POLIS Daerah Kudat

POLIS Daerah Kudat Laman ini merupakan Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia, Ibu Pejabat Polis Daerah Kudat
(2)

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH KUDAT - KEMALANGAN MELIBATKAN DUA BUAH MOTOKAR DI KM28 JALAN KUDAT / KOTA KINABALU, K...
01/06/2026

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH KUDAT - KEMALANGAN MELIBATKAN DUA BUAH MOTOKAR DI KM28 JALAN KUDAT / KOTA KINABALU, KUDAT

โ€œPOLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADAโ€


๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—” ๐—ž๐—”๐—”๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐˜”๐˜Œ๐˜•๐˜œ๐˜ˆ๐˜ ๐˜—๐˜Œ๐˜™๐˜—๐˜ˆ๐˜‹๐˜œ๐˜ˆ๐˜•, ๐˜”๐˜Œ๐˜™๐˜ˆ๐˜๐˜’๐˜ˆ๐˜• ๐˜’๐˜Œ๐˜๐˜ˆ๐˜™๐˜”๐˜–๐˜•๐˜๐˜ˆ๐˜•๐˜”๐˜–๐˜•๐˜Ž๐˜–๐˜”๐˜–๐˜› ๐˜—๐˜๐˜š๐˜–๐˜”๐˜—๐˜œ๐˜™๐˜œ๐˜ˆ๐˜•, ๐˜”๐˜ˆ๐˜”๐˜ˆ๐˜™๐˜ˆ๐˜”๐˜ˆ๐˜ ๐˜—๐˜๐˜œ๐˜•๐˜œ๐˜•๐˜Ž๐˜ˆ๐˜•๐˜๐˜ˆ๐˜™๐˜...
31/05/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—” ๐—ž๐—”๐—”๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

๐˜”๐˜Œ๐˜•๐˜œ๐˜ˆ๐˜ ๐˜—๐˜Œ๐˜™๐˜—๐˜ˆ๐˜‹๐˜œ๐˜ˆ๐˜•, ๐˜”๐˜Œ๐˜™๐˜ˆ๐˜๐˜’๐˜ˆ๐˜• ๐˜’๐˜Œ๐˜๐˜ˆ๐˜™๐˜”๐˜–๐˜•๐˜๐˜ˆ๐˜•

๐˜”๐˜–๐˜•๐˜Ž๐˜–๐˜”๐˜–๐˜› ๐˜—๐˜๐˜š๐˜–๐˜”๐˜—๐˜œ๐˜™๐˜œ๐˜ˆ๐˜•, ๐˜”๐˜ˆ๐˜”๐˜ˆ๐˜™๐˜ˆ๐˜”๐˜ˆ๐˜ ๐˜—๐˜๐˜œ๐˜•๐˜œ๐˜•๐˜Ž๐˜ˆ๐˜•

๐˜๐˜ˆ๐˜™๐˜๐˜Œ๐˜š๐˜›๐˜๐˜•๐˜Ž ๐˜œ๐˜•๐˜๐˜›๐˜ , ๐˜Š๐˜Œ๐˜“๐˜Œ๐˜‰๐˜™๐˜ˆ๐˜›๐˜๐˜•๐˜Ž ๐˜๐˜ˆ๐˜™๐˜”๐˜–๐˜•๐˜ 

YDH SUPT Mohd Haris bin Hj Ibrahim, Ketua Polis Daerah Kudat mewakili seluruh warga kerja IPD Kudat mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya masyarakat daerah Kudat yang meraikannya.

โ€˜โ€™๐™บ๐š˜๐š๐š˜๐š‹๐š’๐šŠ๐š— ๐šƒ๐šŠ๐š๐šŠ๐šž ๐šƒ๐šŠ๐š๐šŠ๐šฃ๐š˜ ๐™ณ๐š˜ ๐™บ๐šŠ๐šŠ๐š–๐šŠ๐š๐šŠ๐š—โ€™โ€™

"POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA"





๐ŸŒ™ KETUA POLIS DAERAH KUDAT MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA 1447H / 2026M ๐ŸŒ™Ketua Polis Daerah Kudat, YDH SUPT Moh...
26/05/2026

๐ŸŒ™ KETUA POLIS DAERAH KUDAT MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA 1447H / 2026M ๐ŸŒ™

Ketua Polis Daerah Kudat, YDH SUPT Mohd Haris bin Hj Ibrahim mewakili seluruh warga kerja PDRM Kudat mengucapkan Salam Aidiladha 1447H / 2026M kepada seluruh umat Islam khususnya warga daerah Kudat yang meraikan perayaan ini bersama keluarga dan insan tersayang. Semoga sambutan Aidiladha kali ini membawa keberkatan, keikhlasan serta mengeratkan lagi silaturahim dalam kehidupan bermasyarakat.

