Department of Veterinary Services Sarawak

Department of Veterinary Services Sarawak Official page of the Department of Veterinary Services Sarawak (DVSS)

✨ Selamat Ari Gawai 2026 Silamat Andu Gawai 2026✨May this joyous celebration of Hari Gawai bring happiness, prosperity, ...
30/05/2026

✨ Selamat Ari Gawai 2026 Silamat Andu Gawai 2026✨

May this joyous celebration of Hari Gawai bring happiness, prosperity, and abundant blessings to you and your loved ones. May the spirit of unity, gratitude, and togetherness continue to strengthen our communities and cultural heritage. 🌾✨

Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menua 🌿🏑

Warmest wishes from YBhg. Datu Dr. Adrian Susin Ambud and all staff of the Department of Veterinary Services Sarawak.

Selamat Menyambut Hari Gawai 2026 πŸŽ‰πŸŒΎ

🐢 Anjing yang divaksin, dipelihara dengan baik dan tidak dilepaskan bebas membantu melindungi komuniti daripada rabies. ...
22/05/2026

🐢 Anjing yang divaksin, dipelihara dengan baik dan tidak dilepaskan bebas membantu melindungi komuniti daripada rabies. πŸ’‰

Jadilah pemilik haiwan yang bertanggungjawab:
βœ… Vaksinasi anti rabies setiap tahun : PERCUMA di Pejabat Veterinar Bahagian
βœ… Daftar & lesenkan anjing peliharaan : PERCUMA di Pihak Berkuasa Tempatan
βœ… Elakkan anjing berkeliaran tanpa kawalan πŸš«πŸ•

πŸ’‘ Ingat:
Vaksinasi suntikan = perlindungan utama rabies
ORV hanya sokongan tambahan, bukan pengganti suntikan.

🚨 Seekor anjing tidak divaksin boleh membahayakan satu komuniti.

Lindungi anjing. Lindungi keluarga. Lindungi komuniti. 🀝🐾

πŸ“² Share post ini untuk tingkatkan kesedaran!

PROGRAM VAKSINASI ANTI-RABIES, MIKROCIP & LESEN BAHARU ANJING DI KUCHING]Warga Kuching, khususnya di bawah kawasan penta...
21/05/2026

PROGRAM VAKSINASI ANTI-RABIES, MIKROCIP & LESEN BAHARU ANJING DI KUCHING]
Warga Kuching, khususnya di bawah kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Padawan (MPP)!
Sila ambil perhatian, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak bersama MPP akan mengadakan kaunter perkhidmatan kesihatan dan perlesenan haiwan peliharaan secara PERCUMA pada hujung minggu ini.
Maklumat program adalah seperti ketetapan berikut:
πŸ“Œ Lokasi: SJK(C) Chung Hua Sg. Tengah, Jalan Sejijak, Kuching
πŸ“… Tarikh: 23 Mei 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 9:00 Pagi – 4:00 Petang
πŸ’‘ INFO PENTING & SYARAT KELAYAKAN:
1. Kelayakan Anjing:
Sihat tubuh badan.
Tidak mengandung atau sedang menyus**an anak.
Berumur 3 bulan ke atas.
2. Dokumen Diperlukan (Vaksin Anjing):
Kad Pengenalan (IC) Pemilik.
Kad Vaksin Anjing (jika ada).
3. Dokumen Diperlukan (Lesen Anjing):
Kad Pengenalan (IC) Pemilik.
Kad Vaksin Anjing (jika ada).
Bil Cukai Pintu MPP.
Suntikan vaksinasi anti-rabies adalah langkah utama dan WAJIB bagi melindungi haiwan kesayangan serta komuniti kita. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan slot mikrocip dan lesen baharu secara percuma ini!
πŸ“ž Pertanyaan lanjut: Hubungi talian 013-802 5566 (WhatsApp & SMS sahaja) atau layari laman web mpp.sarawak.gov.my.

