Jabatan Pembangunan Kemahiran - JPK Sarawak

Jabatan Pembangunan Kemahiran - JPK Sarawak Membangun Sumber Manusia Sarawak Melalui Latihan Kemahiran

JELAJAH SKM SARAWAK EDISI SLaPB | SIRI 5 / 73 SEKTOR UTAMA, 324 PROGRAM BERTAULIAHBerdasarkan taburan Malaysia Standard ...
04/09/2026

JELAJAH SKM SARAWAK EDISI SLaPB | SIRI 5 / 7

3 SEKTOR UTAMA, 324 PROGRAM BERTAULIAH

Berdasarkan taburan Malaysia Standard Industrial Classification (MSIC), tiga sektor dengan penawaran program bertauliah tertinggi di Sarawak ialah Pembuatan dengan 156 program, Pembinaan dengan 103 program serta Perdagangan borong dan runcit, pembaikan kenderaan bermotor dan motosikal dengan 65 program.

Keseluruhannya, ketiga tiga sektor ini merangkumi 324 program, iaitu sekitar 64 peratus daripada 509 program bertauliah di Sarawak.

Penawaran program ini menyokong keperluan tenaga mahir dalam sektor industri, pembinaan, perdagangan borong dan runcit, pembaikan kenderaan bermotor serta motosikal.

๐Ÿ” Semak program dan Pusat Bertauliah di MySPIKE:
https://www.myspike.my

๐Ÿ“ Buat permohonan melalui UP_TVET:
https://mohon.tvet.gov.my

JELAJAH SKM SARAWAK EDISI SLaPB | SIRI 4 / 7DARIPADA PERTANIAN HINGGA TEKNOLOGI, SEJAUH MANA LUASNYA PILIHAN KEMAHIRAN D...
03/09/2026

JELAJAH SKM SARAWAK EDISI SLaPB | SIRI 4 / 7

DARIPADA PERTANIAN HINGGA TEKNOLOGI, SEJAUH MANA LUASNYA PILIHAN KEMAHIRAN DI SARAWAK

Program bertauliah di Sarawak merangkumi pelbagai sektor industri berdasarkan Malaysia Standard Industrial Classification (MSIC).

Antaranya ialah pembuatan, pembinaan, automotif, pertanian, hospitaliti, teknologi maklumat, pentadbiran dan perkhidmatan.

Pengelasan MSIC membantu masyarakat memahami hubungan antara bidang kemahiran, sektor ekonomi dan peluang pekerjaan. Ini membolehkan pilihan bidang dibuat berdasarkan minat, kebolehan dan perancangan kerjaya.

๐Ÿ” Semak program dan Pusat Bertauliah di MySPIKE:
https://www.myspike.my

๐Ÿ“ Buat permohonan melalui UP_TVET:
https://mohon.tvet.gov.my

๐Ÿ“ข PEMAKLUMAN KEPADA PUSAT BERTAULIAH (PB) DI SARAWAKPELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) SECARA DALAM TALIAN SE...
03/09/2026

๐Ÿ“ข PEMAKLUMAN KEPADA PUSAT BERTAULIAH (PB) DI SARAWAK

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) SECARA DALAM TALIAN SEBAGAI ALTERNATIF KEPADA PdP BERSEMUKA SUSULAN KEADAAN JEREBU DI KAWASAN YANG TERJEJAS DI NEGERI SARAWAK

Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) memaklumkan bahawa Pusat Bertauliah (PB) di Sarawak yang terjejas akibat keadaan jerebu dibenarkan melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian sebagai alternatif kepada PdP secara bersemuka.

Pelaksanaan PdP secara dalam talian adalah berdasarkan keadaan setempat dan kesesuaian program yang dilaksanakan, dengan mengambil kira keselamatan dan kesihatan pelatih serta personel PB.

๐Ÿ“Œ KETETAPAN PELAKSANAAN

1๏ธโƒฃ Pelaksanaan PdP secara dalam talian

PB yang terjejas akibat keadaan jerebu tidak perlu mengemukakan permohonan kebenaran secara berasingan kepada JPK bagi melaksanakan PdP secara dalam talian.

2๏ธโƒฃ Komponen pengetahuan

Komponen pengetahuan boleh dilaksanakan secara dalam talian bagi semua program.

3๏ธโƒฃ Komponen prestasi / latihan amali

Bagi komponen prestasi yang melibatkan penggunaan mesin atau peralatan bengkel serta penilaian kompetensi yang tidak sesuai dilaksanakan secara dalam talian, pelaksanaannya hendaklah dijadualkan semula apabila keadaan kembali selamat dan mengizinkan.

4๏ธโƒฃ Rekod pelaksanaan PdP

PB hendaklah memastikan kehadiran, aktiviti PdP, tugasan, penilaian dan bukti pelaksanaan latihan direkodkan serta disimpan secara fizikal atau digital bagi tujuan pemantauan dan verifikasi.