Dalam kemeriahan musim perayaan ini, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati ketika memandu serta mematuhi undang-undang jalan raya demi keselamatan bersama. Selain mengutamakan keselamatan di jalan raya, masyarakat juga disaran memastikan rumah yang ditinggalkan berada dalam keadaan selamat sepanjang musim perayaan ini.

โ€œPandu Cermat, Selamat Sampai.โ€

Salam Aidiladha, Maaf Zahir dan Batin. ๐Ÿคฒ

โ€œPOLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADAโ€






23/05/2026

๐Ÿš” JANGAN MEMANDU DI BAWAH PENGARUH ALKOHOL ๐Ÿš”

Satu keputusan yang salah boleh mengubah kehidupan ramai orang dalam sekelip mata.

Memandu di bawah pengaruh minuman yang memabukkan (alkohol) bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Keupayaan membuat pertimbangan, masa tindak balas dan kawalan kenderaan akan terjejas, sekali gus meningkatkan risiko kemalangan yang boleh meragut nyawa.

โš–๏ธ Ingat, tindakan ini membawa padah di sisi undang-undang:
๐Ÿ”น Denda : RM10,000 hingga RM30,000
๐Ÿ”น Penjara : Boleh dipenjara sehingga 12 bulan
๐Ÿ”น Hilang kelayakan memandu sekurang-kurangnya 2 tahun

โœ… Jika anda mengambil minuman beralkohol, jangan memandu. Gunakan pengangkutan awam, e-hailing atau minta bantuan rakan yang tidak mengambil alkohol.

Fikir sebelum memandu. Jangan menyesal kemudian.

23/05/2026

๐Ÿš” OP TEMBAK LAJU 2026 DI SELURUH SABAH ๐Ÿš”

๐Ÿ“ข Perhatian kepada semua pengguna jalan raya di Negeri Sabah.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sabah akan melaksanakan Op Tembak Laju bermula 23 Mei 2026 di seluruh negeri bagi meningkatkan pematuhan had laju serta mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.

Pemanduan melebihi had laju bukan sahaja melanggar undang-undang, malah menjadi antara faktor utama yang menyumbang kepada kemalangan maut dan kecederaan serius.

โš ๏ธ Ingat!
โœ… Patuhi had laju yang ditetapkan
โœ… Sentiasa memakai tali pinggang keselamatan
โœ… Kekalkan jarak selamat antara kenderaan
โœ… Utamakan keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain

๐Ÿšจ Tindakan penguatkuasaan akan dijalankan secara berterusan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman pengguna jalan raya sentiasa terpelihara.

Pandu berhemah, patuhi had laju, elak kemalangan, selamatkan nyawa.










๐Ÿš”๐Ÿ›ฃ๏ธ

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH KUDAT - PENCEROBOHAN TANAH SIMPANAN KERAJAAN DI DAERAH KECIL MATUNGGONG, KUDATโ€œPOLIS ...
19/05/2026

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH KUDAT - PENCEROBOHAN TANAH SIMPANAN KERAJAAN DI DAERAH KECIL MATUNGGONG, KUDAT

โ€œPOLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADAโ€


๐Ÿš“ KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA : PANDU CERMAT, SELAMAT SAMPAI ๐Ÿš“Kudat, 17 Mei 2026 โ€“ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuda...
17/05/2026

๐Ÿš“ KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA : PANDU CERMAT, SELAMAT SAMPAI ๐Ÿš“

Kudat, 17 Mei 2026 โ€“ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kudat menerusi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) menyeru seluruh pengguna jalan raya agar sentiasa mengutamakan aspek keselamatan ketika memandu sepanjang musim cuti sekolah, sambutan Hari Raya Aidiladha serta musim menuai yang bakal tiba.

Kempen keselamatan jalan raya bertemakan โ€œPandu Cermat, Selamat Sampaiโ€ yang dibawakan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT IPK Sabah) ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan mematuhi undang-undang lalu lintas serta mengamalkan pemanduan berhemah demi keselamatan semua pengguna jalan raya.

Antara amalan keselamatan yang perlu diberi perhatian ialah mematuhi had laju yang ditetapkan, tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu, berehat sekiranya mengantuk serta sentiasa memakai tali pinggang keledar sepanjang perjalanan.

Orang ramai turut diingatkan mengenai konsep โ€œMBA โ€“ Mengantuk, Berhenti, Atasiโ€ bagi mengelakkan risiko kemalangan akibat keletihan ketika memandu jarak jauh, khususnya ketika musim perayaan dan cuti panjang.

