Balai Polis Padungan

Balai Polis Padungan “Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada” Agensi Peneraju dalam menjadikan Malaysia negara yang Selamat, Aman dan Sejahtera.

25/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1448H/2026M

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, Puan Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H/2026M kepada seluruh umat islam di negara ini.

Semoga kecintaan kepada Rasulullah SAW terus mekar dalam jiwa, menyuburkan semangat persaudaraan dan mendorong kita untuk sentiasa melakukan kebaikan demi kesejahteraan ummah serta negara.

'MADANI Dihayati, Ummah Diberkati'

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik 'Like' untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official
https://www.tiktok.com/






25/08/2026
31/07/2026
31/07/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI PAHLAWAN 2026
31 Julai 2026

Hari Pahlawan merupakan detik penuh bermakna untuk mengenang dan menghargai segala jasa, pengorbanan serta keberanian para pahlawan yang telah berjuang mempertahankan keamanan, kedaulatan dan kesejahteraan negara.

Semoga semangat juang, kecekalan dan pengorbanan mereka terus menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia untuk memupuk nilai patriotisme, memperkukuhkan perpaduan serta bersama-sama memelihara keamanan yang dikecapi hari ini.

"Jasa Pahlawan Menyatukan Kita, Semangat Pahlawan Membawa Malaysia Maju."

Selamat Menyambut Hari Pahlawan 2026.
Pahlawan Dikenang, Jasamu Sepanjang Zaman.

Ikhlas daripada:
CP Datuk Mohamad Zainal bin Haji Abdullah
Pesuruhjaya Polis Sarawak
&
Datin Dr Nitce Isa Medina binti Machmudi Isa
Pengerusi PERKEP Kontinjen Sarawak

🇲🇾 "Jasa Pahlawan Terus Dihargai, Keamanan Negara Menjadi Tanggungjawab Bersama."

25/07/2026

SALAM TAKZIAH
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Dengan penuh rasa dukacita dan simpati, kami merakamkan ucapan Salam Takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Kpl Mohammad Norhisam bin Ali, Unit Rondaan Bermotosikal (URB), Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa dan kesilapan Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya, menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan hamba-hamba yang beriman serta dikurniakan tempat yang mulia di sisi-Nya.

Semoga seluruh ahli keluarga dikurniakan ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah.

Takziah daripada:

CP Datuk Mohamad Zainal bin Haji Abdullah
Pesuruhjaya Polis Sarawak

DCP Saifullizan bin Ishak
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak

serta seluruh Warga PDRM Kontinjen Sarawak.

22/07/2026

Selamat Hari Sarawak kepada seluruh rakyat Sarawak.

Hasil kesepakatan dan kerjasama yang erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak, negeri ini kini berada pada landasan yang semakin kukuh untuk muncul sebagai peneraju pertumbuhan, inovasi dan pembangunan yang inklusif.

Setiap ikhtiar digerakkan dengan tekad mengangkat martabat rakyat, memperkasa ekonomi serta menjamin kesejahteraan yang berkekalan.

Transformasi kemajuan yang sedang dilakar ini adalah hasil usaha bersama. Dengan semangat Sarawak Maju Segulai Sejalai, kita akan terus melangkah sederap memperkukuh perpaduan, merancakkan pembangunan dan membina masa depan yang lebih makmur demi Sarawak dan Malaysia.

Semoga Bumi Kenyalang terus melakar kejayaan, menyemarakkan kemakmuran dan menjadi kebanggaan negara, demi masa depan yang lebih gemilang buat seluruh rakyat Sarawak dan Malaysia.


22/07/2026

SARAWAK MAJU MAKMUR: SELAMAT MENYAMBUT HARI SARAWAK 2026

"Selamat Menyambut Hari Sarawak 2026 kepada seluruh rakyat Sarawak. Semoga sambutan ini terus menyemarakkan semangat perpaduan, keharmonian dan kecintaan terhadap bumi Kenyalang yang kita kasihi. Marilah kita bersama-sama berganding bahu memelihara keamanan, memperkukuh kesejahteraan serta menyumbang ke arah kemajuan Sarawak yang lebih makmur dan berdaya saing. Selamat Hari Sarawak. Sarawak Maju Makmur."

