Penerangan PKR Kudat

Penerangan PKR Kudat Info Berkaitan Program Pkr Kudat

Peristiwa nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira' tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamm...
27/03/2024

Peristiwa nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira' tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad melalui perantaraan malaikat Jibril.

Dan ini ditegaskan melalui firman Allah yang bermaksud: "Ramadan yang padanya diturunkan AlQuran menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah." - [Surah Al Baqarah:185]

Al-Quran diturunkan oleh Allah pada 17 Ramadan yang disebut Malam Qadar. Diturunkan al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia sekali gus (30 juzuk) dan secara beransur-ansur mengikut suasana dan keperluan kepada Nabi SAW.

Firman Allah; "Sesungguhnya Kami(Allah) telah menurunkan Al-Quran pada Malam Qadar" - Malam Qadar dikurniakan Allah pada setiap datangnya Bulan Ramadan. Kelebihan dan kemuliaannya adalah lebih baik dari 1,000 bulan. Ini dinyatakan oleh Allah dalam Al-Quran: "Malam Qadar itu adalah lebih baik dari seribu bulan."

Berikut merupakan beberapa inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat;Ketua PeneranganKeadilan Cabang Kudat
06/03/2023

Berikut merupakan beberapa inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat;

Ketua Penerangan
Keadilan Cabang Kudat

28 Februari 2023 | Selasa | 09:30 pagi | Kg. Narandang Darat Sikuati, Kudat.Air yang di cincang tidak akan putus, begitu...
04/03/2023

28 Februari 2023 | Selasa | 09:30 pagi | Kg. Narandang Darat Sikuati, Kudat.

Air yang di cincang tidak akan putus, begitulah kehidupan seorang pemimpin prihatin kepada rakyatnya.

Hari ini Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang P167 Kudat bersama Pengelola saudara Tamanong Bin Gantar serta AJK Cabang
melawat ke rumah arwah Imam Hj Oyong Bin Imam Hj Ulang di Kampung Narandang Darat Sikuati Kudat seterusnya menyampaikan sedikit sumbangan Bantuan Khairat Kebajikan ikhlas daripada Ketua Cabang Kudat kepada ahli keluarga arwah. Semoga dengan sumbangan tersebut dapatlah meringankan sedikit masalah yang dihadapi oleh keluarga arwah. Kami Ahli Jawatan Kuasa Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang P167 Kudat mendoakan moga arwah di cucuri rahmat dan di tempatkan golongan orang2 yang beriman.

01.03.2023 | RabuLawatan ke Kg. Bakuku, Tenom bersama dengan rombongan Ketua Setiausaha Politik Perdana Menteri Malaysia...
04/03/2023

01.03.2023 | Rabu

Lawatan ke Kg. Bakuku, Tenom bersama dengan rombongan Ketua Setiausaha Politik Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Shamsul Iskandar bin Mohd Akin dalam Program Taklimat Pertanian Bersepadu Masyarakat Luar Bandar anjuran Pertubuhan Suara Rakyat Sipitang.



04 Mac 2023 | Sabtu | 12:00 tghari | Jeti Marina, Kudat.Hari ini Ketua Cabang merangkap Bendahari MPN Sabah Tuan Stefly ...
04/03/2023

04 Mac 2023 | Sabtu | 12:00 tghari | Jeti Marina, Kudat.

Hari ini Ketua Cabang merangkap Bendahari MPN Sabah Tuan Stefly Said, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah Tuan Zaidi Jatil, Penolong Pegawai Daerah (ADO) Pembangunan Tuan Sahar Unggat, Timbalan Ketua Cabang (TKC) Tuan Tony S. Mondorusun, Naib Cabang Tuan Kasmir Nor, Pengelola Tuan Tamanong Gantar serta ahli jawatan kuasa Cabang P167 Kudat menghadiri jamuan makan tengahari bersama di Restoran Jeti Marina Kudat.

26 Feb 2023| Ahad“Makan Malam Majlis Pimpinan Negeri Sabah”Pada malam ini MPN Sabah telah menerima kunjungan daripada Su...
26/02/2023

26 Feb 2023| Ahad

“Makan Malam Majlis Pimpinan Negeri Sabah”

Pada malam ini MPN Sabah telah menerima kunjungan daripada SuPol Menteri Kementerian Dalam Negeri Tuan Haji Johari Kassim. Acara santai bersama pemimpin disambut baik dengan Ucapan Pembukaan daripada Pengerusi MPN Sabah Datuk Dr Hj Sangkar Rasam yang mana Beliau mengalu-alukan kedatangan SuPol Menteri KDN dengan ucapan ribuan terima kasih.

Di kesempatan ini Datuk Pengerusi juga menekankan tentang reformasi pentadbiran yang melibatkan semua kementerian sehingga ke peringkat jabatan menyebabkan Pemimpin-pemimpin parti kelihatan begitu bertungkus-lumus agar agenda Kerajaan Perpaduan Berkonsepkan Pentadbiran Madani dapat dicapai susuai dengan Perancangan YAB Perdana Menteri.

