Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak

Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak, Government Organization, Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS), Jabatan Premier Sarawak, Bangunan Baitulmakmur 2, Tingkat 7 (Sayap Kiri), Medan Raya, Petra Jaya, Kuching.

SALAM MAULIDUR RASUL 1448HSalam Maulidur Rasul, 12 Rabiulawal 1448H bersamaan 25 Ogos 2026.Semoga sambutan Maulidur Rasu...
24/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H

Salam Maulidur Rasul, 12 Rabiulawal 1448H bersamaan 25 Ogos 2026.

Semoga sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini dapat memperkukuh kecintaan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta menyemarakkan semangat perpaduan dan kebersamaan selaras dengan tema “Ummah Maju Makmur”.

Ikhlas daripada,
Pengarah dan Warga Kerja
Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak
Jabatan Premier Sarawak

PERSIDANGAN PEMANTAPAN INTEGRITI, TATAKELOLA DAN ANTIRASUAH (PINTAR) NEGERI SARAWAK 2026Persidangan Pemantapan Integriti...
16/08/2026

PERSIDANGAN PEMANTAPAN INTEGRITI, TATAKELOLA DAN ANTIRASUAH (PINTAR) NEGERI SARAWAK 2026

Persidangan Pemantapan Integriti, Tatakelola dan Antirasuah (PINTAR) Negeri Sarawak 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 11 Ogos 2026 di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK). Bertemakan “Integriti Teras Kemakmuran Sarawak” HIS 2026 menjadi wadah berterusan Kerajaan Sarawak dalam mengarusperdanakan agenda integriti serta memperkukuh budaya tadbir urus yang baik, akauntabiliti dan amalan antirasuah. Penganjuran persidangan ini turut menghimpunkan tokoh-tokoh terkemuka daripada agensi persekutuan, negeri serta organisasi antarabangsa, sekali gus menyediakan platform perkongsian ilmu, pengalaman dan perspektif dalam memperkukuh integriti serta tatakelola. Seramai lebih kurang 500 peserta yang terdiri daripada Kump**an Pengurusan Tertinggi atau setaraf dengannya daripada agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan telah hadir dan menyertai persidangan tersebut.

Antara pengisian utama PINTAR 2026 ialah slot Executive Talk yang disampaikan oleh Annika Wythes, Regional Office of Southeast Asia and The Pacific Anti-Corruption Adviser, United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC). Persidangan ini turut menampilkan Sesi Pembentangan oleh tokoh-tokoh berpengalaman, antaranya YBhg. Tan Sri Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay,Mantan Timbalan Ketua Polis Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM), YBhg. Dato’ Azmi bin Kamaruzaman, Timbalan Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta YBrs. Puan Noor Rita binti Kassim, Wakil Ketua Audit Negara, Jabatan Audit Negara (JAN).

Pada sesi petang p**a, Sesi Bicara Forum menampilkan tokoh-tokoh terkemuka daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Sarawak, Ketua Ombudsman Sarawak, Pesuruhjaya Polis Sarawak serta Institut Integriti Malaysia (IIM). Sesi ini membincangkan isu-isu berkaitan integriti dan tatakelola, di samping mengupas usaha serta strategi dalam memperkukuh pencegahan rasuah dalam sektor awam.

Majlis Penangguhan PINTAR 2026 telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki , Setiausaha Kerajaan Sarawak. Turut hadir ke majlis penangguhan Yang Berhormat Dato’ Murshid DiRaja Datuk Dr Juanda Jaya, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman),Yang Berusaha Tuan Wan Mohamad bin Wan Drahman, Pengarah Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS), Jabatan Premier Sarawak dan Yang Berusaha PKPj Puan Katherine Nais, Timbalan Pengarah Pencegahan, SPRM Sarawak, Wakil Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Sarawak.

Penganjuran PINTAR 2026 mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Sarawak dalam memperkukuh agenda integriti, tatakelola dan antirasuah. Persidangan ini akan diteruskan sebagai platform berterusan bagi menghimpunkan pemegang taruh, berkongsi amalan terbaik serta memperkukuh usaha bersama ke arah pembudayaan integriti di Sarawak.

