Kelab Penyokong Datuk Wetrom Bahanda

Kelab Penyokong Datuk Wetrom Bahanda Berkhidmat untuk rakyat

05/10/2025
30/09/2025
12/08/2025
HENTIKAN PROVOKASI MURAHAN – ISU ARWAH ZARA BUKAN PENTAS POLITIK KOTORMenegur komen yang tidak wajar itu tanggungjawab b...
12/08/2025

HENTIKAN PROVOKASI MURAHAN – ISU ARWAH ZARA BUKAN PENTAS POLITIK KOTOR

Menegur komen yang tidak wajar itu tanggungjawab bersama. Tetapi cuba mengaitkan kesilapan seorang individu dengan keseluruhan penyokong atau parti PKDM adalah politik terdesak yang hanya memperbodohkan diri sendiri.

Kalau esok ada penyokong PBS yang tersilap kata lalu PKDM menuduh seluruh PBS bersikap sama – adakah itu adil?

Isu arwah adik Zara adalah isu kemanusiaan, isu seluruh rakyat. YB Datuk Wetrom Bahanda sendiri sudah membawa perkara ini ke Parlimen untuk menuntut keadilan. Soalnya – adakah ADUN PBS yang kamu puja itu pernah membawa isu ini ke Dewan Undangan Negeri Sabah?

Cytro upahan yang berlagak hero di Facebook tidak akan mengubah hakikat bahawa PBS semakin hilang sokongan di DUN Matunggong. Setiap kali kamu memaki, menghasut, dan menabur bahasa longkang, semakin ramai rakyat sedar – PBS bukan pembela rakyat, tetapi penghasut yang hanya pandai bersembunyi di belakang papan kekunci.

Cukup-cukuplah main politik atas penderitaan orang lain. Rakyat Matunggong sudah celik. PRN-17 akan menjadi saksi – suara rakyat lebih kuat daripada propaganda cytro upahan.

🔹 PKDM – Suara Rakyat, Pembela Kebenaran
🔹 Matunggong Bukan Milik Politik Kotor
🔹 Keadilan Bukan Propaganda – .

Tajuk:"Sardin Sudah Tidak Laku, Bro – Zaman 'Beli Undi' Sudah Tamat!"Jawapan kepada kenyataan Conz Okonz:Wahai penulis m...
04/08/2025

Tajuk:
"Sardin Sudah Tidak Laku, Bro – Zaman 'Beli Undi' Sudah Tamat!"

Jawapan kepada kenyataan Conz Okonz:

Wahai penulis muda bernama Conz Okonz, semangat menulis itu bagus, tapi jangan jadi jurucakap tidak bergaji untuk propaganda lama yang sudah basi. Bila setiap kali menjelang pilihan raya sahaja tiba-tiba muncul cerita “pembangunan”, “jalan berturap”, dan “projek turun ke kampung”, rakyat yang celik akal di Matunggong sudah tahu itu hanya taktik lama – seperti kaset buruk yang diulang-ulang untuk menutup kebobrokan sebenar.

Kamu anak JKKK lantikan PBS, itu bukan salah kamu. Tapi kalau kamu menjadi lidah rasmi untuk mengampu tanpa soal, itu pilihan kamu. Ketahuilah, undi bukan boleh dikawal atau ditentukan oleh sardin, lampu solar atau pun jalan yang tiba-tiba diturap bila PRN semakin hampir. Masyarakat Matunggong, khususnya bangsa Momogun Rungus, sudah jauh berubah dari zaman dulu yang sering dihina – kononnya "boleh dibeli dengan sebiji sardin".

Zaman itu sudah mati, Conz.

Hari ini, rakyat mahukan pemimpin yang telus, bukan pemimpin yang menutup kelemahan dengan simen jalan raya. Mereka mahu suara mereka di DUN didengar dan dibela, bukan hanya jadi papan tanda perasmian projek kerajaan yang dibaca sekali seminggu.

Kamu boleh tulis puji-pujian untuk Datuk Julita Majungki – itu hak kamu. Tapi bila kamu menghina pihak lain seperti KDM dengan menyatakan mereka tiada hala tuju, maka kamu membuka ruang kepada rakyat untuk bertanya – hala tuju siapa yang kabur sebenarnya? Yang hanya aktif bila PRN dekat? Yang hanya turun ke kampung bila dana mula diturunkan?

Kamu masih muda. Jangan biar pena kamu digunakan untuk menghalalkan gaya politik yang korup dan penuh sandiwara. Undi bukan lagi alat yang boleh dibeli dengan atap zink, pukat, atau tangki air. Rakyat Matunggong sudah melalui transformasi kesedaran. Mereka tidak perlukan pemimpin yang hanya tahu ‘beri’, mereka mahu pemimpin yang ‘mengerti’.

Matunggong tidak akan terus maju jika masih dibelenggu dengan retorik kosong dan permainan persepsi murahan.

Ingat, Conz: jalan boleh diturap, tapi kepercayaan tidak boleh ditampal. Jangan sesekali anggap sardin boleh jadi lesen kekal di kerusi DUN.