IPD Kudat menasihatkan semua pengguna jalan raya agar merancang perjalanan dengan baik, memastikan kenderaan berada dalam keadaan selamat serta sentiasa bertimbang rasa dan berhemah ketika berada di jalan raya demi keselamatan diri, keluarga dan masyarakat.

๐Ÿ’™ โ€œNyawa Anda, Tanggungjawab Andaโ€

โ€œRumah Kita, Kita Jaga. Daerah Kita, Kita Lindungi Bersama.โ€

โ€œPOLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADAโ€








SAMBUTAN PESTA KAAMATAN PERINGKAT DAERAH KUDAT & BANGGI TAHUN 2026KUDAT, 16 Mei 2026 โ€“ Ketua Polis Daerah Kudat, YDH SUP...
16/05/2026

SAMBUTAN PESTA KAAMATAN PERINGKAT DAERAH KUDAT & BANGGI TAHUN 2026

KUDAT, 16 Mei 2026 โ€“ Ketua Polis Daerah Kudat, YDH SUPT Mohd Haris bin Hj Ibrahim telah hadir ke sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kudat dan Banggi 2026 yang berlangsung di Dewan Tun Mustapha, Kudat, pagi tadi.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Chong Chen Bin @ Ben Chong, Pembantu Menteri Kewangan I merangkap ADUN N4 Tanjung Kapor Kudat.

Kehadiran Ketua Polis Daerah Kudat adalah bagi menyaksikan serta memberi sokongan terhadap penganjuran program kebudayaan masyarakat tempatan, di samping memperkukuhkan hubungan silaturahim antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan komuniti setempat ke arah mewujudkan suasana yang harmoni, selamat serta bersatu padu.

โ€œPOLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADAโ€






๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฌ๐—”๐—• ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐——๐—”๐—ก๐—” ๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐—ž๐—˜ ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—จ ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—œ, ๐—ž๐—จ๐——๐—”๐—งKUDAT, 9 Mei 2026 โ€” YAB Datuk Seri Panglima Anwar bin Ibrahim...
10/05/2026

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฌ๐—”๐—• ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐——๐—”๐—ก๐—” ๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐—ž๐—˜ ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—จ ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—œ, ๐—ž๐—จ๐——๐—”๐—ง

KUDAT, 9 Mei 2026 โ€” YAB Datuk Seri Panglima Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia telah mengadakan lawatan ke Pulau Banggi, Kudat bagi menghadiri program ramah mesra bersama masyarakat setempat.

Lawatan tersebut bertujuan untuk mendekati rakyat serta meninjau perkembangan dan situasi semasa di kawasan Pulau Banggi.

Ibu Pejabat Polis Daerah Kudat dengan bantuan elemen daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah dan Briged Sabah telah menjalankan tugas kawalan keselamatan di sepanjang lawatan bagi memastikan setiap program berjalan dengan lancar, teratur dan terkawal.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah YAB Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam, Timbalan Ketua Menteri Sabah mewakili YAB Ketua Menteri Sabah, YDH IG Datuk Seri Panglima Hj Mohd Khalid bin Hj Ismail, Ketua Polis Negara, YDH CP Datuk Jauteh bin Dikun, JP, Pesuruhjaya Polis Sabah serta Ketua - Ketua Jabatan Persekutuan Dan Negeri.

โ€œPOLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADAโ€






LAWATAN KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN DALAM NEGERI KE IPD KUDATKudat, 08 Mei 2026 - Lawatan YBhg Datuk Awang Alik Bin Jem...
08/05/2026

LAWATAN KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN DALAM NEGERI KE IPD KUDAT

Kudat, 08 Mei 2026 - Lawatan YBhg Datuk Awang Alik Bin Jeman, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama delegasi ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kudat, petang tadi.

Lawatan dan tinjauan YBhg Datuk Awang Alik Bin Jeman, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi menilai keadaan semasa serta tahap kerosakan melibatkan bangunan IPD dan balai polis di daerah Kudat. Hasil tinjauan akan dijadikan sebagai input serta rujukan bagi tujuan penyediaan permohonan peruntukan pembaikan dan penyelenggaraan demi memastikan aspek keselamatan, keselesaan serta kelancaran penyampaian perkhidmatan kepolisan kepada masyarakat sentiasa berada pada tahap terbaik. Lawatan dan sesi tinjauan telah berlangsung dengan lancar serta mencapai objektif yang ditetapkan.

โ€œPOLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADAโ€






Address

IBU PEJABAT POLIS DAERAH KUDAT POLIS DIRAJA MALAYSIA PETI SURAT NO. 68, KUDAT
Kudat
89057

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when POLIS Daerah Kudat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share