12/08/2026
12/08/2026
12/08/2026

Sorotan Setiausaha Kerajaan Sarawak :

No matter whether you are from the state civil service or the federal civil service, we work as one team. Kita bekerja sebagai satu pasukan. Inilah kekuatan kita dalam perkhidmatan awam.




12/08/2026

Sorotan Setiausaha Kerajaan Sarawak :

Melalui peranan CeIO, apa sahaja pandangan dan penemuan hendaklah dilaporkan kepada UNIONS supaya tindakan susulan dapat diambil. Check and balance penting untuk memastikan non-compliance dapat dibetulkan dan dielakkan.




PERSIDANGAN PEMANTAPAN INTEGRITI, TATAKELOLA DAN ANTI-RASUAH (PINTAR) 20261 hari lagi sebelum berlangsungnya persidangan...
10/08/2026

PERSIDANGAN PEMANTAPAN INTEGRITI, TATAKELOLA DAN ANTI-RASUAH (PINTAR) 2026

1 hari lagi sebelum berlangsungnya persidangan Pemantapan Integriti, Tatakelola dan Antirasuah (PINTAR) 2026!

Tarikh: Selasa, 11 Ogos 2026
Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: Borneo Convention Centre Kuching (BCCK)
Tema: "Integriti Teras Kemakmuran Sarawak"

Penganjuran Persidangan Pemantapan Integriti, Tatakelola dan Anti-Rasuah (PINTAR) 2026 ini merupakan anjuran bersama Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS), Jabatan Premier Sarawak dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM Sarawak) Cawangan Sarawak.

Penganjuran PINTAR 2026 ini menghimpunkan tokoh-tokoh terkemuka daripada agensi persekutuan, negeri dan serta wakil agensi di antarabangsa bagi membincangkan isu-isu berkaitan integriti, tatakelola dan pencegahan rasuah. Antara pengisian menarik yang disediakan pada sesi pagi ialah Executive Talk yang akan disampaikan oleh wakil UNODC - United Nations Office on Drugs and Crime, diikuti Sesi Pembentangan daripada Mantan Timbalan Ketua Polis Negara, Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ), Timbalan Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan Ketua Audit Negara, Jabatan Audit Negara (JAN).

Pada sesi petang p**a, peserta berpeluang mengikuti Sesi Bicara Forum yang menampilkan panel-panel terkemuka daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Sarawak, Ombudsman Sarawak, Pesuruhjaya Polis Sarawak dan daripada agensi Institut Integriti Malaysia. Forum ini akan membincangkan pelbagai isu semasa berkaitan integriti, tatakelola dan serta usaha memperkukuh pencegahan rasuah dalam sektor awam.

Objektif utama Persidangan PINTAR 2026 adalah untuk:
• Meningkatkan kesedaran, kefahaman dan komitmen penjawat awam terhadap kepentingan integriti, tadbir urus baik serta pencegahan rasuah dalam pelaksanaan fungsi organisasi;
• Memperkukuh amalan tadbir urus yang telus dan berakauntabiliti, khususnya dalam pengurusan kewangan, perolehan dan pelaksanaan projek, melalui perkongsian pengetahuan dan amalan terbaik; dan
• Mempertingkatkan kerjasama strategik antara agensi ke arah memperkukuh ekosistem integriti serta membanteras rasuah dan salah guna kuasa secara bersepadu.

PINTAR 2026 merupakan platform terbaik untuk memperkukuh kefahaman, berkongsi pengalaman dan amalan terbaik serta meningkatkan kerjasama strategik dalam membudayakan integriti dan tadbir urus yang cemerlang demi kemajuan perkhidmatan awam.

Address

Unit Integriti Dan Ombudsman Sarawak (UNIONS), Jabatan Premier Sarawak, Bangunan Baitulmakmur 2, Tingkat 7 (Sayap Kiri), Medan Raya, Petra Jaya
Kuching
93050

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share