Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching

Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching "KAMI SEDIA MEMBANTU"
(1)

🌾 Selamat Hari Gawai Dayak 2026 🌾Semoga sambutan Hari Gawai pada tahun ini membawa kebahagiaan, kesihatan, kemakmuran da...
30/05/2026

🌾 Selamat Hari Gawai Dayak 2026 🌾

Semoga sambutan Hari Gawai pada tahun ini membawa kebahagiaan, kesihatan, kemakmuran dan keberkatan kepada seluruh masyarakat Dayak.

Marilah kita terus memelihara adat, budaya serta semangat perpaduan yang menjadi kekuatan dan warisan kita bersama.

β€œGayu Guru, Gerai Nyamai”

Ikhlas daripada
Dr Johnny Pangkas
Pegawai Kesihatan Bahagian Kuching
serta seluruh warga kerja
Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching & Klinik-klinik Kesihatan di Bahagian Kuching.

πŸ“’ PEMAKLUMAN PENGOPERASIAN FASILITI KESIHATAN SEMASA CUTI UMUM PANJANG (1–4 JUN 2026)Bagi memastikan kesinambungan perkh...
30/05/2026

πŸ“’ PEMAKLUMAN PENGOPERASIAN FASILITI KESIHATAN SEMASA CUTI UMUM PANJANG (1–4 JUN 2026)

Bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat, beberapa fasiliti kesihatan di Bahagian Kuching akan terus beroperasi mengikut jadual yang ditetapkan sepanjang cuti umum panjang ini.

Sila rujuk infografik untuk maklumat lanjut mengenai waktu operasi dan perkhidmatan yang disediakan.

πŸ₯ Kesihatan Anda, Keutamaan Kami

🚫 MITOS RABIES  #2 πŸš«β€œAnjing atau kucing yang nampak sihat pasti tiada rabies.β€βŒ SALAH!🐢🐱 Haiwan yang dijangkiti rabies b...
28/05/2026

🚫 MITOS RABIES #2 🚫

β€œAnjing atau kucing yang nampak sihat pasti tiada rabies.”
❌ SALAH!

🐢🐱 Haiwan yang dijangkiti rabies boleh kelihatan normal pada peringkat awal dan masih boleh menyebarkan virus melalui gigitan atau cakaran.

⚠️ Jangan ambil mudah walaupun haiwan nampak sihat.

βœ… Fakta penting:
βœ”οΈ Virus rabies boleh terdapat dalam air liur haiwan sebelum gejala muncul
βœ”οΈ Gigitan atau cakaran kecil juga boleh berisiko
βœ”οΈ Rawatan awal boleh mencegah rabies dan menyelamatkan nyawa

🩺 Apa yang perlu dilakukan?
βœ”οΈ Cuci luka dengan air dan sabun selama sekurang-kurangnya 15 minit
βœ”οΈ Segera ke fasiliti kesihatan berhampiran
βœ”οΈ Dapatkan penilaian dan rawatan anti-rabies jika diperlukan
βœ”οΈ Lengkapkan suntikan mengikut jadual yang ditetapkan

πŸ“’ Jangan tunggu gejala.
Rabies boleh dicegah, tetapi lambat bertindak boleh membawa maut.

πŸŒ™ Selamat Hari Raya Aidiladha πŸŒ™Ikhlas daripada seluruh warga kerjaPejabat Kesihatan Bahagian Kuching &Klinik-Klinik Kesi...
27/05/2026

πŸŒ™ Selamat Hari Raya Aidiladha πŸŒ™

Ikhlas daripada seluruh warga kerja
Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching &
Klinik-Klinik Kesihatan Bahagian Kuching.

🚫 MITOS RABIES  #1 πŸš«β€œKalau digigit anjing kecil atau luka kecil, tidak perlu risau.β€βŒ SALAH!🐢 Gigitan atau cakaran kecil...
26/05/2026

🚫 MITOS RABIES #1 🚫

β€œKalau digigit anjing kecil atau luka kecil, tidak perlu risau.”
❌ SALAH!

🐢 Gigitan atau cakaran kecil juga boleh menyebarkan virus rabies jika haiwan dijangkiti.

⚠️ Jangan tunggu gejala muncul!
Rabies hampir 100% membawa maut apabila gejala bermula, tetapi boleh dicegah dengan rawatan awal.

βœ… Apa yang perlu anda lakukan?
βœ”οΈ Cuci luka dengan air dan sabun sekurang-kurangnya 15 minit
βœ”οΈ Segera ke fasiliti kesihatan berhampiran
βœ”οΈ Dapatkan penilaian dan rawatan anti-rabies jika diperlukan
βœ”οΈ Lengkapkan suntikan mengikut jadual yang ditetapkan

πŸ•πŸˆ Jika anda pernah digigit atau dicakar anjing atau kucing β€” walaupun luka kecil β€” dapatkan pemeriksaan segera.

