Balai Bomba Penyelamat Batu Lintang

Balai Bomba Penyelamat Batu Lintang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Balai Bomba Penyelamat Batu Lintang, Government Organization, Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang, Kuching.

Laman ini merupakan Facebook Rasmi BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT BATU LINTANG

πŸ“ž Hotline : 082-241241
πŸ“  Faks : 082-248370
πŸ“§ [email protected]

β€œKeselamatan Dipertingkat, Komuniti Dilindungi.”

πŸ‘¨β€πŸš’ DEMO KESELAMATAN @ BAZAAR RAMADHAN EMART BATU KAWA πŸ”₯Sambil warga setempat Batu Kawa cari juadah berbuka, team Balai ...
17/03/2026

πŸ‘¨β€πŸš’ DEMO KESELAMATAN @ BAZAAR RAMADHAN EMART BATU KAWA πŸ”₯

Sambil warga setempat Batu Kawa cari juadah berbuka, team Balai Bomba Penyelamat Batu Lintang sempat 'singgah'. Bukan sekadar jalan-jalan, tapi kami kongsikan ilmu Sedia Urus Risiko Isi Rumah (SURI) terus kepada peniaga dan pengunjung.

Antara 'ilmu mahal' yang dikongsi:
βœ… Step-by-step kawal kebocoran saluran gas LPG.
βœ… Teknik Melemaskan – cara betul padam api minyak guna kain basah (jangan simbah air ya!).
βœ… Edaran Risalah keselamatan sebagai rujukan pantas di rumah.

Terima kasih kepada semua yang sporting menyertai demonstrasi tadi. Ilmu sikit, tapi manfaatnya besar untuk elak tragedi!

Ingat, keselamatan bermula dari kita! Selamat berbuka puasa warga Batu Kawa. 🀲✨

"BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA"

[PROGRAM BUBUR LAMBOK & KEMPEN KESELAMATAN KEBAKARAN BBP BATU LINTANG] πŸ₯£πŸ”₯Satu keriuhan yang bermakna di balai hari ini! ...
12/03/2026

[PROGRAM BUBUR LAMBOK & KEMPEN KESELAMATAN KEBAKARAN BBP BATU LINTANG] πŸ₯£πŸ”₯

Satu keriuhan yang bermakna di balai hari ini! Balai Bomba Penyelamat Batu Lintang amat berbesar hati dengan kehadiran Yang Setia PKPjB Jamri bin Masran, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak yang turun padang menyertai program memasak dan mengagih Bubur Lambok kepada komuniti setempat.
Kehadiran beliau menyuntik semangat buat anggota untuk terus berbakti, di samping memperkukuhkan lagi mesej Keselamatan Kebakaran Musim Perayaan kepada orang awam.
Keselamatan anda, keutamaan kami! πŸ‘¨β€πŸš’

Turut hadir bersama:
Ketua Balai : TPgB II Abdul Mutalif Bin Ja’afar
Pegawai Operasi Balai : PBT II Jusmandie Bin Jamie
β€’ Anggota Pasukan Charlie bertugas.

Terima kasih Tuan Pengarah atas sokongan dan kesudian meluangkan masa menyantuni warga balai dan masyarakat di lapangan. Semoga usaha ini diberkati.

🍲 PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBOK BERSAMA KOMUNITIBalai Bomba dan Penyelamat Batu LintangπŸ“… Tarikh: 6 Mac 2026 (Jumaat)πŸ•™ Mas...
06/03/2026

🍲 PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBOK BERSAMA KOMUNITI

Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang

πŸ“… Tarikh: 6 Mac 2026 (Jumaat)
πŸ•™ Masa: 10.00 pagi sehingga selesai
πŸ“ Tempat: AEON Mall Kuching Sentral

Balai Bomba Penyelamat Batu Lintang melalui Pasukan Charlie telah menyertai Program Memasak Bubur Lambok bersama komuniti setempat yang berlangsung di AEON Mall Kuching Central.

Program ini diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara agensi keselamatan, pihak pengurusan AEON Mall serta masyarakat setempat di samping memeriahkan suasana Ramadan melalui aktiviti gotong-royong.

🀝 Agensi / Pihak lain Terlibat:
β€’ PDRM
β€’ LAKM
β€’ Staf AEON Mall

Semoga program seperti ini dapat terus memperkukuhkan hubungan antara agensi dan komuniti demi kesejahteraan bersama.




