19/08/2026
๐๐ ๐๐ ๐จ๐ฌ ๐๐๐๐
๐๐๐ค๐ฅ๐ข๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐๐ฎ๐ง๐ ๐๐ฅ๐ฆ๐ฎ ๐๐๐๐๐๐ @ ๐
๐๐๐
๐๐ง๐ฃ๐ฎ๐ซ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ฆ๐ ๐
๐๐ค๐ฎ๐ฅ๐ญ๐ข ๐๐๐ง๐ข ๐๐ฎ๐ง๐๐๐ง ๐๐๐ง ๐๐ซ๐๐๐ญ๐ข๐ (๐
๐๐๐)
Bahagian Endowmen dan Wakaf (DEW), UNIMAS telah dijemput oleh Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK) untuk menyampaikan Taklimat Tabung Ilmu UNIMAS @ FSGK pada 19 Ogos 2026 bertempat di FSGK. Sesi ini telah dihadiri oleh Dekan FSGK, Dr. Louis Ringah Kanyan, bersama Timbalan Dekan Pascasiswazah, Dr. Nur Qasdina Jeeta Abdullah, Timbalan Dekan Prasiswazah, Dr. Alexander Ak Chelum serta ahli-ahli fakulti yang lain. Pihak DEW p**a diwakili oleh Penolong Pegawai Tadbir, Puan Rafidah binti Badar bersama staf dan pelajar Latihan Industri Bahagian Endowmen dan Wakaf.
Taklimat ini memberikan penerangan mengenai Tabung Ilmu, merangkumi objektif penubuhan, tatacara permohonan dan perbelanjaan dana, serta pengenalan kepada platform e-Donation sebagai saluran bagi memudahkan urusan sumbangan. Turut dikongsikan manfaat kepada penderma dan penaja, termasuk kemudahan pengecualian cukai yang tertakluk kepada ketetapan LHDN.
Selesai sesi penerangan, pihak DEW turut membuat demonstrasi e-Donation dengan memaparkan kod QR bagi membolehkan para peserta mengemas kini profil dan membuat sumbangan secara dalam talian. Sambutan yang diterima amat menggalakkan apabila beberapa ahli FSGK mengambil peluang untuk membuat sumbangan secara langsung, sekali gus mencerminkan sokongan warga fakulti terhadap usaha memperkukuh Tabung Ilmu dalam menyokong pembangunan pendidikan dan warga universiti.
Bahagian Endowmen dan Wakaf amat berbesar hati serta merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak FSGK atas jemputan dan kerjasama yang diberikan. Sesi turut diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh Dekan FSGK kepada pihak DEW sebagai tanda penghargaan atas perkongsian yang disampaikan.
Semoga kerjasama ini dapat terus diperkukuh dalam menyokong pembangunan ekosistem sumbangan yang mampan serta memperluas manfaat Tabung Ilmu demi pembangunan pendidikan dan kesejahteraan warga universiti.