24/09/2025
Assalamu'alaikum WRB dan Salam Dukacita.
Innalilallahi wainnailaihi raji'un
Dengan rasa dukacita dimaklumkan bahawa, Penolong Pegawai Pertanian di Bahagian Kawalan Racun Perosak Dan Baja Sarawak iaitu Allahyarham Siti Aminah Binti Bolek telah kembali ke Rahmatullah pada 24 September 2025 bersamaan 2 Rabiulakhir 1447H.
Ya Allah ampunkanlah sahabat kami Allahyarham Siti Aminah Binti Bolek, angkatlah darjatnya bersama orang-orang yang mendapat petunjuk berilah penggantinya bagi orang-orang yang ditinggalkan sesudahnya. Dan ampunilah kami dan dia, wahai Tuhan sekalian alam, lebarkan kuburannya dan berilah cahaya di dalamnya.
*آمــــــــــــــــــين آمينَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْ*🤲🏻
Salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Siti Aminah Binti Bolek. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah dan doa mengiringi Allahyarham, ikhlas dari Warga Bahagian Kawalan Racun Perosak Dan Baja Sarawak.
AL-FATIHAH