πŸ“’ Lindungi diri, lindungi keluarga.
Rabies boleh dicegah!

Masih ramai masyarakat yang belum cakna dan memahami Autisme dan kanak-kanak autistik. Stigma negatif yang dilemparkan t...
26/05/2026

Masih ramai masyarakat yang belum cakna dan memahami Autisme dan kanak-kanak autistik. Stigma negatif yang dilemparkan terhadap mereka menyebabkan golongan ini masih dipinggirkan dan tidak dapat sama bergaul dan bersosial dengan masyarakat dalam kehidupan seharian. Episod Kuppa Kopi minggu ini mengupas kepentingan masyarakat untuk memahami keadaan golongan tersebut serta meningkatkan kesedaran ibu bapa mengenai tanda awal autisme.

🌸 SAMBUTAN HARI JURURAWAT PERINGKAT PEJABAT KESIHATAN BAHAGIAN KUCHING 2026 🌸Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan teri...
25/05/2026

🌸 SAMBUTAN HARI JURURAWAT PERINGKAT PEJABAT KESIHATAN BAHAGIAN KUCHING 2026 🌸

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga jururawat atas jasa, pengorbanan dan komitmen yang dicurahkan dalam memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada masyarakat.

πŸ“ Dewan SUPP
πŸ“… 22 Mei 2026

✨ Tema:
β€œOur Nurses. Our Future. Empowered Nurses Save Lives”

Terima kasih Jururawat di Pejabat Kesihatan, Klinik-klinik kesihatan, Klinik Komuniti & Klinik Kesihatan di bahagian Kuching atas dedikasi yang tidak ternilai dalam menjaga kesejahteraan rakyat. πŸ’™

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,CME MARATHON: CERITA TENTANG SIHATUnit Psikologi PKB Kuching dan Unit Kawalan Penyak...
23/05/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

CME MARATHON: CERITA TENTANG SIHAT

Unit Psikologi PKB Kuching dan Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit PKB Kuching akan menganjurkan CME Marathon: Cerita Tentang Sihat [ *Siri 4: Intervensi Minda Sihat* ] seperti ketetapan berikut:
πŸ“… Tarikh: *26 Mei 2026 (Selasa)*
πŸ•˜ Masa: *2.30PM*
πŸ“ Tempat: *Secara atas talian*: https://meet.google.com/kab-jyjk-wbh

πŸ“„ Sijil penyertaan disediakan
Mata CPD : 1

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
πŸ“ž *Unit Psikologi PKB Kuching: 010-882 2162*
πŸ“ž *Unit Psikologi KKPJ: 019-854 8635*

Penyertaan Tuan/Puan amat dialu-alukan.

Terima kasih.

π—žπ—˜π—¦π—œπ—Ÿπ—”π—£π—”π—‘ π—£π—˜π—‘π—¬π—”π—›π—•π—˜π—žπ—¨π—”π—‘ 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗑 π— π—˜π—‘π—§π—”π—›! β„οΈβŒ Tahukah anda? Cara penyahbekuan bahan mentah yang tidak betul boleh meningkatka...
19/05/2026

π—žπ—˜π—¦π—œπ—Ÿπ—”π—£π—”π—‘ π—£π—˜π—‘π—¬π—”π—›π—•π—˜π—žπ—¨π—”π—‘ 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗑 π— π—˜π—‘π—§π—”π—›! β„οΈβŒ

Tahukah anda? Cara penyahbekuan bahan mentah yang tidak betul boleh meningkatkan risiko pencemaran bakteria dan keracunan makanan.

Ramai yang masih membiarkan ayam, daging atau makanan laut di luar pada suhu bilik terlalu lama untuk menyahbeku dengan cepat. Hakikatnya, amalan ini boleh menyebabkan bakteria membiak dengan cepat dan membahayakan kesihatan.

❌ Elakkan:
β€’ Nyahbeku terlalu lama pada suhu bilik
β€’ Membekukan semula bahan yang telah cair sepenuhnya

βœ… Antara kaedah penyahbekuan yang selamat:
β€’ Nyahbeku dalam chiller (0Β°C – 4Β°C)
β€’ Gunakan air paip yang mengalir
β€’ Guna fungsi β€œdefrost” microwave jika ingin memasak segera
β€’ Asingkan bahan mentah dan makanan siap dimakan
β€’ Simpan bahan mentah mengikut portion sekali masak

Penyahbekuan yang betul bukan sahaja membantu mengekalkan kualiti makanan, malah melindungi kesihatan anda dan keluarga.

Amalkan pengendalian makanan yang selamat setiap masa.




Address

Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching
Kuching
93150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching:

Share