Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak, Jabatan Perdana Menteri

Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak, Jabatan Perdana Menteri Laman sosial facebook ini merupakan laman sosial rasmi Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak.

Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak telah ditubuhkan pada tahun 1963 dengan tugas-tugas dan kuasa-kuasa tertentu dan telah dimansuhkan mulai 1 Jun 1982. Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak telah ditubuhkan semula pada 1 Mei 1990 berikutan daripada keputusan Jemaah Menteri pada 21 November 1989.

𝗦𝗨𝗣𝗦 π—§π—˜π—₯π—œπ— π—” π—žπ—¨π—‘π—π—¨π—‘π—šπ—”π—‘ 𝗛𝗒π—₯𝗠𝗔𝗧 π—žπ—˜π—§π—¨π—” π—¨π—‘π—œπ—§ π—”π—¨π——π—œπ—§ π——π—”π—Ÿπ—”π—  𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛/ 𝗦𝗔π—₯𝗔π—ͺπ—”π—žKUCHING, 2 September 2026 – YBhg. Dato Ahmad Nadzri bi...
03/09/2026

𝗦𝗨𝗣𝗦 π—§π—˜π—₯π—œπ— π—” π—žπ—¨π—‘π—π—¨π—‘π—šπ—”π—‘ 𝗛𝗒π—₯𝗠𝗔𝗧 π—žπ—˜π—§π—¨π—” π—¨π—‘π—œπ—§ π—”π—¨π——π—œπ—§ π——π—”π—Ÿπ—”π—  𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛/ 𝗦𝗔π—₯𝗔π—ͺπ—”π—ž

KUCHING, 2 September 2026 – YBhg. Dato Ahmad Nadzri bin Mohd Hassan, Setiausaha Persekutuan Sarawak hari ini menerima kunjungan hormat daripada YBrs. Encik Mike Marthenson Jalang Bundai, Ketua Unit Audit Dalam Sabah/ Sarawak, Kementerian Dalam Negeri (KDN) di pejabat beliau, di sini.

Sesi pertemuan berkenaan memfokuskan perbincangan mengenai perancangan logistik perpindahan ke pejabat baharu, perincian pelaksanaan dan operasi pengauditan bagi cawangan pejabat di Sarawak dan Sabah.

Selain itu, perbincangan turut menyentuh operasi pengauditan yang dilaksanakan secara berjadual berdasarkan rancangan audit tahunan meliputi lapan bidang utama pengauditan termasuk audit pengurusan kewangan, prestasi dan pematuhan serta pemeriksaan mengejut.

Turut hadir ialah Encik Rano anak Sini, Juruaudit Bahagian Audit Dalam, KDN dan ⁠Puan Nor Azila binti Amir, Penolong Juruaudit.

𝗔π—₯𝗣𝗔 π—£π—˜π—₯π—žπ—¨π—žπ—¨π—› π—£π—˜π—‘π—¬π—”π— π—£π—”π—œπ—”π—‘ π—£π—˜π—₯π—žπ—›π—œπ——π— π—”π—§π—”π—‘ π——π—œ 𝗦𝗔π—₯𝗔π—ͺπ—”π—žSIBU, 1 September 2026 - Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) perl...
03/09/2026

𝗔π—₯𝗣𝗔 π—£π—˜π—₯π—žπ—¨π—žπ—¨π—› π—£π—˜π—‘π—¬π—”π— π—£π—”π—œπ—”π—‘ π—£π—˜π—₯π—žπ—›π—œπ——π— π—”π—§π—”π—‘ π——π—œ 𝗦𝗔π—₯𝗔π—ͺπ—”π—ž

SIBU, 1 September 2026 - Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) perlu digerak bagi memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan kerajaan dengan mengambil kira keperluan sebenar rakyat di Sarawak, khususnya cabaran geografi dan logistik yang menyebabkan akses kepada perkhidmatan awam berbeza antara kawasan bandar dan pedalaman.

