Pejabat MARA Daerah Kuching

Pejabat MARA Daerah Kuching Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat MARA Daerah Kuching, Government Organization, Lot 13376, Aras Bawah & Tingkat 1, Seksyen 65, Kuching Town District, Jalan Merdeka, Off Jalan Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakub, Kuching.

Objektif:
Membangunkan Usahawan Berjaya & Inovatif
Melahirkan Modal Insan Global & Berintergriti
Menyumbang Kepada Pemilikan Ekuiti
Memudahkan Sistem Penyampaian

๐Ÿ”ฅ๐ŸŽ‰ ๐™†๐‘ถ๐™๐‘จ ๐‘บ๐˜ผ๐‘ด๐˜ผ๐‘น๐˜ผ๐‘ฏ๐˜ผ๐‘ต, ๐™†๐‘ฐ๐™๐‘จ๐™† ๐˜ฟ๐‘จ๐™ƒ ๐™๐‘ฌ๐˜ผ๐‘ซ๐™”?! ๐Ÿ”ฅ๐ŸŽ‰๐—š๐—˜๐— ๐—”@๐—ž๐—ž๐——๐—ช ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ช๐—”๐—ž ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ bakal memeriahkan Kota Samarahan selama 3 hari!.  Mun kita...
16/08/2026

๐Ÿ”ฅ๐ŸŽ‰ ๐™†๐‘ถ๐™๐‘จ ๐‘บ๐˜ผ๐‘ด๐˜ผ๐‘น๐˜ผ๐‘ฏ๐˜ผ๐‘ต, ๐™†๐‘ฐ๐™๐‘จ๐™† ๐˜ฟ๐‘จ๐™ƒ ๐™๐‘ฌ๐˜ผ๐‘ซ๐™”?! ๐Ÿ”ฅ๐ŸŽ‰

๐—š๐—˜๐— ๐—”@๐—ž๐—ž๐——๐—ช ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ช๐—”๐—ž ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ bakal memeriahkan Kota Samarahan selama 3 hari!. Mun kitak belum ada plan hujung minggu tok, iboh bingung โ€” datang jak ke ๐—š๐—˜๐— ๐—”@๐—ž๐—ž๐——๐—ช ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ช๐—”๐—ž ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ.

๐Ÿ“… ๐Ÿฎ๐Ÿญโ€“๐Ÿฎ๐Ÿฏ ๐—ข๐—ด๐—ผ๐˜€ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ
๐Ÿ“ ๐—›๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป, ๐—ž๐—ผ๐˜๐—ฎ ๐—ฆ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป

Ada macam-macam produk jualan & pameran oleh usahawan, pameran pendidikan, pameran agensi, serta Business Matching. Paling best GIATMARA & TVET MARA Kuching molah CSR dengan beri servis PERCUMA ๐™œ๐™ช๐™ฃ๐™ฉ๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™ง๐™–๐™ข๐™—๐™ช๐™ฉ, ๐™ฉ๐™ช๐™ ๐™–๐™ง ๐™ข๐™ž๐™ฃ๐™ฎ๐™–๐™  ๐™๐™ž๐™ฉ๐™–๐™ข ๐™ข๐™ค๐™ฉ๐™ค๐™จ๐™ž๐™ ๐™–๐™ก ๐™™๐™œ๐™ฃ ๐™ฅ๐™š๐™ข๐™š๐™ง๐™ž๐™ ๐™จ๐™–๐™–๐™ฃ ๐™ ๐™š๐™ฃ๐™™๐™š๐™ง๐™–๐™–๐™ฃ. UniKlinik dengan UniDental pun menyediakan ๐™ฅ๐™š๐™ข๐™š๐™ง๐™ž๐™ ๐™–๐™จ๐™–๐™–๐™ฃ ๐™œ๐™ž๐™œ๐™ž ๐™™๐™–๐™ฃ ๐™ฅ๐™š๐™ข๐™š๐™ง๐™ž๐™ ๐™จ๐™–๐™–๐™ฃ ๐™ ๐™š๐™จ๐™ž๐™๐™–๐™ฉ๐™–๐™ฃ secara PERCUMA juak.