HEBAHAN PERCUMA: KAUNTER VAKSINASI ANTI-RABIES, MIKROCIP & PERLESENAN ANJING DI MERADONG]Pemilik anjing di daerah Merado...
21/05/2026

HEBAHAN PERCUMA: KAUNTER VAKSINASI ANTI-RABIES, MIKROCIP & PERLESENAN ANJING DI MERADONG]
Pemilik anjing di daerah Meradong dan kawasan sekitarnya dipelawa untuk hadir ke program pelesenan dan kesihatan haiwan peliharaan secara PERCUMA yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
πŸ“Œ Lokasi: Tulai Association, Bintangor, Meradong
πŸ“… Tarikh: 23 Mei 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 9:00 Pagi – 3:00 Petang
⚠️ PERINGATAN PENTING KEPADA PEMILIK ANJING:
1 Syarat Kesihatan: Pastikan anjing anda berada dalam keadaan sihat, berumur 3 bulan ke atas, tidak bunting, dan tidak sedang menyus**an anak.
2 Dokumen Diperlukan: Sila bawa Kad Pengenalan (IC) pemilik dan Kad Vaksin asal anjing (jika ada).
3 Kuarantin Pasca-Vaksin: Sila kuarantin anjing anda selama 28 hari selepas menerima vaksin dan pastikan haiwan tersebut tidak berkeliaran di tempat awam pada setiap masa.
4 Kategori Haiwan: Program ini adalah untuk ANJING SAHAJA.
Suntikan vaksinasi anti-rabies adalah WAJIB di bawah undang-undang. Pastikan haiwan kesayangan anda mendapat perlindungan optimum setiap tahun demi keselamatan keluarga dan komuniti kita.
Imbas kod QR pada poster untuk maklumat lanjut atau pendaftaran awal. Jumpa anda di sana! Bersama-sama kita membendung penularan wabak Rabies. 🐾

🚨🐢 AMARAN RABIES: Kes Positif dalam Haiwan Dikesan di Bahagian Kuching Minggu Ini 🚨⚠️ 2 kes rabies positif dikesan mingg...
16/05/2026

🚨🐢 AMARAN RABIES: Kes Positif dalam Haiwan Dikesan di Bahagian Kuching Minggu Ini 🚨

⚠️ 2 kes rabies positif dikesan minggu ini (11–15 Mei 2026) daripada 41 sampel diuji.

πŸ“ Lorong Uplands 9, Kuching
πŸ“ Bau, Kuching

❗ Kedua-dua kes melibatkan anjing terbiar/liar

🦠 Rabies boleh berjangkit melalui gigitan atau cakaran anjing/kucing.
☠️ Bila simptom muncul, rabies boleh membawa maut

βœ… Apa yang anda perlu buat:
πŸ’‰ Vaksin anjing peliharaan anda
🏑 Pastikan anjing tidak berkeliaran
🚫 Jangan sentuh atau dekati anjing terbiar/liar

πŸ†˜ Jika digigit / dicakar anjing /Kucing:
🧼 Basuh luka dengan sabun & air mengalir 15 minit
πŸ₯ Pergi ke klinik / hospital segera
⏳ Jangan tunggu walaupun luka kecil

⚠️ Gigitan kecil boleh meragut nyawa
❀️ Tindakan cepat boleh menyelamatkan nyawa
🀝 Mencegah rabies adalah tanggungjawab kita bersama.

πŸ“’ TOLONG KONGSI!
Maklumat ini mungkin dapat selamatkan keluarga, jiran atau orang tersayang anda πŸ™

YB Dr Simon Sinang mencadangkan supaya Lembaga Industri Ternakan Sarawak (SLIB) ditubuhkan agar DVSS boleh menumpu penuh...
15/05/2026

YB Dr Simon Sinang mencadangkan supaya Lembaga Industri Ternakan Sarawak (SLIB) ditubuhkan agar DVSS boleh menumpu penuh dalam pembasmian penyakit, Perkhidmatan Makmal, penguatkuasaan dan regulatori.

A proposal has been forwarded for the establishment of the Sarawak Livestock Industry Board (SLIB) to drive growth and commercialisation of the state’s livestock sector, particularly ruminant production, and to strengthen food security efforts.