YBhg. Dato Ahmad Nadzri bin Mohd Hassan, Setiausaha Persekutuan Sarawak (SUPS) berkata, pendekatan berfokuskan rakyat dalam ARPA menuntut penjawat awam untuk memahami keadaan setempat. Beliau berkata keluasan Sarawak mewujudkan cabaran penyampaian perkhidmatan yang berbeza berbanding di Semenanjung, terutama bagi penduduk di kawasan pedalaman yang mungkin memerlukan tempoh perjalanan berjam-jam untuk mendapatkan sesuatu perkhidmatan kerajaan.

β€œPerbezaan tersebut perlu difahami penjawat awam ketika merancang penyampaian perkhidmatan kerana sesuatu urusan yang mudah dilaksanakan oleh rakyat di kawasan bandar atau negeri yang mempunyai akses lebih dekat tidak semestinya mudah bagi masyarakat di pedalaman Sarawak,” katanya semasa Program Sesi Teh Tarik Setiausaha Persekutuan Sarawak (SUPS) bersama Penjawat Awam Persekutuan di Sibu, hari ini.

Beliau turut menggesa jabatan dan agensi menilai semula proses kerja, termasuk menyampaikan maklumat dengan lebih jelas kepada masyarakat serta menggunakan teknologi dan kaedah penyampaian yang bersesuaian bagi mengurangkan keperluan rakyat melakukan perjalanan berulang, tanpa menjejaskan undang-undang atau kualiti perkhidmatan.

Menurut Dato Ahmad Nadzri, penjawat awam di Sarawak juga perlu menjadi penghubung penting di lapangan dengan pembuat dasar dengan menyalurkan pengalaman serta cadangan penambahbaikan supaya pelaksanaan ARPA benar-benar mengambil kira keperluan rakyat di seluruh negeri.

β€œPenjawat awam di lapangan adalah penggerak serta penghubung di antara kerajaan dan rakyat. Sebagai pemberi khidmat, sasaran utama kita atau pemegang taruh kita adalah rakyat dan matlamat akhirnya adalah kepuasan hati rakyat,” katanya sambil mengingatkan penjawat awam supaya tidak melupakan keperluan masyarakat di kawasan pedalaman walaupun mereka sendiri bertugas di kawasan yang mempunyai akses perkhidmatan lebih baik.

Program Sesi Teh Tarik menjadi platform bagi SUPS untuk berinteraksi secara langsung bersama dengan ketua jabatan serta warga perkhidmatan awam di Sarawak bagi memperjelas aspirasi Malaysia MADANI dan ARPA, selain mendapatkan maklum balas daripada penjawat awam yang bertugas di lapangan.

πŸ‡²πŸ‡Ύ π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŸπŸŽπŸπŸ” πŸ‡²πŸ‡Ύ31 Ogos 2026 | Hari Kebangsaan ke-69Dengan penuh rasa syukur dan ba...
30/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŸπŸŽπŸπŸ” πŸ‡²πŸ‡Ύ

31 Ogos 2026 | Hari Kebangsaan ke-69

Dengan penuh rasa syukur dan bangga, marilah kita bersama-sama menyambut Hari Kebangsaan Malaysia ke-69 dengan menghayati erti kemerdekaan serta menghargai pengorbanan dan jasa para pejuang terdahulu dalam membina sebuah negara yang berdaulat.

Semoga semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan kepada negara terus subur dalam diri setiap rakyat Malaysia. Marilah kita bersama-sama memperkukuh keharmonian, menjunjung nilai kebersamaan serta berganding bahu dalam usaha membina Malaysia yang lebih maju, sejahtera dan berdaya saing.

β€œMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”

Selamat menyambut Hari Kebangsaan Malaysia 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Ikhlas daripada,
Setiausaha Persekutuan Sarawak dan semua warga Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak.

