Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak The new official Fire Rescue Department of Malaysia Sarawak page

Salam takziah kepada seluruh keluarga mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang.
09/09/2026

Salam takziah kepada seluruh keluarga mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang.

09/09/2026

[TERKINI] Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara yang membawa lima individu terdiri daripada juruterbang dan kakitangan Kementerian Kesihatan terhempas dan terbakar berhampiran Lapangan Terbang Long Lellang, Ulu Baram pada Selasa.

πŸ“± Strim live di tvsarawak.my atau di aplikasi TVS Inspire, MYTV Mana-Mana, Unifi TV dan Astro GO sekarang! Muat turun di App Store dan Play Store sekarang!

Salam takziah
08/09/2026

Salam takziah

Seorang juruterbang dan empat petugas Kementerian Kesihatan (KKM) disahkan maut selepas helikopter perkhidmatan doktor udara (FDS) dinaiki mereka terhempas berhampiran Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport), petang tadi.

Residen Bahagian Miri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri Galong Luang mengesahkan perkara itu berdasarkan laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Kementerian Kesihatan (KKM).

β€œBagaimanapun, maklumat tentang kejadian dan nama mangsa yang terlibat belum dapat diperincikan,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam kenyataan berkata helikopter yang berlepas dari Miri itu dikendalikan oleh seorang juruterbang dan membawa seorang pegawai perubatan, seorang penolong pegawai perubatan (PPP) dan dua jururawat yang sedang dalam tugas rasmi.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menerima maklumat tentang kejadian melibatkan sebuah helikopter BO-105 itu daripada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan pada 3.58 petang.

Berita penuh: https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2604720

Pemakluman 1x Pesawat Helikopter telah terbakar berhampiran Long Lellang Airport.8 September 2026, satu kemalangan udara...
08/09/2026

Pemakluman 1x Pesawat Helikopter telah terbakar berhampiran Long Lellang Airport.

8 September 2026, satu kemalangan udara melibatkan sebuah helikopter dilaporkan berlaku di kawasan Lapangan Terbang Long Lellang Miri, Sarawak.
Maklumat lanjut mengenai kejadian dan mangsa masih dalam tindakan dan pengesahan pihak berkaitan.

LAWATAN KUALITI AGENSI-AGENSI PERSEKUTUAN KE BBP LAWAS πŸ“… 8 September 2026Telah berlangsung Lawatan Kualiti Agensi-Agensi...
08/09/2026

LAWATAN KUALITI AGENSI-AGENSI PERSEKUTUAN KE BBP LAWAS

πŸ“… 8 September 2026

Telah berlangsung Lawatan Kualiti Agensi-Agensi Persekutuan ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas yang diketuai oleh YBhg. Dato Ahmad Nadzri bin Mohd Hassan, Setiausaha Persekutuan Sarawak.

Turut hadir YBhg. Dato Jasni bin Haji Jubli, Pengarah Pembangunan Negeri Sarawak; YBhg. CP Datuk Mohamad Zainal Haji Abdullah, Pesuruhjaya Polis Sarawak; PKPjB Jamri bin Masran, Pengarah JBPM Negeri Sarawak, serta ketua-ketua jabatan agensi Persekutuan yang lain.

Lawatan ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Persekutuan dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam yang berkualiti, berintegriti dan berorientasikan rakyat, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Program ini turut menjadi platform untuk memperkukuh hubungan strategik serta kerjasama antara agensi Persekutuan dalam memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang cekap, responsif dan berkesan kepada masyarakat.

πŸ†πŸ”₯ TAHNIAH KEPADA SEMUA PESERTA HUB KEMAHIRAN KEBOMBAAN 2026 JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT NEGERI SARAWAK !πŸš’Syabas dan ta...
07/09/2026

πŸ†πŸ”₯ TAHNIAH KEPADA SEMUA PESERTA HUB KEMAHIRAN KEBOMBAAN 2026 JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT NEGERI SARAWAK !πŸš’

Syabas dan tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan 6 seksyen dengan penuh semangat, disiplin dan komitmen! πŸ’ͺ

Setiap seksyen adalah cabaran, setiap cabaran adalah pengalaman, dan setiap pengalaman menjadi kekuatan. πŸ”₯

Tahniah semua! Anda semua memang hebat!πŸ‘πŸš’

πŸŽ™οΈ SESI CERAMAH PROGRAM HUB KEMAHIRAN KEBOBAAN TAHUN 2026πŸš’πŸ”₯Sesi ceramah Program Hub Kemahiran Kebombaan Tahun 2026 berla...
07/09/2026

πŸŽ™οΈ SESI CERAMAH PROGRAM HUB KEMAHIRAN KEBOBAAN TAHUN 2026πŸš’πŸ”₯

Sesi ceramah Program Hub Kemahiran Kebombaan Tahun 2026 berlangsung dengan penuh pengisian dan perkongsian ilmu bersama para peserta.

YS TPjB Datuk Abdul Razak Bin Muda, Pengarah Bahagian Latihan JBPM mengetuai sesi pertama ceramah yang bertajuk Program Hub Kemahiran Kebombaan.

Seterusnya, sesi diteruskan dengan pembentangan strategi pembiayaan dan Latihan HRD, pembentangan Sistem Operasi dan Kejuruteraan Kebakaran dan Simulasi Respon dan Pengurusan Kecemasan.

πŸš’ Perkongsian ilmu, pemantapan kemahiran dan kesiapsiagaan demi keselamatan bersama!

πŸš’ SESI PENDAFTARAN PESERTA HUB KEMAHIRAN KEBOMBAAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT NEGERI SARAWAK 2026 πŸš’πŸ“Kuching | 7 Septem...
07/09/2026

πŸš’ SESI PENDAFTARAN PESERTA HUB KEMAHIRAN KEBOMBAAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT NEGERI SARAWAK 2026 πŸš’

πŸ“Kuching | 7 September 2026 | CIDB SARAWAK

Pelbagai aktiviti kebombaan, ilmu dan pengalaman akan bersama 1,063 peserta! πŸ”₯πŸ’ͺ

Ilmu dipelajari, kemahiran diperkasa, keselamatan diutamakan! πŸš’

07/09/2026

Program hub Kemahiran Kebombaan JBPM Negeri Sarawak

Address

Jalan Setia Raja, Tabuan Jaya
Kuching
93350

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6082365994

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak:

Shortcuts

Share