Seterusnya Ucapan daripada tetamu kehormat SuPol Menteri KDN, beliau merakamkan jutaan terima kasih di atas undangan ke majlis malam hari ini. Beliau sempat bergurau senda dengan kesemua pucuk pimpinan termasuk MPN, Wanita, Amk dan terutamanya Ketua-ketua Cabang dari segenap pelusuk negeri Sabah yang sempat hadr pada malam ini.

Beliau menyifatkan kepentingan Parti dan juga ahli dalam peranan membawa kejayaan pada hari ini.

Hasil usaha semua ahli maka impian untuk melihat Datuk Seri Anwar Ibrahim menduduki Jawatan Perdana Menteri pun tercapai pada hari ini.

Justeru itu, perpaduan di dalam parti itu amatlah penting dalam kita mengekalkan kejayaan pada hari ini. Tambah beliau.

Majlis hari ini turut dihadiri oleh Ketua Cabang Kudat Tuan Stefly Said dan semua Ahli Majlis tertinggi MPN Sabah, Wanita, Amk, dan juga Ketua-Ketua Cabang.

Sekian,

Ketua Penerangan Cabang
Parti Keadilan Rakyat
P.167 Kudat

Petang 25 Feb 2023| SABTUMajlis Pimpinan Negeri Sabah telah menerima kunjungan daripada Menteri Tenaga dan Sumber Asli Y...
26/02/2023

Petang 25 Feb 2023| SABTU

Majlis Pimpinan Negeri Sabah telah menerima kunjungan daripada Menteri Tenaga dan Sumber Asli Yb Nik Nazmi Bin Nik Ahmad Bersama Supol dan Pegawai Khas Beliau berserta rombongan.

Pengerusi MPN Sabah Datuk Dr Hj Sangkar Rasam yang diiringi oleh Ketua-ketua cabang dari seluruh sabah telah pun menyambut baik ucapan dasar kementerian yang diterangkan oleh Yb Menteri bagi pembangunan dan juga pemuliharaan tenaga dan juga sumber asli.

Mengulas ucapan dasar kementerian, Yb Menteri telah memaklumkan sekali lagi perihal pengurusan kawal selia gas asli bagi negeri Sabah yang telah pun diberikan kuasa autonomi kepada Kerajaan negeri.

Di samping itu, Ketua Cabang Kudat Saudara Stefly Said mencadangkan agar pengurusan Tenaga dan sumber asli ini dapat dipertingkatkan lagi hal ini kerana masih terdapat beberapa kawasan di dalam negeri sabah yang dibelenggu masalah ketiadaan dan ketidakcukupan bekalan tenaga dan sumber asli.

Ketua Penerangan Cabang,
Parti Keadilan Rakyat,
P.167 Kudat, Sabah.

24 Feb 2023|JumaatSekalung ucapan Tahniah..Buat Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat P.167 Kudat. Saudara Stefly Said di a...
24/02/2023

24 Feb 2023|Jumaat

Sekalung ucapan Tahniah..
Buat Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat P.167 Kudat. Saudara Stefly Said di atas perlantikan sebagai Bendahari Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat Negeri Sabah Bagi sesi 2022-2025.

Kami Ahli Jawatan Kuasa Cabang Kudat mendoakan agar segala urusan Ketua Cabang Kudat akan dipermudahkan dan diberikan kejayaan di setiap urusan beliau.

Reformasi! Reformasi! Reformasi!

Sekian,
Ketua Penerangan Cabang
Parti Keadilan Rakyat
P.167 Kudat

Hari ini 15 Februari 2023:Saya Selaku Ketua Penerangan Cabang telah pun dihubungi Oleh Pengurus CKS Pitas Tuan Jasmon me...
15/02/2023

Hari ini 15 Februari 2023:

Saya Selaku Ketua Penerangan Cabang telah pun dihubungi Oleh Pengurus CKS Pitas Tuan Jasmon melalui KC Kudat.

Beliau telah pun menyampaikan hasrat untuk menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada mangsa-mangsa banjir besar daerah pitas.

Setelah berjumpa dan berbincang beliau telah pun memberikan amanat sebanyak 25 beg bakul makanan untuk diagihkan kepada mangsa terlibat.

Saya mewakili Ketua Cabang dan seluruh Ahli Jawatankuasa Cabang mengucapkan syabas dan tahniah atas usaha murni ini khususnya kepada Pengurus Cks Pitas Tuan Jasmon dan Team beliau dalam menyediakan semua beg bakul makanan. Sekian dan terima kasih.

KETUA PENERANGAN CABANG
PARTI KEADILAN RAKYAT
P.167 KUDAT

Address

Kudat/Pitas
Kudat
89100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penerangan PKR Kudat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share