πŸ‡²πŸ‡Ύ MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! πŸ‡²πŸ‡Ύ

π—£π—˜π—‘π—π—”π—ͺ𝗔𝗧 𝗔π—ͺ𝗔𝗠 π——π—œ π—•π—šπ—£ π—•π—œπ—‘π—§π—¨π—Ÿπ—¨ π——π—œπ—¦π—”π—₯𝗔𝗑 π— π—”π—›π—œπ—₯ π—šπ—¨π—‘π—” π—”π—˜π——BINTULU, 28 Ogos 2026 - Penjawat awam di Bangunan Gunasama (BGP) atau...
29/08/2026

π—£π—˜π—‘π—π—”π—ͺ𝗔𝗧 𝗔π—ͺ𝗔𝗠 π——π—œ π—•π—šπ—£ π—•π—œπ—‘π—§π—¨π—Ÿπ—¨ π——π—œπ—¦π—”π—₯𝗔𝗑 π— π—”π—›π—œπ—₯ π—šπ—¨π—‘π—” π—”π—˜π——

BINTULU, 28 Ogos 2026 - Penjawat awam di Bangunan Gunasama (BGP) atau Wisma Persekutuan Bintulu disaran mengambil serius latihan penggunaan Defibrilator Luaran Automatik (AED) bagi memastikan mereka mampu bertindak pantas dan tepat sekiranya berlaku kecemasan di tempat kerja.

"Penguasaan terhadap penggunaan AED penting kerana situasi kecemasan boleh berlaku pada bila-bila masa dan memerlukan tindakan segera daripada individu yang berada di lokasi," ujar YBhg. Dato Ahmad Nadzri bin Mohd Hassan, Setiausaha Persekutuan Sarawak (SUPS) ketika Program Pemasangan dan Latihan Penggunaan Automated External Defibrillator (AED) di Wisma Persekutuan Bintulu, hari ini.

AED jelasnya merupakan peralatan khusus yang perlu dikendalikan mengikut kaedah dan tatacara yang betul, justeru pegawai yang diberikan latihan perlu memanfaatkan peluang tersebut untuk meningkatkan kemahiran dan keyakinan.

β€œBelajarlah menggunakan AED ini dan cuba mahir kerana kita tidak tahu bila kita mungkin perlu menggunakannya," katanya.

Dalam perkembangan yang sama, beliau turut mengingatkan warga kerja supaya tidak mengambil mudah aspek keselamatan ketika mengendalikan AED memandangkan peralatan tersebut menghasilkan kejutan elektrik yang kuat dan boleh mendatangkan risiko sekiranya digunakan tanpa pengetahuan mencukupi.

β€œJangan alih atau bawa keluar alat AED ini dari premis kerajaan yang telah disediakan kerana peralatan berkenaan bernilai tinggi dan dan perlu sentiasa tersedia untuk kegunaan ketika kecemasan,” tegas beliau.

Dato Ahmad Nadzri berharap warga kerja yang menerima latihan dapat menjadi individu yang berkemahiran dan bersedia membantu apabila diperlukan, sekali gus membentuk budaya kesiapsiagaan serta saling menjaga keselamatan dalam kalangan penjawat awam di tempat kerja.

Program Pemasangan dan Latihan Penggunaan Automated External Defibrillator (AED) dianjurkan oleh Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak (PSUPS) bagi memberi penerangan serta latihan penggunaan alat AED yang dibekalkan ke 20 buah BGP di seluruh Sarawak untuk memberi bantuan kecemasan awal.

𝗦𝗨𝗣𝗦: π—¨π—§π—”π— π—”π—žπ—”π—‘ π—žπ—˜π—–π—˜π—žπ—”π—£π—”π—‘, π——π—œπ—¦π—œπ—£π—Ÿπ—œπ—‘ 𝗗𝗔𝗑 π—œπ—‘π—§π—˜π—šπ—₯π—œπ—§π—œ π——π—”π—Ÿπ—”π—  π—§π—¨π—šπ—”π—¦BINTULU, 28 Ogos 2026 – Penjawat awam perlu mengutamakan kec...
29/08/2026

𝗦𝗨𝗣𝗦: π—¨π—§π—”π— π—”π—žπ—”π—‘ π—žπ—˜π—–π—˜π—žπ—”π—£π—”π—‘, π——π—œπ—¦π—œπ—£π—Ÿπ—œπ—‘ 𝗗𝗔𝗑 π—œπ—‘π—§π—˜π—šπ—₯π—œπ—§π—œ π——π—”π—Ÿπ—”π—  π—§π—¨π—šπ—”π—¦

BINTULU, 28 Ogos 2026 – Penjawat awam perlu mengutamakan kecekapan, disiplin dan integriti dalam melaksanakan tugas dan amanah bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan sentiasa berkualiti serta memenuhi keperluan rakyat.

