05/09/2026
🇲🇾 MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK BIL.2 DAN SIDANG MEDIA SAMBUTAN PERAYAAN HARI MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2026 🇲🇾
🗓️ 5 September 2026 (Sabtu)
⏰ 9.00 pagi
📍 The Waterfront Hotel, Kuching
YBhg. Dato Georgina Apphia Ngau, Pengarah UNIFOR, telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Induk Bil. 2 serta Sidang Media Sambutan Perayaan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 yang berlangsung di The Waterfront Hotel, Kuching, pagi tadi.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan bersama oleh YB Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan merangkap Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak serta Menteri Bertanggungjawab bagi Sambutan Perayaan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun 2026; dan YB Dato’ Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi Malaysia, yang turut serta melalui platform Zoom.
Turut hadir ialah YB Datuk Abdullah bin Haji Saidol, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS); YB Datuk Haji Ibrahim bin Baki, Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad dan PETROS); YBhg. Datuk Abdul Halim Hamzah, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi; YBhg. Datu Hii Chang Kee, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi); YBhg. Datuk Aminurrahim Mohamed, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), Kementerian Komunikasi; serta YBhg. Datu Hamdan bin Haji Sharbini, Pengarah Unit Protokol, Istiadat dan Pengurusan Acara Sarawak.
Sambutan Hari Malaysia 2026 di Sarawak akan berlangsung dari 10 hingga 16 September 2026, dengan lima acara utama:
1. Pameran Mini Hari Malaysia 2026 – anjuran bersama Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS);
2. Pameran Hari Malaysia 2026 – anjuran bersama JAPEN dan UKAS;
3. Majlis Kesyukuran Agama-Agama Lain Sempena Sambutan Perayaan Hari Malaysia 2026 – anjuran Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR);
4. Majlis Kesyukuran Sempena Sambutan Perayaan Hari Malaysia 2026 – anjuran Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS); dan
5. Perhimpunan Sambutan Hari Malaysia 2026.
Kesemua acara ini diadakan bagi memperingati pembentukan Malaysia serta meraikan semangat kebersamaan, kepelbagaian dan keharmonian rakyat.
🇲🇾 Majlis Kesyukuran Agama-Agama Lain Sempena Sambutan Perayaan Hari Malaysia 2026 akan diadakan pada:
🗓️ 14 September 2026 (Isnin)
UNIFOR berbesar hati untuk memainkan peranan dalam sambutan penting ini dengan menghimpunkan masyarakat daripada pelbagai agama untuk bersama-sama menzahirkan rasa syukur serta mendoakan kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran Sarawak dan Malaysia. 🇲🇾