Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik - Puspen Kuching

Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik - Puspen Kuching KEPULIHAN ANDA BERMULA DI SINI
(1)

Terima Kasih RTM Atas Jemputan ke Program TV Kuppa KuppiSetinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak...
12/05/2026

Terima Kasih RTM Atas Jemputan ke Program TV Kuppa Kuppi

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak atas jemputan ke program TV Kuppa Kuppi.

Terima kasih atas peluang dan ruang yang diberikan kepada Puan Yuliani binti Yahya, Pengarah bersama Encik Peter Idin untuk berkongsi pandangan, pengalaman serta informasi bermanfaat kepada masyarakat.

Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan dalam usaha menyampaikan kesedaran dan mesej positif kepada komuniti

SAMBUTAN HARI IBU PUSPEN KUCHING: “KASIH IBU SEPANJANG HAYAT”KUCHING, 11 Mei 2026 – PUSPEN Kuching telah mengadakan Samb...
11/05/2026

SAMBUTAN HARI IBU PUSPEN KUCHING: “KASIH IBU SEPANJANG HAYAT”

KUCHING, 11 Mei 2026 – PUSPEN Kuching telah mengadakan Sambutan Hari Ibu sebagai tanda penghargaan kepada warga ibu atas jasa, pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan dalam keluarga serta tempat kerja.

Program yang berlangsung dalam suasana penuh mesra dan bermakna itu turut dihadiri oleh Puan Yuliani binti Yahya yang menyampaikan penghargaan kepada seluruh insan bergelar ibu yang menjadi sumber kekuatan dan inspirasi dalam kehidupan.

Sambutan ini diharap dapat menyemarakkan lagi budaya menghargai dan mengenang jasa seorang ibu yang tiada ternilai.



11/05/2026

Kejayaan pasukan kraftangan dari Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Kuching yang membawa produk kraf penghuninya sehingga ke peringkat istana negara merupakan satu pencapaian yang membanggakan, Ia membuktikan penghungi PUSPEN juga boleh bersaing dengan penggiat seni yang lain dan mempunyai masa depan yang cerah sekiranya menerima bimbingan yang betul. Kuppa Kopi minggu ini berkongsi peranan PUSPEN yang bukan sahaja sebagai tempat pemulihan penagihan dadah tetapi juga mengajar kliennya untuk berdikari dan memahami erti kehidupan yang sebenar.

27 Peserta Sertai Kursus Fertigasi Cili Bersama Unit LKV PUSPEN Kuching.KUCHING, 7 Mei 2026 – Seramai 27 orang peserta t...
08/05/2026

27 Peserta Sertai Kursus Fertigasi Cili Bersama Unit LKV PUSPEN Kuching.

KUCHING, 7 Mei 2026 – Seramai 27 orang peserta telah menyertai Kursus Fertigasi Cili yang berlangsung di Tapak Fertigasi bersama Unit Latihan Kemahiran Vokasional (LKV), sebagai usaha meningkatkan kemahiran pertanian moden serta membuka peluang keusahawanan dalam kalangan klien dan peserta program.

Kursus tersebut telah dikendalikan oleh penceramah berpengalaman, En. Ismail Ahmad yang menyampaikan sesi teori dan praktikal berkaitan teknik penanaman cili secara fertigasi, penjagaan tanaman, penyediaan sistem pengairan, pembajaan serta kaedah pengurusan tanaman yang efektif dan berdaya saing.

Turut hadir memeriahkan program ialah Puan Yuliani Yahya Pengarah PUSPEN Kuching yang menzahirkan sokongan terhadap pelaksanaan program berasaskan kemahiran dan pertanian moden sebagai medium pembangunan kendiri serta persediaan peserta ke arah kehidupan yang lebih produktif.

Program ini bukan sahaja memberi pendedahan secara teori, malah turut memberi peluang kepada peserta untuk menjalani latihan praktikal secara langsung di tapak fertigasi bagi memastikan ilmu yang diperoleh dapat diaplikasikan dengan lebih berkesan.

Pelaksanaan kursus seumpama ini diharap mampu melahirkan individu yang berkemahiran, berdikari serta mempunyai nilai tambah dalam bidang pertanian moden dan keusahawanan pada masa hadapan.



KELUARGA KUKUH , PEMULIHAN LEBIH UTUH.KUCHING, 5 Mei 2026 – Program Keluarga Siri 1/2026 telah berjaya dilaksanakan di D...
06/05/2026

KELUARGA KUKUH , PEMULIHAN LEBIH UTUH.

KUCHING, 5 Mei 2026 – Program Keluarga Siri 1/2026 telah berjaya dilaksanakan di Dewan Akasia, PUSPEN Kuching, Sarawak melibatkan seramai 29 orang penghuni yang sedang menjalani rawatan dan pemulihan serta 58 orang ahli keluarga mereka. Program yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang ini bertujuan mengukuhkan sokongan keluarga dalam proses pemulihan penghuni.

Antara pengisian utama program ialah slot Resilien Spiritual: Menguatkan Jiwa Dalam Menghadapi Ujian yang disampaikan oleh Cikgu Aluyah Binti Hj. Salleh, Pesara Guru Besar SK Tabuan, Kuching. Slot ini memberi penekanan kepada kekuatan dalaman dan ketahanan spiritual dalam menghadapi cabaran kehidupan, khususnya dalam proses pemulihan daripada ketagihan.

