PGU PDRM Pangkalan Sarawak

PGU PDRM Pangkalan Sarawak POLIS DIRAJA MALAYSIA
ROYAL MALAYSIAN POLICE

Satu Kehilangan untuk Pasukan Gerakan Udara Pangkalan Sarawak dimana beliau juga sering berperanan sebagai Ground Crew(A...
26/03/2026

Satu Kehilangan untuk Pasukan Gerakan Udara Pangkalan Sarawak dimana beliau juga sering berperanan sebagai Ground Crew(Aircraft Marshaller) setiap kali pesawat Kru Helikopter hendak mendarat di Kem PGA Bn 10 Lanang Sibu. Di Khabar kan beliau sempat menjalankan tugas terakhir beliau sebagai Acft Marshaller sebelum bercuti Raya Aidilfitri dan pergi tidak kembali. Seluruh warga kerja dna Kru Penerbangan PGU Pangkalan Sarawak mengucapkan
Salam Takziah kepada keluarga Allahyarham dan Semoga Rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman... 🙏.

Perairan Bintulu krg selamat utk bot2 kecil.. Berhati2 semua
13/01/2026

Perairan Bintulu krg selamat utk bot2 kecil.. Berhati2 semua

04/09/2025
31/08/2025

Pada 26hb-27hb Ogos 2025.. Pangkalan Sarawak PGU dikunjungi oleh pasukan audit GAM Dan C. A. A. M. Tujuan audit ini dibuat bagi membolehkan Pangkalan Sarawak PGU menjalankan line maintenance di hangar Layang-Layang Aerospace..

Semoga dipermudahkan urusan.

29/07/2025
23/07/2025

Kuching - 23 Julai 2025
Pasukan Gerakan Udara PDRM Pangkalan Sarawak telah mengadakan majlis perhimpunan bulanan bagi bulan Julai 2025. Majlis yang dihadiri oleh YDH ACP Hj Alias Bin Abd Wahab, Komander PGU Pangkalan Sarawak ini antara lain adalah untuk menyampaikan amanat pucuk pimpinan PDRM dan memperbaharui ikrar. YDH ACP Alias juga berbesar hati menyematkan pangkat bagi anggota yang dinaikkan pangkat iaitu P/SM Andrew Adam Bin Jipmon serta menyampaikan sijil penghargaan kepada pegawai kanan, pegawai pangkat rendah dan pegawai awam PGU Pangkalan Sarawak.

Kesemua warga PGU Pangkalan Sarawak juga menjalani ujian saringan air kencing sebaik selesai perhimpunan dengan kesemuanya didapati negatif dari sebarang jenis dadah. Ini membuktikan bahawa warga PGU Pangkalan Sarawak bebas dari gejala penyalahgunaan dadah. Ujian saringan ini dibuat setiap tahun untuk memastikan tahap disiplin warga PGU Pangkalan Sarawak sentiasa pada tahap yang terbaik.

Akhir kata, sekalung tahniah diucapkan kepada anggota yang dimajukan pangkat serta penerima-penerima sijil penghargaan. Semoga terus menjadi inspirasi dan motivasi buat kesemua warga PGU Pangkalan Sarawak untuk terus komited dalam tugas.

PERHIMPUNAN PERINGATAN HARI POLIS KE-218 PERINGKAT PGU PANGKALAN SARAWAK PDRMKOTA SENTOSA, KUCHING25 Mac 2025. Perhimpun...
25/03/2025

PERHIMPUNAN PERINGATAN HARI POLIS KE-218 PERINGKAT PGU PANGKALAN SARAWAK PDRM

KOTA SENTOSA, KUCHING
25 Mac 2025.

Perhimpunan sempena Peringatan Hari Polis ke-218 peringkat PGU Pangkalan Sarawak PDRM telah diadakan di Dewan Serbaguna PGU Sarawak pada awal pagi tadi.

Seramai 27 orang terdiri daripada 6 Pegawai Kanan Polis, 17 Pegawai Rendah Polis, dan 4 Pegawai Awam hadir dalam majlis ini.

Perhimpunan tersebut telah dirasmikan oleh YDH Supt. Siew Ak Dugol Ketua Sekyen Helikopter, sebagai mewakili Komander PGU PDRM Pangkalan Sarawak. Beliau telah menyempurnakan majlis dengan memberi ucapan serta amanah kepada semua yang hadir.
Pada masa yang sama juga YDH Supt Siew Ak Dugol juga telah menyempurnakan simbolik penyerahan sumbangan kuih raya kepada pegawai dan anggota yang bertugas pada Hari Raya Aidilfitri ini nanti.

Majlis selesai pada 1000hrs.

'Selamat Hari Polis Ke-218'

Polis & Masyarakat Berpisah Tiada.

Pasukan Gerakan Udara PDRM Pangkalan Sarawak.

31/01/2025

PDRM melalui Pasukan Gerakan Udara Pangkalan Sarawak khusus nya aktif memberi bantuan kepada kawasan kawasan dan mangsa banjir di seluruh bahagian yang terjejas di Sarawak.

Address

Kuching International Airport
Kuching
93250

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6082626722

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PGU PDRM Pangkalan Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share