Divisyen Pertama Infantri Malaysia

Divisyen Pertama Infantri Malaysia Pertama dan Perkasa

Pada 1 Julai 1966, Headquarters Land Force East Malaysia (HQ LFEM) atau Markas Tentera Darat Malaysia Timur telah ditubuhkan di Haigate Kuala Lumpur telah mengambil alih tanggungjawab pertahanan di Sabah dan Sarawak dari Headquarters Director of Borneo Operations (HQ DABOPS). Sidang Majlis Angkatan Tentera yang ke-150 kemudiannya menukarkan HQ LFEM kepada Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia pada 24 Julai 1969.

๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—”: ๐—–๐—จ๐—•๐—”๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐——๐—จ๐—ฃ ๐—•๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜ ๐—œ๐—ก๐——๐—ข๐—ก๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—” ๐——๐—œ๐—š๐—”๐—š๐—”๐—Ÿ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐—› ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—”
17/03/2024

๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—”: ๐—–๐—จ๐—•๐—”๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐——๐—จ๐—ฃ ๐—•๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜ ๐—œ๐—ก๐——๐—ข๐—ก๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—” ๐——๐—œ๐—š๐—”๐—š๐—”๐—Ÿ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐—› ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—”

16/03/2024
14/03/2024
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK 1445H/2024M Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) mengucapkan ...
11/03/2024

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK 1445H/2024M

Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua warga ATM yang beragama islam. Semoga kita semua mendapat keberkatan di dalam bulan mulia ini ๐ŸŒ™โœจ

Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda:
โ€œBarang siapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan penuh keikhlasan, maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah laluโ€. (HR Bukhari)


๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—จ๐——๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐——๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜-๐Ÿฎ๐ŸตPanglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div), Mej Jen D...
11/03/2024

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—จ๐——๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐——๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜-๐Ÿฎ๐Ÿต

Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div), Mej Jen Datuk Mohamed Fauzi bin Kamis mengucapkan selamat hari ulang tahun Pasukan Udara Tentera Darat ke 29 kepada seluruh warga PUTD.

๐—š๐—”๐—š๐—”๐—› ๐——๐—œ ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ฆ๐—”

Kredit : Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia
10/03/2024

Kredit : Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia

MAJLIS PENUTUP EKSESAIS SATRIA GAGAH DAN SATRIA PERKASA BRIGED KETIGA INFANTRI MALAYSIASARAWAK. Panglima Medan Timur Ten...
10/03/2024

MAJLIS PENUTUP EKSESAIS SATRIA GAGAH DAN SATRIA PERKASA BRIGED KETIGA INFANTRI MALAYSIA

SARAWAK. Panglima Medan Timur Tentera Darat (PMT TD), Leftenan Jeneral Datoโ€™ Mohd Sofi bin Md Lepi telah menyempurnakan Majlis Penutup Eksesais Satria Gagah dan Satria Perkasa di sekitar Kawasan Am Lundu, Sarawak pada 8 Mac 2024.

Eksesais SATRIA PERKASA merupakan Field Training Exercise (FTX) 3 Briged yang dilaksanakan mulai 1 hingga 8 Mac 2024 adalah kesinambungan daripada pelaksanaan Eksesais SATRIA GAGAH (Command Post Exercise (CPX)) 3 Briged yang telah dilaksanakan pada 16 hingga 21 Februari 2024.

Eksesais ini dikendalikan bersama Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (MK 1
Divisyen) dimana Pelaku Utama adalah Formasi 3 Briged dibantu oleh Trup Divisyen. Eksesais yang dilaksanakan selama 8 hari ini dilaksanakan bagi menguji keupayaan Formasi 3 Briged dalam Peperangan Konvensional.