Setiausaha Persekutuan Sarawak (SUPS), YBhg. Dato Ahmad Nadzri bin Mohd Hassan berkata, aspek kecekapan perlu diterapkan melalui usaha berterusan untuk menambah baik proses kerja di setiap jabatan, termasuk mengenal pasti tatacara yang terlalu panjang, berlapis atau tidak lagi bersesuaian dengan keperluan semasa.

Katanya, setiap penjawat awam perlu melihat semula proses kerja masing-masing dan mengemukakan cadangan penambahbaikan sekiranya terdapat langkah yang boleh dipermudah atau dikurangkan.

β€œKalau proses kerja terlalu panjang, kurangkan satu langkah jika boleh dan kemukakan cadangan kepada pihak pengurusan untuk diperhalusi.

"Perkembangan teknologi juga perlu dimanfaatkan bagi memudahkan urusan dan mengurangkan proses yang tidak lagi diperlukan, sekali gus meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam," ujarnya pada Program "Sesi Teh Tarik" Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak (PSUPS) bersama Penjawat Awam Persekutuan di Bintulu, di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan penjawat awam supaya sentiasa mematuhi peraturan, berdisiplin dan mengelakkan sebarang tindakan yang boleh mencemarkan imej perkhidmatan awam, termasuk membuat atau berkongsi hantaran media sosial yang mengandungi tohmahan, maklumat tidak benar atau kenyataan yang tidak berasas.

β€œJangan ulang siar atau membuat kenyataan tentang perkara yang kita tidak pasti semata-mata untuk mengejar tanda s**a dan perhatian sehingga akhirnya menyesal apabila berdepan dengan tindakan undang-undang.

"Selain itu, perkara berkaitan pemakaian dan penampilan penjawat awam juga perlu dipandang serius kerana setiap anggota merupakan gambaran kepada perkhidmatan awam ketika berurusan dengan masyarakat," katanya.

Dari segi integriti, beliau menegaskan bahawa penjawat awam perlu melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah serta memahami bahawa jawatan yang disandang datang bersama tanggungjawab kepada kerajaan dan rakyat.

𝗦𝗨𝗣𝗦 π—¦π—˜π—₯𝗔𝗛 π—¦π—œπ—π—œπ—Ÿ π—£π—˜π—‘π—šπ—›π—”π—₯π—šπ—”π—”π—‘ π—žπ—˜π—£π—”π——π—” π—ͺπ—”π—žπ—œπ—Ÿ π—π—£π—£π—•π—šπ—£, π—žπ—šπ—£ π—•π—œπ—‘π—§π—¨π—Ÿπ—¨BINTULU, 28 Ogos 2026 - YBhg. Dato Ahmad Nadzri bin Mohd Ha...
28/08/2026

𝗦𝗨𝗣𝗦 π—¦π—˜π—₯𝗔𝗛 π—¦π—œπ—π—œπ—Ÿ π—£π—˜π—‘π—šπ—›π—”π—₯π—šπ—”π—”π—‘ π—žπ—˜π—£π—”π——π—” π—ͺπ—”π—žπ—œπ—Ÿ π—π—£π—£π—•π—šπ—£, π—žπ—šπ—£ π—•π—œπ—‘π—§π—¨π—Ÿπ—¨

BINTULU, 28 Ogos 2026 - YBhg. Dato Ahmad Nadzri bin Mohd Hassan Setiausaha Persekutuan Sarawak (SUPS) menyempurnakan Majlis Penyerahan Sijil kepada wakil Jawatankuasa Penyelarasan dan Penyelenggaraan Bangunan Gunasama Persekutuan (JPPBGP) dan Wakil Kuarters bagi Kuarters Gunasama Persekutuan (KGP) Bintulu Bahagian Bintulu, hari ini.

