padang (Outreach) ke Pejabat Hutan Wilayah Kapit dan melibatkan penyertaan seramai 40 kakitangan Pejabat Hutan Wilayah Kapit secara fizikal dan online melalui aplikasi zoom.

Program ini bertujuan untuk:
i. Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan;
ii. Mengurangkan jurang pengetahuan dan amalan antara Ibu Pejabat dan Wilayah; dan
iii. Memperkukuh perkongsian amalan terbaik merentas bahagian, unit dan wilayah.

Sesi taklimat dan soal jawab yang telah dilaksanakan melibatkan 8 seksyen di bawah Bahagian Khidmat Pengurusan, termasuk pengisian dan kemaskini fungsi serta peranan.

Program ini turut dilaksanakan secara aplikasi Zoom lanjutan daripada arahan Pengarah Hutan Sarawak bagi penjimatan kos dan kawalan operasi jabatan yang berkuatkuasa pada 14 April 2026.

Lawatan kerja ke FOSCC Nanga Simpileh, Balleh, Kapit turut dijalankan untuk memberikan pendedahan kepada pegawai.

Program ini juga mencerminkan komitmen berterusan jabatan dalam memperkukuh tadbir urus serta memperkasa penyampaian perkhidmatan di peringkat wilayah.

๐•๐ž๐ ๐ž๐ญ๐š๐ญ๐ข๐ฏ๐ž ๐๐ซ๐จ๐ฉ๐š๐ ๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง ๐“๐ž๐œ๐ก๐ง๐ข๐ช๐ฎ๐ž๐ฌ ๐Ÿ๐จ๐ซ ๐…๐จ๐ซ๐ž๐ฌ๐ญ ๐“๐ซ๐ž๐ž ๐’๐ฉ๐ž๐œ๐ข๐ž๐ฌ ๐–๐จ๐ซ๐ค๐ฌ๐ก๐จ๐ฉKUCHING, 8 May 2026 - Forest Department Sarawak, throu...
08/05/2026

๐•๐ž๐ ๐ž๐ญ๐š๐ญ๐ข๐ฏ๐ž ๐๐ซ๐จ๐ฉ๐š๐ ๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง ๐“๐ž๐œ๐ก๐ง๐ข๐ช๐ฎ๐ž๐ฌ ๐Ÿ๐จ๐ซ ๐…๐จ๐ซ๐ž๐ฌ๐ญ ๐“๐ซ๐ž๐ž ๐’๐ฉ๐ž๐œ๐ข๐ž๐ฌ ๐–๐จ๐ซ๐ค๐ฌ๐ก๐จ๐ฉ

KUCHING, 8 May 2026 - Forest Department Sarawak, through the Industrial Forest Research Centre (IFRC), conducted a workshop on Vegetative Propagation Techniques for Forest Tree Species from 4โ€“5 May 2026 to strengthen the technical expertise of IFRC personnel. The theoretical sessions were held at IFRC, Kuching, followed by a comprehensive field practical session at the LPF0042 Polima Forest Bintulu Sdn. Bhd. site in Sampadi, Lundu.

The training enhanced the participants' understanding of the biology of regeneration in woody plants and strengthened their capacity to perform practical vegetative propagation through stem cutting, layering, and grafting methods.

Special appreciation is extended to the expert speaker, Dr. Johar Bin Mohamed, and his assistant instructors from the Faculty of Forestry and Environment, Universiti Putra Malaysia (UPM), as well as Polima management, for their valuable contributions and cooperation in making this workshop a success.

This initiative reflects a shared commitment to continuously improving the understanding and implementation effectiveness of silviculture, particularly in producing high-quality planting materials that consistently retain superior genetic traits to support the sustainable Forest Plantation Research Program across Sarawak.

KURSUS PRA-PERSARAAN JABATAN HUTAN SARAWAK 2026KUCHING, 7 Mei 2026 - Jabatan Hutan Sarawak telah menganjurkan Kursus Pra...
07/05/2026

KURSUS PRA-PERSARAAN JABATAN HUTAN SARAWAK 2026

KUCHING, 7 Mei 2026 - Jabatan Hutan Sarawak telah menganjurkan Kursus Pra-Persaraan bagi tahun 2026 bertempat di Raia Hotel & Convention Centre, Kuching.

Program yang berlangsung selama dua hari bermula 6 hingga 7 Mei 2026 ini melibatkan penyertaan seramai 60 orang bakal pesara yang terdiri daripada pelbagai skim serta gred perkhidmatan dari seluruh jabatan.

Kursus yang dikendalikan oleh Encik Telemachus Lo daripada SMT Learning Solutions ini memfokuskan kepada persediaan holistik melalui empat modul utama:
โ—† Pengurusan Kendiri: Fokus kepada kesejahteraan selepas tamat perkhidmatan.
โ—† Pengurusan Kewangan: Strategi mengurus simpanan dan dana persaraan.
โ—† Pengurusan Kesihatan: Penjagaan aspek fizikal dan mental di usia emas.
โ—† Peluang Perniagaan: Pendedahan kepada bidang keusahawanan sebagai aktiviti pasca-persaraan.

Penganjuran kursus ini mencerminkan komitmen berterusan Jabatan Hutan Sarawak dalam menghargai jasa serta sumbangan para bakal pesara yang telah berbakti di Jabatan.

Melalui perkongsian ilmu yang disampaikan, Jabatan berharap agar setiap peserta mampu merancang fasa persaraan yang lebih teratur, sihat, dan produktif setelah tamat tempoh perkhidmatan kelak.

Address

Forest Department Sarawak Headquarters, Level 15, East Wing Bangunan Baitulmakmur II, Medan Raya, Petra Jaya
Kuching
93050

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6082495111

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Forest Department Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Forest Department Sarawak:

Share