CGSO Sarawak

CGSO Sarawak Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Sarawak.

31/08/2026

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 69

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜-๐Ÿฒ๐Ÿต โ€œMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmatiโ€Semangat kemerdekaan bukan sekadar kib...
31/08/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜-๐Ÿฒ๐Ÿต

โ€œMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmatiโ€

Semangat kemerdekaan bukan sekadar kibaran Jalur Gemilang, tetapi adalah amanah untuk terus mempertahankan keamanan, kedaulatan dan kesejahteraan negara yang kita cintai.

Warga Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Negeri Sarawak (CGSO Sarawak) berdiri teguh bersama seluruh rakyat Malaysia dalam menyemarakkan semangat patriotisme dan cintakan tanah air.

Dalam kepelbagaian budaya, bangsa dan agama, kita tetap satu dalam jiwa Malaysia โ€” bersatu hati, teguh berdiri, bersama mempertahankan keselamatan dan kepentingan negara.

Ayuh kita hayati 69 tahun kemerdekaan dengan penuh rasa syukur dan tanggungjawab. Teruslah menyumbang, teruslah berbakti dan teruslah menjaga keamanan yang telah diwariskan kepada kita.

Kedaulatan negara tanggungjawab bersama.
Keselamatan negara amanah kita.
Malaysia tercinta, selamanya di hati.

๐‘€๐ธ๐‘…๐ท๐ธ๐พ๐ด! ๐‘€๐ธ๐‘…๐ท๐ธ๐พ๐ด! ๐‘€๐ธ๐‘…๐ท๐ธ๐พ๐ด!

Salam Kemerdekaan daripada
Pengarah dan seluruh warga kerja
Pejabat CGSO Negeri Sarawak









28/08/2026

Selamat maju jaya Puan Hajariah & semoga bertemu lagi.

๐ŸŒท ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฃ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—› & ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—จ๐—Ÿ๐—จ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—›๐—”๐—ฅ๐—š๐—”๐—”๐—ก ๐ŸŒทSeluruh warga Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Saraw...
28/08/2026

๐ŸŒท ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฃ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—› & ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—จ๐—Ÿ๐—จ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—›๐—”๐—ฅ๐—š๐—”๐—”๐—ก ๐ŸŒท

Seluruh warga Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Sarawak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pn.Hajariah binti Willie atas segala jasa, komitmen, dedikasi dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang bersama warga CGSO Sarawak.

Kini tiba masa untuk melangkah ke destinasi baharu apabila Pn. Hajariah akan bertukar ke Hospital Miri berkuat kuasa 01 September 2026.

Sesungguhnya, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Namun, segala kenangan, kerjasama dan ukhuwah yang terjalin sepanjang bersama akan sentiasa menjadi sebahagian daripada perjalanan kita di CGSO Sarawak.

Semoga pertukaran ini membuka lembaran baharu yang lebih bermakna, dipermudahkan segala urusan, diberikan kesihatan yang baik serta terus cemerlang dalam melaksanakan amanah di tempat baharu.

Terima kasih atas segala bakti dan kenangan. Pergi membawa tugas, tinggal meninggalkan kenangan. Walau berbeza tempat dan tanggungjawab, silaturahim tetap utuh dan kenangan tetap tersimpan di hati. ๐Ÿค

Selamat bertugas di Hospital Miri, Pn. Hajariah. Semoga terus sukses dan sentiasa berada dalam lindungan serta rahmat-Nya.

Ikhlas,

Seluruh warga Pejabat CGSO Negeri Sarawak






๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—ฃ๐—˜๐—ž๐—ง๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ง๐—จ๐—›๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐—–๐—š๐—ฆ๐—ข ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ช๐—”๐—ž28 Ogos 2026 - Peja...
28/08/2026

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—ฃ๐—˜๐—ž๐—ง๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ง๐—จ๐—›๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐—–๐—š๐—ฆ๐—ข ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ช๐—”๐—ž

28 Ogos 2026 - Pejabat CGSO Negeri Sarawak telah menerima lawatan dan pemeriksaan Inspektorat Pematuhan Keselamatan Perlindungan yang diketuai oleh YBrs Encik Mazlan bin Md Noor, Pengarah BIPP, Ibu Pejabat CGSO Putrajaya, bersama Encik Kannan al Nagappan.