Ujar Dato Ahmad Nadzri, pemberian sijil tersebut merupakan simbolik pengiktirafan Pejabat SUPS terhadap komitmen, sumbangan, kerjasama, serta peranan aktif yang dimainkan oleh semua wakil berkenaan.

Seramai empat wakil JPPBGP dan seorang wakil KGP di Bintulu menerima sijil penghargaan pada majlis ringkas namun penuh bermakna tersebut.

Inisiatif pengiktirafan tersebut diharap dapat menyemarakkan lagi semangat setiap wakil dalam mengurus dan menyelenggara Bangunan Gunasama Kerajaan Persekutuan (BGKP) dan KGP dengan lebih berkesan.

𝗣𝗦𝗨𝗣𝗦 π—­π—”π—›π—œπ—₯ π—£π—˜π—‘π—šπ—œπ—žπ—§π—œπ—₯𝗔𝗙𝗔𝗑 π—žπ—˜π—£π—”π——π—” π—ͺπ—”π—žπ—œπ—Ÿ π—•π—šπ—£, π—žπ—šπ—£ π— π—œπ—₯π—œMIRI, 27 Ogos 2026 - Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak (PSUPS) ...
28/08/2026

𝗣𝗦𝗨𝗣𝗦 π—­π—”π—›π—œπ—₯ π—£π—˜π—‘π—šπ—œπ—žπ—§π—œπ—₯𝗔𝗙𝗔𝗑 π—žπ—˜π—£π—”π——π—” π—ͺπ—”π—žπ—œπ—Ÿ π—•π—šπ—£, π—žπ—šπ—£ π— π—œπ—₯π—œ

MIRI, 27 Ogos 2026 - Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak (PSUPS) hari ini menzahirkan pengiktirafan kepada wakil Jawatankuasa Penyelarasan dan Penyelenggaraan Bangunan Gunasama Persekutuan (JPPBGP) Miri dan wakil Kuarters Gunasama Persekutuan (KGP) Miri menerusi Majlis Penyerahan Sijil kepada Wakil Bangunan Gunasama Persekutuan (BGP) dan KGP Bahagian Miri, di sini.

Sijil penghargaan berkenaan disampaikan kepada 11 penerima yang terdiri daripada barisan pimpinan JPPBGP dan wakil KGP sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan sumbangan dalam membantu pihak SUPS memastikan pengurusan serta penyelenggaraan Bangunan Gunasama Kerajaan Persekutuan (BGKP) dan KGP di Miri berjalan dengan baik dan berkesan.

Majlis penyampaian sijil disempurnakan oleh YBhg. Dato Ahmad Nadzri bin Mohd Hassan, Setiausaha Persekutuan Sarawak (SUPS).

Dalam ucapan ringkas semasa majlis tersebut, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada JPPBGP Miri serta Wakil Kuarters KGP Miri atas sumbangan berharga yang telah diberikan.

"Peranan yang dimainkan oleh wakil JPPBGP dan KGP sebenarnya amat penting dan menjadi tunjang utama dalam menyokong pihak SUPS untuk memastikan fasiliti Kerajaan Persekutuan di Miri berada dalam keadaan yang teratur, selamat, dan beroperasi pada tahap optimum," katanya.

Menurut beliau lagi, komitmen atas dasar rasa tanggungjawab dan kesediaan untuk membantu ini amat bernilai kerana pengurusan bangunan dan kuarters yang cemerlang tidak hanya bergantung kepada sistem atau peruntukan, malah amat bergantung kepada sikap dan kerjasama semua pihak.

𝗣𝗦𝗨𝗣𝗦 π—£π—˜π—₯π—žπ—”π—¦π—” π—žπ—˜π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§π—”π—‘ π—§π—˜π— π—£π—”π—§ π—žπ—˜π—₯𝗝𝗔 π— π—˜π—Ÿπ—”π—Ÿπ—¨π—œ π—£π—˜π— π—”π—¦π—”π—‘π—šπ—”π—‘ π—”π—˜π——MIRI, 27 Ogos 2026 - Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak...
28/08/2026

𝗣𝗦𝗨𝗣𝗦 π—£π—˜π—₯π—žπ—”π—¦π—” π—žπ—˜π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§π—”π—‘ π—§π—˜π— π—£π—”π—§ π—žπ—˜π—₯𝗝𝗔 π— π—˜π—Ÿπ—”π—Ÿπ—¨π—œ π—£π—˜π— π—”π—¦π—”π—‘π—šπ—”π—‘ π—”π—˜π——

MIRI, 27 Ogos 2026 - Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak (PSUPS) terus memperkasa keselamatan tempat kerja dengan pemasangan Defibrilator Luaran Automatik (AED) di Wisma Persekutuan Miri, hari ini.

