JKKK Kampung BAKO HILIR

JKKK Kampung BAKO HILIR Halaman rasmi JKKK Kampung Bako Hilir untuk perkongsian aktiviti dan info komuniti

06/08/2026
20/07/2026
InnalillahhiwainnalillahhirojiunSalam takziah buat YB Dato Sri Hajah Nancy dan keluarga atas pemergian suami tercinta. S...
18/06/2026

Innalillahhiwainnalillahhirojiun

Salam takziah buat YB Dato Sri Hajah Nancy dan keluarga atas pemergian suami tercinta. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

โšฝ๐Ÿ† MINI STREET SOCCER KAMPUNG BAKO HILIR 2026 ๐Ÿ†โšฝAlhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana Program Mini Street Soccer ...
07/06/2026

โšฝ๐Ÿ† MINI STREET SOCCER KAMPUNG BAKO HILIR 2026 ๐Ÿ†โšฝ

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana Program Mini Street Soccer Kampung Bako Hilir yang berlangsung pada 07 Jun 2026 (Ahad) telah berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif yang dirancang.

๐Ÿ“… Tarikh: 07/06/2026
๐Ÿ•— Masa: 8.00 pagi โ€“ 6.00 petang
๐Ÿ“ Tempat: Padang Takraw Kampung Bako Hilir

Program ini merupakan anjuran Belia dan Pemuda Kampung Bako Hilir dengan kerjasama JKKK Kampung Bako Hilir.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat, para peserta, penyokong, urus setia, penaja serta penduduk kampung yang telah memberikan kerjasama dan sokongan sepanjang program berlangsung. Semangat kesukanan, perpaduan dan silaturahim yang ditunjukkan amat membanggakan.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi mengeratkan hubungan sesama masyarakat serta melahirkan generasi belia yang aktif dan sihat.





โšฝ๐Ÿค๐Ÿ†

๐Ÿ“… Tarikh: 06/06/2026 (Sabtu)๐Ÿ•— Masa: mula 8.00 Pagi sampai habis๐Ÿ“ Tempat: sekitar Jalan Kampung Sungai BakoJutaan terima ...
06/06/2026

๐Ÿ“… Tarikh: 06/06/2026 (Sabtu)
๐Ÿ•— Masa: mula 8.00 Pagi sampai habis
๐Ÿ“ Tempat: sekitar Jalan Kampung Sungai Bako

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) JKKK Bako Hilir, ahli PBB Ranting Sungai Bako serta penduduk Kampung Sungai Bako Jaya yang telah bersama-sama bergotong-royong membersihkan kawasan tepi jalan dan membuang pokok-pokok serta semak samun yang mengganggu laluan di sekitar Jalan Kampung Sungai Bako.

Semangat kerjasama, kesepakatan dan sikap prihatin yang ditunjukkan oleh semua pihak amatlah dihargai. Hasil usaha bersama ini bukan sahaja berjaya mencantikkan persekitaran kampung, malah dapat meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya dengan memastikan pandangan lebih jelas serta mengurangkan risiko kemalangan akibat pokok dan semak yang menutupi kawasan jalan.

Semoga semangat gotong-royong dan perpaduan yang ditunjukkan pada hari ini akan terus berkekalan demi kemajuan, kebersihan dan kesejahteraan Kampung Sungai Bako. Terima kasih sekali lagi kepada semua yang telah meluangkan masa, tenaga dan komitmen dalam menjayakan program ini. Semoga segala usaha murni ini mendapat keberkatan dan ganjaran yang baik.

๐Ÿ’ช๐ŸŒฟ๐Ÿก

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana program korban pada hari ini telah berjalan dengan lancar hasil kerjasama d...
27/05/2026

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana program korban pada hari ini telah berjalan dengan lancar hasil kerjasama dan semangat gotong-royong warga kampung.

Warga JKKK Kampung Bako Hilir ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jabatan Perdana Menteri atas sumbangan sapi bagi program Kasih Madani Santubong yang telah memberi manfaat kepada seramai 141 penerima bahagian korban.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua penduduk kampung, ahli jawatankuasa, sukarelawan serta pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan ibadah korban ini. Semangat kerjasama, bantu-membantu dan perpaduan yang ditunjukkan amat membanggakan serta mengeratkan lagi silaturahim sesama masyarakat Kampung Bako Hilir.

Semoga segala usaha, tenaga dan sumbangan yang diberikan mendapat keberkatan serta ganjaran pahala daripada Allah SWT. Mudah-mudahan program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang demi kebajikan dan kesejahteraan masyarakat setempat. ๐Ÿค๐Ÿ„โœจ

โœจ Salam Aidiladha 1447H โœจKami Warga JKKK Kampung Bako Hilir mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat ...
27/05/2026

โœจ Salam Aidiladha 1447H โœจ

Kami Warga JKKK Kampung Bako Hilir mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam walau di mana jua berada. ๐ŸŒ™๐Ÿ‘

Semoga Hari Raya Korban ini membawa seribu keberkatan, mengeratkan silaturahim serta menyemai nilai keikhlasan, kesabaran dan pengorbanan dalam kehidupan kita semua.
Moga setiap ibadah dan amal kebajikan yang dilakukan diterima oleh Allah SWT serta dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

โ€œSesungguhnya bukan darah dan daging korban itu yang sampai kepada Allah, tetapi ketakwaan kamulah yang sampai kepada-Nya.โ€
(Surah Al-Hajj : 37)

Di kesempatan ini juga, kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala khilaf dan kekurangan.

Selamat Hari Raya Aidiladha
Maaf Zahir & Batin ๐Ÿค

Separuh masa ๐Ÿ”ฅKalah menang ada permainanSemoga Kuching City FC terus berjuang habis-habisan dan berjaya bangkit pada sep...
23/05/2026

Separuh masa ๐Ÿ”ฅ
Kalah menang ada permainan
Semoga Kuching City FC terus berjuang habis-habisan dan berjaya bangkit pada separuh masa kedua menentang Johor Darul Taโ€™zim FC ๐Ÿ’ช๐Ÿฑโšฝ




Address

Kampung Bako Hilir, Jalan Bako
Kuching
93050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JKKK Kampung BAKO HILIR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share