Lawatan dan pemeriksaan ini bertujuan menilai tahap pematuhan serta keberkesanan pelaksanaan aspek Keselamatan Perlindungan di Pejabat CGSO Negeri Sarawak, di samping memperkukuh tatakelola dan penambahbaikan berterusan dalam pengurusan keselamatan.

Pihak Pejabat CGSO Negeri Sarawak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kunjungan, pandangan dan teguran yang diberikan sebagai panduan ke arah peningkatan tahap keselamatan dan pematuhan.

โ€œRahsiakan Rahsia Kerajaanโ€

๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—ฃ๐—˜๐—ž๐—ง๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ง๐—จ๐—›๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ช๐—”๐—ž27 Ogos 2026 - Telah berlangsung Mesyu...
28/08/2026

๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—ฃ๐—˜๐—ž๐—ง๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ง๐—จ๐—›๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ช๐—”๐—ž

27 Ogos 2026 - Telah berlangsung Mesyuarat Pembukaan Inspektorat Pematuhan Keselamatan Perlindungan di Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak yang melibatkan pasukan Inspektorat daripada Ibu Pejabat CGSO Putrajaya.

Mesyuarat pembukaan telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Banges Munga, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan) dan turut dihadiri oleh YBrs. Encik Zainor bin Zailan, Pengarah Negeri CGSO Sarawak.

Pasukan Inspektorat Ibu Pejabat CGSO Putrajaya diketuai oleh YBrs. Encik Mazlan bin Md Noor, Pengarah Bahagian Inspektorat dan Pematuhan (BIPP) bersama Encik Kannan a/l Nagappan, Timbalan Pengarah BIPP, CGSO Putrajaya.

Inspektorat ini merupakan salah satu usaha berterusan CGSO dalam memastikan tahap pematuhan, tadbir urus dan pelaksanaan keselamatan perlindungan di agensi-agensi Kerajaan sentiasa berada pada tahap yang ditetapkan.

Semoga pelaksanaan inspektorat ini dapat memperkukuh lagi kerjasama antara CGSO dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, khususnya dalam mempertingkatkan budaya keselamatan serta memastikan keselamatan perlindungan sentiasa menjadi keutamaan dalam penyampaian perkhidmatan awam.






๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐— ๐—”๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐——๐—จ๐—ฅ ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿด๐—› / ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐— โ€‹Sollu 'alan Nabi!โ€‹Hari ini, umat Islam di seluruh dunia menyambut dan memperingati ha...
24/08/2026

๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐— ๐—”๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐——๐—จ๐—ฅ ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿด๐—› / ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐— 

โ€‹Sollu 'alan Nabi!

โ€‹Hari ini, umat Islam di seluruh dunia menyambut dan memperingati hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Baginda bukan sahaja pembawa rahmat sekalian alam, malah merupakan contoh ikutan terbaik (Uswatun Hasanah) dalam kepimpinan, integriti, dan sifat amanah.

โ€‹Sebagai warga Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) Negeri Sarawak, marilah kita bersama-sama mengambil iktibar daripada keperibadian Rasulullah SAW. Jadikan sifat-sifat mahmudah Bagindaโ€”terutamanya Amanah, Siddiq (Benar), Tabligh (Sampaikan), dan Fatonah (Bijaksana)โ€”sebagai teras dan panduan dalam melaksanakan tugas serta mengalas amanah menjaga keselamatan perlindungan negara.

โ€‹Semoga ingatan dan selawat kita ke atas Baginda menjadi bukti kecintaan yang mendalam, seterusnya menyinari setiap helaian tugas dan perkhidmatan kita demi keselamatan bangsa dan negara.

โ€‹๐‘จ๐’๐’๐’‚๐’‰๐’–๐’Ž๐’Ž๐’‚ ๐‘บ๐’๐’๐’๐’Š '๐‘จ๐’๐’‚ ๐‘บ๐’‚๐’š๐’š๐’Š๐’…๐’Š๐’๐’‚ ๐‘ด๐’–๐’‰๐’‚๐’Ž๐’Ž๐’‚๐’… ๐‘พ๐’‚ '๐‘จ๐’๐’‚ ๐‘จ๐’๐’Š ๐‘บ๐’‚๐’š๐’š๐’Š๐’…๐’Š๐’๐’‚ ๐‘ด๐’–๐’‰๐’‚๐’Ž๐’Ž๐’‚๐’….