Bah, bawa family, ajak kawan-kawan, jom sama-sama kita sokong usahawan tempatan, sambil jalan-jalan kita dapat informasi terkini daripada pelbagai agensi. Tandakan kalendar ktk orang.

๐Ÿ“… ๐Ÿฎ๐Ÿญโ€“๐Ÿฎ๐Ÿฏ ๐—ข๐—ด๐—ผ๐˜€ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ
๐Ÿ“ ๐—›๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป, ๐—ž๐—ผ๐˜๐—ฎ ๐—ฆ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป

๐Ÿ”ฅ๐ŸŽ‰ ๐—ž๐—ผ๐˜๐—ฎ ๐—ฆ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป, ๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—ธ ๐—ท๐˜‚๐—บ๐—ฝ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ถ ๐—š๐—˜๐— ๐—”@๐—ž๐—ž๐——๐—ช ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ธ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ! ๐Ÿ”ฅ๐ŸŽ‰








15/08/2026

Kursus Pengenalan Asas Penyelenggaraan Enjin Diesel Marin telah berjaya dianjurkan di TVETMARA Kuching dengan penyertaan daripada belia dan individu yang berminat, kakitangan agensi kerajaan serta usahawan
Sepanjang kursus, peserta mengikuti sesi teori, demonstrasi secara visual serta perkongsian ilmu yang dikendalikan oleh tenaga pengajar Program Teknologi Kejuruteraan Marin TVETMARA Kuching. Pendedahan ini bertujuan memberi pemahaman asas berkaitan komponen enjin diesel marin, sistem utama enjin, pemeriksaan harian serta amalan penyelenggaran yang betul dan selamat
Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan serta menjadi nilai tambah kepada peserta dalam bidang penyelenggaraan enjin diesel marin
Tahniah dan syabas kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan kursus. Terima kasih atas komitmen dan penyertaan yang diberikan


IKLAN KEKOSONGAN PREMIS PERNIAGAAN MILIK Pejabat MARA Daerah KuchingPihak kami ingin mempelawakan usahawan yang mempunya...
13/08/2026

IKLAN KEKOSONGAN PREMIS PERNIAGAAN MILIK Pejabat MARA Daerah Kuching

Pihak kami ingin mempelawakan usahawan yang mempunyai rancangan & konsep perniagaan yang menarik untuk mengisi kekosongan premis perniagaan seperti dibawah;

Arked Astana - 2 Kekosongan
Pemohonan boleh dibuat melalui saluran tersebut:

MyPremis MARA
https://mypremis.mara.gov.my/index.php?mtd=home

Hadir ke Pejabat MARA Daerah Kuching atau mana-mana Pejabat MARA Daerah yang berhampiran untuk mendapatkan borang permohonan Premis.

Calon yang ๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—”๐—ž akan dihubungi untuk proses ๐—ง๐—˜๐— ๐—จ๐——๐—จ๐—š๐—”.

Terima kasih.

Tarikh Tutup Permohonan : 07 September 2026


LAWATAN PEMANTAUAN PROGRAM DANANITA MARA DI SARAWAKKUCHING, 6 Ogos 2026 โ€“ Lawatan Pemantauan ke Program/Projek Pembangun...
06/08/2026

LAWATAN PEMANTAUAN PROGRAM DANANITA MARA DI SARAWAK

KUCHING, 6 Ogos 2026 โ€“ Lawatan Pemantauan ke Program/Projek Pembangunan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Negeri Sarawak diteruskan pada sebelah petang dengan lawatan ke usahawan bimbingan MARA di bawah Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DANANITA).

Antara lokasi yang dikunjungi ialah Sanggar Manisan, sebuah perusahaan milik Laura Mika Enterprise yang menjalankan perniagaan bakeri di Kuching dan merupakan penerima kemudahan pembiayaan DANANITA MARA.