Ikhlas daripada

CP Datuk Mohamad Zainal bin Haji Abdullah
Pesuruhjaya Polis Sarawak

serta isteri

Datin Dr. Nitce Isa Medina binti Machmudi Isa
Pengerusi PERKEP Kontinjen Sarawak

GENERAL ROLL CALL BULAN JUN 2026 BP PADUNGAN DAN MAJLIS MERAIHKAN PESARAAN SM SARMEZI BIN AWANG, PEN. KETUA POLIS BALAI ...
27/06/2026

GENERAL ROLL CALL BULAN JUN 2026 BP PADUNGAN DAN MAJLIS MERAIHKAN PESARAAN SM SARMEZI BIN AWANG, PEN. KETUA POLIS BALAI PADUNGAN.

27 Jun, 2026 - Berlangsungnya General Roll Call Bulanan bagi bulan April 2026 di Bilik Mesyuarat BP Bintawa. Tujuan adanya General Roll Call adalah untuk (1) menyampaikan maklumat dan arahan terkini / amanat pucuk pimpinan, (2) pemeriksaan kehadiran dan disiplin, (3) membina semangat berpasukan dan (4) menyelesaikan masalah yang tertunggak.

Insp Goh Chen Hong, KPB Padungan telah menyampaikan amanatnya terutamanya amanat daripada pucuk pimpinan PDRM. Antara intipatinya adalah harapan semua petugas untuk terus mengekalkan profesionalisme disamping mempunyai tahap disiplin yang tinggi. Juga diingatkan supaya semua menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan menjaga keharmonian keluarga.

Selesainya General Roll Call tersebut telah diadakan Majlis bagi meraihkan SM Sarmezi Bin Awang, Pen. KPB Padungan yang bakal menamatkan perkhidmatannya selama 37 tahun dengan pasukan PDRM. SM Sarmezi merupakan seorang anggota polis yang telah berkhidmat di pelbagai Bahagian seperti Bahagian Siasatan Jenayah, Bahagian Pengurusan dan kali berakhir berkhidmat di Balai Polis Padungan. Dalam amanat SM Sarmezi yang disampaikan adalah mengingatkan semua yang hadir untuk terus mengukuhkan integriti, bertugas dengan baik dan selamat, menjaga nama baik pasukan dan juga teruskan ukhuwah antara pegawai dan anggota balai khususnya.

Dalam ucapan Insp Goh, KPB Padungan, beliau telah mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada SM Sarmezi atas segalah tunas dan bakti terhadap BP Padungan selama ini. SM Sarmezi merupakan seorang pegawai polis yang telah berkhidmat dengan cemerlang dan penuh dedikasi selama perkhidmatannya.

Seluruh warga Balai Polis Padungan mendoakan agar SM Sarmezi Awang Dan keluarganya terus diberkati dengan kesihatan yang baik, selalu gembira dan selamat menikmati kehidupan pesaraan.

17 JUN 2026KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH KUCHING BERKENAAN PENUTUPAN JALAN SEMPENA PROGRAM 'NITI DAUN' SAMBUTAN GAW...
19/06/2026

17 JUN 2026
KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH KUCHING BERKENAAN PENUTUPAN JALAN SEMPENA PROGRAM 'NITI DAUN' SAMBUTAN GAWAI PERINGKAT SARAWAK 2026.

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1448H/2026MSeluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1...
17/06/2026

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1448H/2026M

Seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H/2026M kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya umat Islam.

Semoga Maal Hijrah ini menjadi titik permulaan untuk memperbaharui azam, memperkukuhkan keimanan dan menyemarakkan semangat ke arah kehidupan yang lebih baik serta mendapat keberkatan daripada-Nya.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official
https://www.tiktok.com/





#16062026

Address

Lot. 135/137, Jalan Padungan
Kuching
93100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Polis Padungan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Balai Polis Padungan:

Shortcuts

Share

Category