YBhg. Dato Ahmad Nadzri bin Mohd Hassan, Setiausaha Persekutuan Sarawak (SUPS) dalam amanat ringkasnya semasa Program Pemasangan dan Latihan Penggunaan Automated External Defibrillator (AED) di sini berkata, inisiatif penyediaan alat AED merupakan jawapan kepada keperluan perlindungan kesihatan tambahan buat para penjawat awam.

Menurut beliau, warga kerja menghabiskan sebahagian besar masa harian di pejabat, justeru aspek keselamatan dan kesihatan tidak seharusnya dipandang ringan.

"Pemasangan AED adalah sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan risiko kejadian yang boleh dielakkan, selain memastikan warga kerja mempunyai akses kepada peralatan kecemasan yang bersesuaian sekiranya berlaku situasi kritikal.

Beliau turut memberitahu, usaha memperkukuh aspek keselamatan warga kerja itu turut mengambil kira penekanan yang diberikan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN) agar perkara berkaitan keselamatan dan kesiapsiagaan diterjemahkan melalui tindakan serta langkah yang nyata.

Beliau berharap latihan tersebut dapat meningkatkan kefahaman dan keyakinan warga kerja untuk bertindak dengan betul sekiranya berlaku kecemasan.

PSUPS menyediakan sebanyak 20 alat AED untuk dipasang di 20 Bangunan Gunasama Persekutuan (BGP) di seluruh Sarawak, dengan pemasangan pertama dilaksanakan pada 21 Ogos lalu di Wisma Persekutuan Lawas.

Hari ini, dua lagi alat AED dipasang di Wisma Persekutuan Miri, masing-masing di Wisma Persekutuan di Jalan Kipas dan Jalan Cahaya Lopeng.

π—£π—˜π—‘π—π—”π—ͺ𝗔𝗧 𝗔π—ͺ𝗔𝗠 π—£π—˜π—₯π—Ÿπ—¨ π—§π—œπ—‘π—šπ—žπ—”π—§ π—žπ—˜π—–π—˜π—žπ—”π—£π—”π—‘, π—œπ—Ÿπ— π—¨ π——π—˜π— π—œ π—₯π—”π—žπ—¬π—”π—§ - 𝗦𝗨𝗣𝗦MIRI, 27 Ogos 2026 - Penjawat Awam Persekutuan di Sarawak ...
27/08/2026

π—£π—˜π—‘π—π—”π—ͺ𝗔𝗧 𝗔π—ͺ𝗔𝗠 π—£π—˜π—₯π—Ÿπ—¨ π—§π—œπ—‘π—šπ—žπ—”π—§ π—žπ—˜π—–π—˜π—žπ—”π—£π—”π—‘, π—œπ—Ÿπ— π—¨ π——π—˜π— π—œ π—₯π—”π—žπ—¬π—”π—§ - 𝗦𝗨𝗣𝗦

MIRI, 27 Ogos 2026 - Penjawat Awam Persekutuan di Sarawak perlu meningkatkan kecekapan, ilmu, integriti dan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat, selaras dengan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) di bawah aspirasi Kerajaan MADANI dalam memastikan sistem penyampaian perkhidmatan menjadi lebih cekap dan berkesan.

Perkara itu ditekankan YBhg. Dato Ahmad Nadzri bin Mohd Hassan, Setiausaha Persekutuan Sarawak (SUPS) dalam Program β€œSesi Teh Tarik” Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak (PSUPS) bersama Penjawat Awam Persekutuan di Miri, hari ini.