5๏ธโƒฃ Pelaksanaan semula PdP bersemuka

Pelaksanaan PdP secara dalam talian adalah sementara dan fleksibel. Apabila keadaan jerebu telah bertambah baik dan keadaan mengizinkan, PdP hendaklah kembali dilaksanakan secara bersemuka.

๐Ÿ“ง SURAT PEMAKLUMAN RASMI

Pemakluman ini adalah berdasarkan surat Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) rujukan JPK 700-2/3/1 JLD.3(46) bertarikh 2 September 2026.

Surat pemakluman rasmi berhubung perkara ini juga dihantar melalui alamat e-mel PB yang dinyatakan dalam sistem MySPIKE.

PB hendaklah menyemak alamat e-mel yang berdaftar dalam MySPIKE bagi mendapatkan surat pemakluman rasmi tersebut.

JPK WILAYAH SARAWAK
Jabatan Pembangunan Kemahiran
Kementerian Sumber Manusia

JELAJAH SKM SARAWAK EDISI SLaPB | SIRI 3 / 7KUCHING, HAB UTAMA LATIHAN KEMAHIRAN SARAWAKSehingga Jun 2026, Kuching menca...
03/09/2026

JELAJAH SKM SARAWAK EDISI SLaPB | SIRI 3 / 7

KUCHING, HAB UTAMA LATIHAN KEMAHIRAN SARAWAK

Sehingga Jun 2026, Kuching mencatatkan jumlah Pusat Bertauliah (PB) dan program bertauliah tertinggi di Sarawak dengan 34 PB yang menawarkan 213 program bertauliah.

Daripada jumlah tersebut, 20 PB awam menawarkan 112 program bertauliah, manakala 14 PB swasta menawarkan 101 program bertauliah.

Penawaran program yang luas memberi lebih banyak pilihan kepada masyarakat untuk meneroka bidang kemahiran, memilih program yang sesuai dan merancang laluan kerjaya berdasarkan minat serta keperluan industri.

๐Ÿ” Semak program dan Pusat Bertauliah di MySPIKE:
https://www.myspike.my

๐Ÿ“ Buat permohonan melalui UP_TVET:
https://mohon.tvet.gov.my

01/09/2026

๐Ÿงญ ๐—ž๐—ข๐— ๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—ž๐—ฃ | ๐Ÿญ ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—ง๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ | ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฆ๐—”

๐—ก๐—”๐——๐—œ ๐—ž๐—ข๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ง๐—˜๐—ก๐—ฆ๐—œ

๐—”๐—ก๐——๐—” ๐—”๐——๐—” ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—›๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก.
๐—ง๐—”๐—ฃ๐—œ, ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฃ๐—” ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐— ๐—˜๐—ก๐—˜๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—œ๐—” ๐— ๐—˜๐—ก๐—–๐—”๐—ฃ๐—”๐—œ ๐—ฃ๐—œ๐—”๐—ช๐—”๐—œ๐—”๐—ก?

๐—๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป๐—ป๐˜†๐—ฎ โ€” ๐—ก๐—ข๐—ฆ๐—ฆ.

Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) menjadi rujukan dalam menetapkan kompetensi yang diperlukan bagi sesuatu pekerjaan, merangkumi pengetahuan, kemahiran dan sikap yang perlu dikuasai untuk melaksanakan tugas mengikut keperluan bidang pekerjaan.

๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ถ๐—ป๐—ถ, ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—ธ ๐Ÿฎ,๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿด ๐—ก๐—ข๐—ฆ๐—ฆ ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐˜‚๐—บ๐—ถ ๐—ฝ๐—ฒ๐—น๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ถ ๐—ฏ๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฝ๐—ฒ๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป, ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฐ๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐—ถ๐—ป๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฒ๐—น๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ผ๐—ธ๐—ผ๐—ป๐—ด ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ถ๐—ป๐—ฑ๐˜‚๐˜€๐˜๐—ฟ๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐˜๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ด๐—ฎ ๐—บ๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—ฟ ๐—ป๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ.

Sepanjang September ini, KOMPAS KP | NADI KOMPETENSI akan membawa kita mengenali NOSS dengan lebih dekat mengikut kelompok bidang pekerjaan โ€” daripada bidang yang telah lama menjadi tunjang ekonomi negara hingga bidang baharu yang berkembang seiring perubahan teknologi dan keperluan industri.

๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐—ฑ๐—ถ ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—น๐—ถ๐—ธ ๐˜€๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐—ฝ ๐—ธ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป, ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฝ๐—ถ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ถ๐—ฎ๐—ป.
๐——๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ถ ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—น๐—ถ๐—ธ ๐˜€๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐—ฝ ๐—ฝ๐—ถ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ถ๐—ฎ๐—ป, ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ธ๐—ผ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐˜๐—ฒ๐—ป๐˜€๐—ถ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ถ๐—ป๐—ฎ ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐—ป๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ.