For report, click: https://www.theborneopost.com/2026/05/15/proposal-forwarded-for-sarawak-livestock-industry-board-to-drive-sector-growth/

πŸ• Nampak comel tak semestinya selamat didekati! 😬Ramai ingat semua anjing s**a dibelai, tapi bila anjing takut, terkejut...
15/05/2026

πŸ• Nampak comel tak semestinya selamat didekati! 😬

Ramai ingat semua anjing s**a dibelai, tapi bila anjing takut, terkejut atau rasa terganggu, gigitan boleh berlaku ⚠️

Sebelum hulur tangan, ingat 5 perkara penting ni πŸ‘‡

🐾 Jangan kacau anjing waktu makan, tidur atau jaga anak
🐾 Kalau anjing nampak marah/takut, jauhkan diri
🐾 Kalau anjing datang dekat, jangan lari πŸƒβ€β™‚οΈβŒ
🐾 Dekati perlahan dan biar dia hidu dulu 🀚
🐾 Kalau kena gigit, cuci luka terus & pergi klinik/hospital πŸ₯

🚨 Gigitan anjing bukan luka biasa. Rabies boleh membawa maut jika lambat dirawat.

πŸ’‰ Cara paling berkesan lindungi semua: vaksin anti rabies untuk anjing setiap tahun!

Jom sebarkan info ni, mungkin boleh selamatkan nyawa seseorang ❀️

πŸ“² Share post ni supaya lebih ramai tahu cara elak gigitan anjing!

Warga bintangor jangan lupa temu janji kita sabtu ni...program vaksinasi anti rabies dari rumah ke rumah kawasan taman b...
14/05/2026

Warga bintangor jangan lupa temu janji kita sabtu ni...program vaksinasi anti rabies dari rumah ke rumah kawasan taman bintang,bintangor..

ππ„π‘π‡π€π“πˆπ€π ππ„ππƒπ”πƒπ”πŠ ππˆππ“π€ππ†πŽπ‘!
Jom bawa anjing peliharaan anda untuk Program Vaksinasi Anti-Rabies, Mikrocip & Perlesenan Anjing Rumah ke Rumah yang akan diadakan seperti berikut:
βΈπŸ“ Taman Bintang, Bintangor
πŸ“… 16 Mei 2026
⏰ 9.00 pagi – 3.00 petang
βœ… Vaksin & lesen adalah PERCUMA
βœ… Khusus untuk ANJING sahaja
βœ… Demi keselamatan haiwan peliharaan dan komuniti bersama
πŸ“Œ Pastikan anjing: β€’ Telah ditangkap/dikurung sebelum pas**an tiba
β€’ Berumur 3 bulan ke atas
β€’ Sihat, tidak mengandung & tidak menyus**an anak
β€’ Membawa kad pengenalan pemilik dan kad vaksin sedia ada (jika ada)
⚠️ Pemilik juga diminta mengkuarantin anjing selama 28 hari selepas vaksinasi.
Mari bersama-sama membanteras rabies dan menjaga keselamatan komuniti kita.

🚨 LUKA DAH SEMBUH β‰  SELAMAT! 🚨Jangan tertipu dengan luka yang nampak kecil atau sudah kering. Virus rabies boleh bergera...
13/05/2026

🚨 LUKA DAH SEMBUH β‰  SELAMAT! 🚨

Jangan tertipu dengan luka yang nampak kecil atau sudah kering. Virus rabies boleh bergerak SENYAP ke otak dalam tempoh 2–3 bulan tanpa disedari! 🧠⚠️

Bila tanda-tanda rabies muncul seperti:
❌ Takut air
❌ Demam & sakit kepala
❌ Gelisah / agresif

…semuanya mungkin sudah terlambat.

βœ… Basuh luka segera dengan air & sabun selama 15 minit
βœ… TERUS pergi ke fasiliti kesihatan selepas gigitan atau cakaran haiwan
βœ… Dapatkan rawatan awal & vaksin jika diperlukan

RAWATAN AWAL BOLEH MENYELAMATKAN NYAWA ANDA & KELUARGA TERSAYANG

Address

Lot 877, Jalan Semenggok, Off Batu 12, Jalan Kuching-Serian
Kuching
93250

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6082628249

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Department of Veterinary Services Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Department of Veterinary Services Sarawak:

Share