"Kecekapan bukan sekadar berkaitan ketepatan dalam melaksanakan tugasan asas, sebaliknya turut merangkumi keupayaan memahami proses kerja, memberikan penerangan yang jelas serta memastikan perkhidmatan dapat disampaikan dengan cepat, teratur dan berkesan," ujarnya.

Dalam konteks Sarawak, beliau berkata aspek kecekapan menjadi lebih penting, mengambil kira keluasan negeri, cabaran geografi dan jarak perjalanan yang dihadapi rakyat, khususnya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.

"Kecekapan juga perlu disokong oleh integriti, disiplin dan sikap bertanggungjawab, selain kefahaman bahawa penjawat awam merupakan sebahagian daripada jentera kerajaan yang berperanan melaksanakan dasar dan keputusan kerajaan semasa," tambah beliau.

Menurutnya lagi, usaha reformasi turut memberi perhatian kepada pengukuran nilai penambahbaikan yang dilaksanakan, termasuk pengurangan masa, langkah dan kos dalam sesuatu proses perkhidmatan.

"Saya berharap agensi Persekutuan di Sarawak dapat tampil dengan inisiatif reformasi yang memberi impak nyata serta berpotensi mendapat pengiktirafan di peringkat kebangsaan," katanya.

Program "Sesi Teh Tarik" Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak bersama Penjawat Awam Persekutuan (PSUPS) di Miri merupakan 'kick-start' bagi program berkenaan pada tahun ini.

Pelaksanaan program turun padang dengan konsep santai itu selari dengan seruan YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN) semasa Sesi Santai KSN bersama Warga Perkhidmatan Awam Persekutuan Zon Sarawak pada 12 Ogos yang lalu bagi mengetengahkan ARPA, dengan fokus utama, untuk menyelami serta memahami bagaimana reformasi tersebut memberi makna mendalam kepada tugas penjawat awam, seterusnya meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

𝐏𝗦𝗨𝗣𝗦 π“πˆππ†πŠπ€π“πŠπ€π πŠπ„πŒπ€π‡πˆπ‘π€π πˆπ“ πŒπ„π‹π€π‹π”πˆ πŠπ”π‘π’π”π’ πŒπˆπ‚π‘πŽπ’πŽπ…π“ 𝐄𝐗𝐂𝐄𝐋 KUCHING, 26 Ogos 2026 – Pejabat Setiausaha Persekutuan Sara...
27/08/2026

𝐏𝗦𝗨𝗣𝗦 π“πˆππ†πŠπ€π“πŠπ€π πŠπ„πŒπ€π‡πˆπ‘π€π πˆπ“ πŒπ„π‹π€π‹π”πˆ πŠπ”π‘π’π”π’ πŒπˆπ‚π‘πŽπ’πŽπ…π“ 𝐄𝐗𝐂𝐄𝐋

KUCHING, 26 Ogos 2026 – Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak (PSUPS) telah melaksanakan Kursus Microsoft Excel 2010 (Advanced) di Tingkat 4, Bilik Latihan Jabatan Akauntan Negara Malaysia Sarawak, Bangunan Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang.

Kursus ini dikendalikan oleh Puan Mira Faizura binti Narawi, Pensyarah Kolej Komuniti Santubong, dan Puan Shafrine binti Mohamad Morshidi, Ketua Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kolej Komuniti Kuching.

Fokus utama kursus ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran warga PSUPS dalam menggunakan Microsoft Excel 2010 secara lebih efektif, khususnya melalui penerapan fungsi dan teknik lanjutan yang dapat menyokong pelaksanaan tugasan harian dengan lebih cekap dan sistematik. Kursus ini turut memberi peluang kepada peserta untuk mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari secara praktikal bagi meningkatkan produktiviti serta kualiti hasil kerja.

Semoga pelaksanaan kursus ini dapat memperkukuhkan lagi kompetensi dan kemahiran digital warga PSUPS, seterusnya memberi nilai tambah kepada kecekapan, produktiviti dan kualiti penyampaian perkhidmatan.




Address

Kuching

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6082417733

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak, Jabatan Perdana Menteri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak, Jabatan Perdana Menteri:

Shortcuts

Share