๐™„๐™ง. ๐™๐™จ. ๐˜ฟ๐™ง. ๐™†๐™–๐™ข๐™–๐™ง๐™ช๐™ฏ๐™–๐™ข๐™–๐™ฃ ๐™—๐™ž๐™ฃ ๐™ƒ๐™–๐™Ÿ๐™ž ๐™ˆ๐™™. ๐˜ผ๐™ก๐™ž
๐™†๐™š๐™ฉ๐™ช๐™– ๐™‹๐™š๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ง๐™–๐™
๐™…๐™–๐™—๐™–๐™ฉ๐™–๐™ฃ ๐™‹๐™š๐™ข๐™—๐™–๐™ฃ๐™œ๐™ช๐™ฃ๐™–๐™ฃ ๐™†๐™š๐™ข๐™–๐™๐™ž๐™ง๐™–๐™ฃ

(R)EVOLUSI TVET: Mengupayakan Kompetensi, Memacu Pertumbuhan Negara.







01/09/2026
JELAJAH SKM SARAWAK EDISI SLaPB | SIRI 2 / 7PB AWAM DAN PB SWASTA DI SARAWAKSehingga Jun 2026, Sarawak mempunyai 103 Pus...
01/09/2026

JELAJAH SKM SARAWAK EDISI SLaPB | SIRI 2 / 7

PB AWAM DAN PB SWASTA DI SARAWAK

Sehingga Jun 2026, Sarawak mempunyai 103 Pusat Bertauliah (PB) di bawah Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB).

Daripada jumlah tersebut, 76 PB awam menawarkan 344 program bertauliah, manakala 27 PB swasta menawarkan 165 program bertauliah.

Kedua dua kategori PB ini menyediakan pilihan latihan kemahiran dalam pelbagai bidang dan lokasi. Masyarakat boleh membuat pilihan berdasarkan minat, syarat kemasukan dan kesesuaian dengan perancangan kerjaya.

PB awam dan PB swasta mempunyai peranan masing masing dalam menyediakan peluang latihan kemahiran kepada masyarakat Sarawak.

๐Ÿ” Semak program dan Pusat Bertauliah di MySPIKE:
https://www.myspike.my

๐Ÿ“ Buat permohonan melalui UP_TVET:
https://mohon.tvet.gov.my

JELAJAH SKM SARAWAK EDISI SLaPB | SIRI 1 / 7SLaPB SARAWAK: 103 PB, 509 PROGRAM BERTAULIAHSehingga Jun 2026, Sistem Latih...
01/09/2026

JELAJAH SKM SARAWAK EDISI SLaPB | SIRI 1 / 7

SLaPB SARAWAK: 103 PB, 509 PROGRAM BERTAULIAH

Sehingga Jun 2026, Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB) di Sarawak merangkumi 103 Pusat Bertauliah (PB) yang menawarkan 509 program bertauliah.

Daripada jumlah tersebut, 76 PB merupakan PB awam dan 27 PB merupakan PB swasta.

Kepelbagaian program di bawah SLaPB memberi peluang kepada masyarakat untuk meneroka bidang kemahiran yang diminati, membina kompetensi berstandard dan merancang laluan kerjaya yang selari dengan keperluan industri.

๐Ÿ” Semak program dan Pusat Bertauliah di MySPIKE:
https://www.myspike.my

๐Ÿ“ Buat permohonan melalui UP_TVET:
https://mohon.tvet.gov.my

31/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

โ€œKESEJAHTERAAN DINIKMATIโ€

Tanggal 31 Ogos menjadi simbol kebebasan, perpaduan dan semangat cinta akan tanah air. Marilah kita bersama-sama menghargai nikmat kemerdekaan yang dikecapi, serta terus berganding bahu membina Malaysia yang lebih sejahtera, harmoni dan maju.

Semoga semangat patriotisme terus subur dalam diri setiap rakyat Malaysia dan menjadi kekuatan untuk kita@ melangkah ke hadapan bersama.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati.
Selamat Hari Kebangsaan!

24/08/2026

๐ŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H ๐ŸŒ™

Seluruh warga Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam.

Semoga kecintaan kepada Rasulullah SAW terus subur dalam jiwa, dan setiap sunnah serta akhlak Baginda menjadi inspirasi dalam kehidupan, pekerjaan dan khidmat kita kepada masyarakat.

โ€œSesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat contoh teladan yang terbaik.โ€
โ€” Surah Al-Ahzab: 21

Salam Maulidur Rasul daripada seluruh warga JPK.๐Ÿค

Address

UNIT 11-01 LEVEL 11
Kuching
93100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6082420257

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pembangunan Kemahiran - JPK Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Pembangunan Kemahiran - JPK Sarawak:

Shortcuts

Share