PENYERAHAN BOT KOMUNITI & AKSESORI KEPADA PBS N.14 BATU KAWAKUCHING, 27 Februari 2026 – Telah berlangsung satu majlis ri...
27/02/2026

PENYERAHAN BOT KOMUNITI & AKSESORI KEPADA PBS N.14 BATU KAWA

KUCHING, 27 Februari 2026 – Telah berlangsung satu majlis ringkas Penyerahan Bot Komuniti dan Aksesori JBPM Negeri Sarawak kepada Pasukan Bomba Sukarela (PBS) N.14 Batu Kawa pagi tadi.

Majlis yang diadakan di Dewan Masyarakat Stapok, Jalan Batu Kawa ini bertujuan memperkasakan kesiapsiagaan komuniti setempat dalam menghadapi sebarang kecemasan, terutamanya melibatkan insiden di air.

Penyerahan ini merupakan komitmen berterusan JBPM Sarawak melalui Zon 1 dan Balai Bomba Penyelamat Batu Lintang dalam memastikan kerjasama strategik antara Bomba dan pasukan sukarela sentiasa berada di tahap terbaik.

Syabas diucapkan kepada semua anggota yang terlibat!

ANGGOTA TERLIBAT:
πŸ‘¨πŸ»β€πŸš’ PBT II Jusmandie bin Jamaie
πŸ‘¨πŸ»β€πŸš’ PBK I (TBK 2) Ramsay Vincent Sambau
πŸ‘¨πŸ»β€πŸš’ PBK II (TBK I) Dennis Nuon
πŸ‘¨πŸ»β€πŸš’ PBK II (TBK I) Malik bin Omon
πŸ‘¨πŸ»β€πŸš’ PBK II (TBK I) Mohd Selamat bin Azmir

PENYELARASAN KUALITI: AUDIT SILANG MS ISO 9001:201524.02.2026, Balai Bomba Penyelamat Batu Lintang telah menjalani Pelak...
27/02/2026

PENYELARASAN KUALITI: AUDIT SILANG MS ISO 9001:2015

24.02.2026, Balai Bomba Penyelamat Batu Lintang telah menjalani Pelaksanaan Audit Silang MS ISO 9001:2015.

Proses ini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk memastikan setiap prosedur kerja dan pengurusan balai sentiasa berada di tahap tertinggi dan mengikut piawaian.

Sesi pengauditan telah dikendalikan oleh:
πŸ”Ή TPgB II Tan Min Cai
πŸ”Ή PPgB Nazry Bin Mohamat

Terima kasih kepada Ketua Balai, PKOB, Pejabat Am, Pegawai Pili Bomba, Bahagian Latihan, serta semua Penyelia Pasukan (A, B, dan C) yang memberikan kerjasama penuh sepanjang audit berlangsung.

Kualiti terjamin, khidmat diutamakan! πŸš’πŸ’¨

LAWATAN KERJA RASMI YAS TIMBALAN KETUA PENGARAH (PEMBANGUNAN) KE BBP BATU BATU LINTANGPada 09.02.2026. Balai Bomba Penye...
27/02/2026

LAWATAN KERJA RASMI YAS TIMBALAN KETUA PENGARAH (PEMBANGUNAN) KE BBP BATU BATU LINTANG

Pada 09.02.2026. Balai Bomba Penyelamat Batu Lintang telah menerima kunjungan hormat dan Lawatan Kerja Rasmi daripada YAS Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM.

Sesi ini turut dihadiri oleh Pengarah Negeri, Timbalan Pengarah Bahagian Operasi, Pegawai-pegawai Zon 1, serta Ketua-ketua Balai di bawah naungan Zon 1.

Kehadiran barisan kepimpinan tertinggi ini memberi suntikan semangat buat kami di peringkat balai untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada komuniti.
Terima kasih kepada semua yang terlibat:

πŸ‘₯ Penyelia Pasukan Alpha, Bravo & Charlie
πŸ‘₯ Kakitangan Pejabat Am

"Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra"

25/02/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua.

Selamat datang ke akaun Rasmi Facebook Balai Bomba Penyelamat Batu Lintang .

Kami komited dalam kesiapsiagaan, pencegahan kebakaran dan operasi menyelamat demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan komuniti setempat sentiasa terpelihara.

Address

Balai Bomba Dan Penyelamat Batu Lintang
Kuching
93200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Bomba Penyelamat Batu Lintang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share