Objektif utama eksesais ini adalah untuk menguji keupayaan ketumbukan Formasi 3 Briged pada semua peringkat dalam aturgerak bagi mempertahankan Kawasan Tanggungjawab. Selain itu, eksesais ini juga dapat membangun serta meningkatkan kemahiran individu dan kolektif yang diperlukan untuk mencapai misi sejajar dengan Visi dan Misi Formasi 3 Briged di setiap peringkat pemerintahan. Eksesais ini turut menguji keberkesanan perintah dan kawalan serta pengurusan logistik di peringkat formasi dan pasukan serta dapat meningkatkan kecekapan koordinasi dalam aspek taktikal, mobiliti dan kuasa tembakan pasukan gabungan dalam mewujudkan perancangan aturgerak yang efektif serta efisyen seiring dengan Teras Pertama Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-30 iaitu Sumber Manusia: Cakna Etos Kepahlawanan.

Di dalam ucapan majlis penutup tersebut, Panglima Medan Timur Tentera Darat menzahirkanucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sarawak, Pegawai-Pegawai Daerah dan Ketua-Ketua Kampung kerana memberikan kebenaran bagi penggunaan fasiliti serta kemudahan secara langsung
ataupun tidak langsung sepanjang eksesais dilaksanakan. Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua anggota Tentera Darat yang terlibat dalam pelaksanaan eksesais ini. Beliau berharap agar semua peringkat pemerintah dapat terus membudayakan latihan yang cekap dan berkesan agar dapat melahirkan anggota tentera yang kompeten dan menyokong sepenuhnya hasrat Tentera Darat yang
menekankan pentingnya keterampilan profesional anggota Tentera Darat.

Secara keseluruhannya, eksesais yang dilaksanakan ini telah memberikan pendedahan ilmu pengetahuan dari aspek Taktik, Teknik dan Prosedur serta pengalaman kepada semua anggota Tentera Darat yang terlibat untuk terus bergerak maju seiring dengan keperluan perkhidmatan. Selain itu,
pelaksanaan eksesais ini juga telah mengukuhkan hubungan silaturahim dan kerjasama Pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat.

Turut hadir dalam majlis penutup ini adalah Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia,
Mejar Jeneral Datuk Mohamed Fauzi bin Kamis, Panglima Briged Ke-9 Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Ahmad Norzaini bin Badrun, Panglima Briged Ke-31, Brigedier Jeneral Kamarulzaman bin Hj Mohd Yunos dan Pegawai-Pegawai Kanan naungan Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat.

08/03/2024

Petinju 1 Divisyen Sarawak hebat, raih tiga pingatKUCHING: Prestasi hebat dipamer petinju pasukan Pusat Cemerlang Tinju 1 Divisyen Sarawak pada Kejohanan

PANGLIMA 1 DIV MENGIRINGI PMT TD MELAKSANAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS TYT NEGERI SARAWAK SARAWAK: Panglima Divisyen Per...
05/03/2024

PANGLIMA 1 DIV MENGIRINGI PMT TD MELAKSANAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS TYT NEGERI SARAWAK

SARAWAK: Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div), Mej Jen Datuk Mohamed Fauzi bin Kamis telah mengiringi Panglima Medan Timur Tentera Darat (PMT TD), Lt Jen Dato' Mohd Sofi bin Md Lepi melakukan kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar bertempat di Kediaman Rasmi Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada 5 Mac 24.

Kunjungan yang diadakan ini adalah sebagai tanda penghormatan oleh PMT TD dan Panglima 1 Div kepada TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan untuk memberi perkembangan terhadap keadaan keselamatan terutamanya di kawasan sempadan.

Acara diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati kepada TYT Negeri Sarawak.

Turut hadir, Panglima Briged Ketiga Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Adnan Haji Hashim, Panglima Briged Kesembilan Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Ahmad Norzaini Badrun dan Panglima Briged ke-31 Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Kamarulzaman Haji Mohd Yunos.

ATURGERAK TENTERA DARAT MALAYSIA (TDM) MELIBATKAN BEBERAPA KAWASAN DI SARAWAK YANG TERJEJAS AKIBAT BANJIR KILAT. SARAWAK...
02/03/2024

ATURGERAK TENTERA DARAT MALAYSIA (TDM) MELIBATKAN BEBERAPA KAWASAN DI SARAWAK YANG TERJEJAS AKIBAT BANJIR KILAT.

