22/08/2026
πππππππ ππππππππ ππππππππ π ππππππ ππ ππππ πππ πππππππππ
KEM PENRISSEN β Panglima Briged Ketiga Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Zulkinine bin Yunus telah mengadakan lawatan ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Kem Penrissen pada 20 Ogos 2026 yang turut diiringi Ketua Staf OPLAT MK 3 Briged, Lt Kol Marzuki bin Md Yusof selaku Pengerusi PPDK, Kem Penrissen.
Dalam lawatan tersebut, Panglima telah diberikan taklimat secara ringkas berkenaan organisasi dan peranan PPDK Kem Penrissen dalam menjaga kebajikan anak-anak warga 3 Briged yang kelainan upaya. Sebagai tanda kasih dan keprihatinan, Panglima 3 Briged turut menyantuni anak-anak PPDK dengan sumbangan dan jamuan ringan bersama mereka.
Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan dalam memperkukuhkan hubungan serta keprihatinan Panglima 3 Briged terhadap kebajikan dan kesejahteraan anak-anak kelainan upaya.
-PENGORBANAN KEUNGGULAN-