06/03/2026
ππππππ πππππππ ππππππ πππππππ πππππ πππππππ πππππ (πππ) ππππ ππππ/πππ/π/ππππ
KUCHING, 6 Mac 2026 β Majlis Penutup Kursus Pegawai Tidak Tauliah Kanan (DEC) Siri PTTK/DEC/2/2026 telah dilaksanakan dengan penuh tertib dan jayanya bertempat di Padang Kawad Rejimen Keempat Kor Armor Diraja. Majlis penutup ini telah disempurnakan oleh Mejar Mohd Fadli bin Hussin selaku Pegawai Gerak. Kursus ini telah bermula pada 12 Jan 2026 dan telah berlangsung selama 8 minggu.
Kursus ini bertujuan untuk memperkukuh pengetahuan, kemahiran serta kepimpinan Pegawai Tidak Tauliah Kanan (PTTK) agar mereka lebih bersedia melaksanakan tugas, tanggungjawab dan peranan secara profesional, berkesan serta selaras dengan keperluan organisasi Kor Armor Diraja.
Seramai 93 orang anggota lain-lain pangkat (LLP) telah berjaya menamatkan kursus ini yang terdiri daripada wakil pelbagai unit seperti MK PMTTD, 13 RAMD, 1 KAD, 2 KAD, 4 KAD, 11 KAD, SIB, SAP, 3 SSB, 71 RSPMT, 3 RAJD, 8 RAD, 3 Komp KPTD, 71 Bn KPD, Rej 501 (AW), Rej 510 (AW), Rej 511 (AW), ATD Kolej Pegawai dan PULAMOR.
Sepanjang tempoh kursus, para penuntut telah melalui pelbagai modul latihan merangkumi aspek kepimpinan, pengurusan, disiplin serta kecergasan fizikal. Kejayaan menamatkan kursus ini membuktikan komitmen, ketahanan mental dan fizikal yang tinggi dalam kalangan para peserta.
Diharapkan segala ilmu, pengalaman serta nilai kepimpinan yang diperoleh sepanjang kursus ini dapat diaplikasikan dengan sebaiknya dalam melaksanakan amanah sebagai Pegawai Tidak Tauliah Kanan yang berwibawa, sekali gus menyumbang kepada kecemerlangan Rejimen dan Kor Armor Diraja secara keseluruhannya.
WiraWaja