SARAWAK, 2 Mac 2024: Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) telah mengaturgerakkan pasukan daripada Batalion Ke - 7 Rejimen Sempadan (7 RS) yang sedang menjalani latihan Eksesais Satria Perkasa di Kawasan Am Kampung Pasir Tengah dan Batalion Ke - 10 Rejimen Sempadan (10 RS) bagi membantu penduduk yang terjejas dianggarkan seramai 87 orang akibat banjir kilat di Kampung Pasir Tengah, Lundu berikutan hujan lebat yang turun mulai 1 hingga 2 Mac 2024.

Secara keseluruhan, atur gerak semasa TDM di kawasan yang terjejas adalah terdiri daripada 2 Pegawai dan 28 Anggota Lain-lain Pangkat (LLP). Sebanyak 2 buah Bot Tempur yang dilengkapi dengan enjin OBM dan 32 pasang Life Jacket telah diaturgerakkan. Mangsa yang terjejas kemudian ditempatkan sementara di Pusat Pemindahan Banjir di Sekolah Kebangsaan Pasir Tengah, Lundu sementara menunggu paras air menurun. Tugas pengagihan barangan keperluan turut disalurkan menerusi pasukan 10 RS di Depoh Simpanan Bencana Samarahan untuk diagihkan kepada PPS yang telah dikenalpasti.

Beberapa pasukan di bawah formasi 1 Divisyen turut diletakkan dalam keadaan siap sedia untuk diaturgerakkan untuk membantu membuat pemindahan dan aktiviti pembersihan melibatkan beberapa kawasan yang telah dikenalpasti.

Tentera Darat Malaysia sentiasa bersiap sedia dan terus komited bagi melaksanakan tugas-tugas sekunder dalam OP MURNI bagi membantu agensi-agensi awam yang lain bertepatan dengan tema Hari Tentera Darat pada tahun ini iaitu, GAGASAN TENTERA DARAT DAN RAKYAT, KEKAL SIAGA.

PERBARISAN PERUTUSAN DAN MAJLIS BACAAN YASIN SEMPENA HARI TENTERA DARAT KE-91 PERINGKAT MK PMTTD DAN MK 1 DIVSarawak: Pe...
02/03/2024

PERBARISAN PERUTUSAN DAN MAJLIS BACAAN YASIN SEMPENA HARI TENTERA DARAT KE-91 PERINGKAT MK PMTTD DAN MK 1 DIV

Sarawak: Perbarisan Perutusan Sempena Hari Tentera Darat ke-91 telah berlangsung pada 1 Mac 24 jam 0900H bertempat di Dewan Serbaguna Kem Muara Tuang, Kota Samarahan. Perbarisan ini melibatkan semua pegawai dan anggota dari Markas Trup PMTTD dan Markas 1 Divisyen.

Teks perutusan Panglima Tentera Darat telah dibacakan oleh Kol Operasi PMTTD, Kol Mislani bin Auverto @ Suwarto yang bertemakan "Gagasan Tentera Darat dan Rakyat, Kekal Siaga" kepada semua warga MK PMTTD dan MK 1 Div.

Dalam Perutusan HTD Ke-91, Panglima Tentera Darat turut menekankan konsep sinergi 3M (Manusia, Mesin dan Metod) yang merupakan elemen asas kepada pembangunan Tentera Darat Malaysia untuk menjadi angkatan yang ampuh, kredibel, seimbang dan mampu melaksanakan operasi dalam persekitaran pelbagai domain.

Seusai perbarisan, Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil sempena Hari Tentera Darat ke-91 turut berlangsung jam 1150H bertempat di Surau Khalid al Walid, Kem Muara Tuang. Program ini disertai oleh semua peringkat Pegawai dan anggota muslim di Kem Muara Tuang. Khutbah khas sempena Hari Tentera Darat juga disampaikan diikuti dengan Solat Jumaat.

Turut hadir adalah Ketua Staf MK 1 Div, Kol Mohamed Rosly bin Darasid dan Pegawai Kanan di bawah naungan PMTTD.

Address

Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia, Kem Muara Tuang, Jalan Dato' Mohd Musa, Kota Samarahan
Kuching
94300

Telephone

+6082585500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Divisyen Pertama Infantri Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Divisyen Pertama Infantri Malaysia:

Share

Category