โ€‹Salam Maulidur Rasul ikhlas daripada:
Seluruh Warga Kerja CGSO Negeri Sarawak

โ€‹



๐—ฃ๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜ ๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐——๐—œ๐—š๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ฆ๐—œ: ๐—ง๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—ฆ๐—”๐—ก๐—”๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—  ๐—ฒ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—ง๐—˜๐—–๐—ง๐—œ๐—ฉ๐—˜ ๐—ฆ๐—˜๐—–๐—จ๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—ฌ (...
19/08/2026

๐—ฃ๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜ ๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐——๐—œ๐—š๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ฆ๐—œ: ๐—ง๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—ฆ๐—”๐—ก๐—”๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—  ๐—ฒ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—ง๐—˜๐—–๐—ง๐—œ๐—ฉ๐—˜ ๐—ฆ๐—˜๐—–๐—จ๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—ฌ (๐—ฒ๐—ฃ๐—ฆ) ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก / ๐—”๐—š๐—˜๐—ก๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—จ๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ช๐—”๐—ž ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

18 Ogos 2026 โ€“ Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) dengan kerjasama Pejabat CGSO Sarawak telah menganjurkan Sesi Taklimat Penerangan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan Perlindungan (eProtective Security โ€“ ePS) bertempat di Bilik Mesyuarat Simpor, Bangunan Sultan Iskandar, Kuching.

Sistem ePS ini dibangunkan secara berpusat oleh Pejabat CGSO bagi mentransformasikan tadbir urus keselamatan perlindungan di seluruh Jabatan dan Agensi Kerajaan โ€” beralih daripada kaedah manual kepada kaedah digital selaras dengan peruntukan Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Arahan Keselamatan (Semakan dan Pindaan 2017).

Sesi taklimat yang berlangsung seawal jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang ini telah dihadiri oleh wakil-wakil daripada pelbagai Jabatan serta Agensi Persekutuan dan Negeri di seluruh Negeri Sarawak. Program ini memberi pendedahan komprehensif mengenai pelbagai modul utama sistem ePS.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada para penceramah, urus setia, serta seluruh wakil agensi Persekutuan dan Negeri di Negeri Sarawak atas komitmen dan kehadiran padu bagi menjayakan pelaksanaan sistem ini.

Semoga inisiatif digitalisasi ini terus memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan dan integriti kawalan keselamatan perlindungan di peringkat Kerajaan Persekutuan dan Negeri.





๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—ฃ๐—˜๐—ž๐—ง๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ง๐—จ๐—›๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐—ž๐—”๐—ฃ๐—œ๐—ง ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ช๐—”๐—žKapit, Sarawak | 13โ€“14 Ogos 2026Pejabat Ketua Peg...
17/08/2026

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—ฃ๐—˜๐—ž๐—ง๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ง๐—จ๐—›๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐—ž๐—”๐—ฃ๐—œ๐—ง ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ช๐—”๐—ž

Kapit, Sarawak | 13โ€“14 Ogos 2026

Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) Negeri Sarawak telah melaksanakan Program Inspektorat Pematuhan Keselamatan Perlindungan di Pejabat Kesihatan Bahagian Kapit dan Pejabat Kesihatan Daerah Song, Kapit pada 13 hingga 14 Ogos 2026.

Program ini telah diketuai oleh Pengarah Negeri CGSO Sarawak sebagai sebahagian daripada usaha berterusan CGSO Sarawak dalam memastikan aspek keselamatan perlindungan, pematuhan terhadap peraturan serta tatacara keselamatan kerajaan sentiasa berada pada tahap yang ditetapkan.

Pelaksanaan inspektorat ini turut menjadi platform untuk mengenal pasti ruang penambahbaikan serta memperkukuh tahap kesedaran dan pematuhan keselamatan dalam kalangan warga kerja.

Kerjasama erat dan komitmen semua pihak amat penting dalam memastikan keselamatan perlindungan terus diperkasakan demi kepentingan perkhidmatan awam dan keselamatan negara.

CGSO Sarawak โ€“ Memperkasa Keselamatan, Memelihara Kerahsiaan.





Address

Bangunan Marzuki
Kuching
93050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when CGSO Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share