Lawatan ini memberi ruang untuk melihat secara dekat perkembangan perniagaan serta mendapatkan maklum balas usahawan mengenai manfaat kemudahan pembiayaan yang telah diterima dalam membantu memperkukuh dan mengembangkan operasi perniagaan.

DANANITA merupakan antara inisiatif MARA dalam menyediakan akses pembiayaan kepada usahawan wanita Bumiputera, sekali gus membantu mereka meningkatkan kapasiti perniagaan dan terus berdaya saing dalam pasaran.

Lawatan ini turut mencerminkan komitmen berterusan KKDW dan MARA dalam memastikan setiap inisiatif pembangunan keusahawanan bukan sahaja sampai kepada kumpulan sasaran, malah memberi impak yang bermakna kepada perkembangan perniagaan usahawan.

Turut hadir sama; En. Nor Akmal bin Abdul Manap, Timb. Setiausaha Bahagian Penyelarasan dan Pemantauan KKDW; En. Azli bin Abd Aziz, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Kesejahteraan Rakyat KKDW; En. Muhamad Ashman bin Muhamad Yusof, Penolong Setiausaha Bahagian Penyelarasan dan Pemantauan KKDW; En. Azuan bin Roslan, Penolong Setiausaha Bahagian Penyelarasan dan Pemantauan KKDW; Cik Siti Noraza binti Ali, Ketua Unit Pembiayaan MARA Negeri Sarawak dan; Encik Mohd Faiqal bin Juanda, Pegawai MARA Daerah Kuching.








03/08/2026

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran kepada Encik Timelow Anak Jauk, Pengarah MARA Negeri Sarawak.

Semoga dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan bersama keluarga, serta terus diberikan kekuatan, kebijaksanaan dan keberkatan dalam memimpin warga MARA Negeri Sarawak ke arah kecemerlangan.

Terima kasih atas segala komitmen, dedikasi dan kepimpinan yang menjadi inspirasi kepada seluruh warga kerja MARA Sarawak.

Semoga setiap langkah sentiasa dipermudah, segala usaha diberkati dan terus mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

25/07/2026
25/07/2026
21/07/2026

๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—œ๐—ก ๐—™๐—”๐—ฆ๐—›๐—œ๐—ข๐—ก (๐— ๐—œ๐—™) ๐—™๐—”๐—ฆ๐—›๐—œ๐—ข๐—ก ๐—ฅ๐—จ๐—ก๐—ช๐—”๐—ฌ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐—•๐—œ๐—ญ๐—ก๐—˜๐—ง๐—ช๐—ข๐—ฅ๐—ž ๐—™๐—œ๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—” ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ช๐—”๐—ž ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Bersempena BizNetwork Fiesta Sarawak 2026, MARA membawakan MARA In Fashion (MIF) Fashion Runway bertemakan โ€œBORNEO REIMAGINEDโ€, sebuah persembahan yang meraikan keindahan warisan pribumi Sarawak menerusi interpretasi fesyen kontemporari.

Saksikan koleksi eksklusif yang mengangkat identiti, seni dan budaya tempatan melalui sentuhan kreatif pereka fesyen, sekali gus menampilkan keunikan warisan Borneo dalam gaya moden yang penuh estetika dan inovasi.

25 Julai 2026 (Sabtu)
2.30 Petang
Plaza Merdeka, Kuching, Sarawak

Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan MIF Fashion Runway dan menyaksikan keindahan warisan Sarawak diterjemahkan dalam dunia fesyen moden.











21/07/2026

Address

Lot 13376, Aras Bawah & Tingkat 1, Seksyen 65, Kuching Town District, Jalan Merdeka, Off Jalan Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakub
Kuching
93050

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 11:45
14:15 - 17:00

Telephone

+6082246230

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat MARA Daerah Kuching posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat MARA Daerah Kuching:

Shortcuts

Share