Program turut diteruskan dengan Aktiviti 1 berbentuk ceramah oleh Cikgu Helen Anak Thomas, Kaunselor Pendidikan Daerah, PPD Padawan bertajuk “Bila Sayang Tidak Bermakna Membenarkan” yang menekankan peranan keluarga dalam menetapkan batasan dan tidak berkompromi dengan tingkah laku negatif. Seterusnya, Aktiviti II bertajuk “Pecah Tidak Semestinya Punah” turut disampaikan oleh beliau, yang memberi inspirasi kepada peserta bahawa setiap ujian dan kegagalan boleh menjadi titik permulaan untuk bangkit semula.

Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektif dalam memperkukuh hubungan kekeluargaan serta memberi kesedaran bahawa sokongan emosi dan spiritual amat penting dalam memastikan keberhasilan proses rawatan dan pemulihan penghuni di PUSPEN Kuching.


04/05/2026

🚨 WASPADA! “PIUPIU” –TREND V**E DADAH YANG MEMBUNUH BELIA 🚨

Nampak macam v**e biasa… tapi hakikatnya sangat berbahaya! 😨
“Piupiu” bukan sekadar trend, ia mengandungi bahan seperti etomidate dan boleh dicampur dengan dadah sintetik lain yang mampu mengancam nyawa.

⚠️ Kenapa ia bahaya?
• Mudah disorok & dijual murah di media sosial
• Kandungan tidak konsisten — boleh jadi lebih kuat dari jangkaan
• Bukan dadah biasa — kesannya luar kawalan

💀 Kesan selepas beberapa sedutan sahaja:
• Akibatkan kekhayalan seperti Dadah yang lain.
• Hilang kawalan diri & kesedaran
• Mata kabur, keliru, risiko pengsan
• Boleh sebabkan sawan, masalah jantung & pernafasan
• Ketagihan pantas + withdrawal teruk

‼️ Jangan terpedaya dengan rupa dan bau yang “innocent”.
Sekali terjebak, kesannya boleh ubah hidup selamanya.

👨‍👩‍👧‍👦 Ibu bapa, guru & masyarakat — ambil tahu, pantau dan didik anak-anak kita.
💬 Kongsikan info ini supaya lebih ramai peka!


04/05/2026

SIARAN LANGSUNG PERHIMPUNAN BULANAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI BAGI BULAN MEI 2026
Saksikan Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri yang disempurnakan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.
📅 04 Mei 2026 (Isnin)
🕐 8.00 pagi
📍 Auditorium Aras 5, Setia Perkasa 8, Kompleks Setia Perkasa, Putrajaya
🔴 Facebook Live: Kementerian Dalam Negeri



01/05/2026

SELAMAT HARI PEKERJA 2026

Selamat Hari Pekerja 2026 kepada seluruh warga kerja Malaysia yang menjadi tulang belakang kemajuan negara.

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada setiap individu yang terus komited menyumbang tenaga, kepakaran dan dedikasi dalam membina masyarakat yang sejahtera, produktif dan bebas daripada ancaman dadah.

Tema “Pekerja Madani Kesuma Bangsa” mencerminkan peranan penting pekerja sebagai nadi pembangunan negara, bukan sahaja dalam sektor ekonomi, malah sebagai agen perubahan sosial yang memperkukuh kesejahteraan komuniti.

AADK akan terus memperkasa usaha pencegahan, rawatan dan pemulihan secara inklusif dan bersepadu, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam melahirkan masyarakat berdaya tahan, berintegriti dan bebas dadah.

Terima kasih atas jasa dan pengorbanan anda.

Ikhlas daripada
Dato' Ruslin Jusoh
Ketua Pengarah dan seluruh warga Agensi Antidadah Kebangsaan








30/04/2026
28/04/2026
“Rempuh Cabaran, Menuju Kepulihan: 25 Penghuni PUSPEN Kuching Sertai Program Transisi di Pusat Latihan Kenegaraan Sampad...
23/04/2026

“Rempuh Cabaran, Menuju Kepulihan: 25 Penghuni PUSPEN Kuching Sertai Program Transisi di Pusat Latihan Kenegaraan Sampadi”

Program Transisi Penghuni Pra-Bebas ke Dalam Komuniti Peringkat PUSPEN Kuching 2026 bertemakan “Rempuh Cabaran, Menuju Kepulihan” telah berlangsung dengan jayanya pada 21 hingga 23 April 2026 di Pusat Latihan Kenegaraan Sampadi, melibatkan seramai 25 orang penghuni PUSPEN Kuching. Program ini bertujuan mempersiapkan peserta dari segi fizikal, mental dan spiritual sebelum kembali ke dalam komuniti.

Sepanjang tiga hari program, peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti berimpak tinggi merangkumi taklimat keselamatan, latihan asas perkhemahan, aktiviti orienteering, jungle trekking, abseiling serta modul kenegaraan dan kemahiran hidup. Pengisian kerohanian turut diberi penekanan melalui kelas agama, tazkirah dan bacaan Yasin bagi memperkukuh jati diri peserta.

Atur cara program disusun padat dan menyeluruh—hari pertama memberi fokus kepada penyesuaian diri dan pembinaan semangat berpasukan, hari kedua menguji ketahanan fizikal serta kemahiran diri melalui aktiviti sihat dan kreatif, manakala hari ketiga menumpukan refleksi diri, persediaan kembali ke komuniti serta majlis penutupan rasmi.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Puan Yuliani binti Yahya ( Pengarah PUSPEN Kuching ) , Tn Peter Idin serta barisan pegawai PUSPEN Kuching. Program ini diharap menjadi titik permulaan baharu buat para peserta dalam menempuh kehidupan bebas dadah dengan lebih yakin dan berdaya tahan.



Address

Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Kuching, Jalan Mambong Off Jalan Puncak Borneo
Kuching
93250

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6082622411

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik - Puspen Kuching posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share