30/08/2026
Sukacita dimaklumkan bahawa panitia BM SAINSRI telah melaksanakan Bengkel Skor A+ BM SPM 2026 Slot Teknik Menjawab Kertas 1 SPM pada 30 Ogos 2026 (Ahad) bertempat di Dewan Sri Pahlawan, SAINSRI. Bengkel ini menyasarkan penglibatan daripada calon SPM SAINSRI 2026 batch Al-Itqan.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan khas kepada Cikgu Sapiie Bin Morinie, Guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah Agama Miri (SMKAMi) atas kesudian menyampaikan perkongsian yang amat bermakna yang berfokuskan teknik menjawab soalan kertas 1 BM SPM.
Semoga perkongsian tersebut dan segala ilmu dan tips-tips yang berguna dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh calon SPM Batch Al-Itqan.
“Ketinggian seseorang bukan pada hartanya, tetapi pada ilmu dan adabnya.” — Buya Hamka