*Keluar kerana projek bukan kerana perjuangan*"Bila Pokok Tua Gugur, Tunas Baru Mula Tumbuh"Satu video tular yang dimuat...
30/07/2025

*Keluar kerana projek bukan kerana perjuangan*

"Bila Pokok Tua Gugur, Tunas Baru Mula Tumbuh"

Satu video tular yang dimuat naik oleh cytro-cytro upahan PBS, kononnya menggambarkan “gelombang keluar” dari PKDM. Dalam video itu, dipaparkan sepasang suami isteri bersama sekump**an individu mendakwa keluar daripada PKDM dan menyertai parti lain. Heboh satu kampung – seolah-olah PKDM runtuh seperti Jambatan Tamparuli di musim banjir.

Tapi sabar dulu. Mari kita bongkar sedikit realiti di sebalik propaganda tular itu.

Fakta Pertama:
Pasangan yang disebut itu sudah lama keluar dari PKDM, bukan baru semalam. Keluar pun bukan sebab ideologi berubah atau semangat perjuangan. Tapi sebab satu je — projek tak dapat, hati pun merajuk. Mereka ingat PKDM ni kontraktor agency?

Fakta Kedua:
Sejak pasangan ini keluar, sokongan terhadap PKDM semakin meningkat. Ramai yang dulunya menjauh sebab ‘aura’ pasangan ini, kini berani tampil menyertai dan menyokong PKDM secara terbuka. Malah, beberapa penyokong tegar PBS pun kini selesa bersama kita. Ironi kan? Yang keluar kononnya ‘gelombang’, yang masuk p**a macam tsunami kecil!

Fakta Ketiga:
Cytro upahan PBS patut belajar beza antara daun tua gugur dengan ranting patah. Bila mereka keluar, PKDM tidak tergoncang — malah kita jadi lebih kuat, lebih bersih, dan lebih dipercayai. Politik bukan tempat untuk individu yang menjadikan parti sebagai tangga peribadi untuk minta projek. Ini perjuangan, bukan permintaan pasar malam.

Pesanan kepada Cytro PBS:
Kalau asyik main naratif recycle begini, rakyat akan nampak betapa ceteknya kempen kamu. Kamu dakwa PKDM tergoncang, tapi sampai hari ini kamu masih risau dengan kekuatan PKDM di akar umbi. Kalau benar PKDM goyah, kenapa kamu perlu upah cytro setiap hari untuk ganggu gugat kami?
Pesanan kepada Pasangan Pop**ar dalam Video Tular:
Kami doakan semoga kamu bahagia dalam kapal baru. Tapi jangan lupa — pengundi hari ini makin bijak. Mereka menilai calon bukan berdasarkan baju apa dia pakai, tapi rekod, niat, dan keikhlasan. PRN-17 akan jadi medan ujian sebenar. Kita tunggu, adakah kamu mampu menang di kawasan tempat kamu sendiri duduk? Atau kamu akan jadi "ikon viral kalah bertanding"?

Penutup:
PKDM tidak pernah dan tidak akan goyah hanya kerana satu dua keluar parti. Parti ini dibina atas dasar perjuangan dan harapan rakyat — bukan atas janji projek. Kalau setiap kali ada orang keluar, kita anggap itu musibah, maka tiada parti boleh berkembang.

Kami ucapkan selamat berkempen kepada semua – terutama kepada cytro-cytro PBS. Jangan lupa minum air banyak-banyak, nanti haus fitnah sana sini.



📣 KENYATAAN PENJELASANBiro Komunikasi Strategik PKDM DUN Matunggong29 Julai 2025Tajuk: “Jangan Salah Klaim – Projek Pers...
29/07/2025

📣 KENYATAAN PENJELASAN

Biro Komunikasi Strategik PKDM DUN Matunggong
29 Julai 2025

Tajuk: “Jangan Salah Klaim – Projek Persekutuan Bukan Harta Politik ADUN”

Kami merujuk kepada satu klip video tular baru-baru ini yang menunjukkan YB Datuk Julita Majungki (ADUN Matunggong) melawat satu tapak projek jalan raya di kawasan Matunggong. Video ini disertakan dengan naratif yang mendakwa kononnya projek tersebut adalah hasil usaha beliau.

Sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam penyampaian maklumat tepat kepada rakyat, Biro Komunikasi Strategik PKDM DUN Matunggong tampil memberikan penjelasan sebenar dan fakta sahih.

✅ FAKTA SEBENAR:

1. Projek yang ditularkan itu merupakan projek kerajaan Persekutuan, bukan projek negeri.

2. Projek tersebut bukan dimohon, diperjuangkan atau dibawa oleh ADUN Matunggong, sebaliknya adalah hasil desakan dan suara konsisten Ahli Parlimen Kota Marudu, YB Datuk Wetrom Bahanda.

3. Pelaksanaan projek ini adalah antara yang telah diluluskan sebelum ini oleh kerajaan Persekutuan, namun disegerakan pelaksanaannya hasil keprihatinan YB Wetrom, yang berulang kali membangkitkan isu infrastruktur Matunggong dalam sesi Parlimen dan perbincangan rasmi bersama kementerian.

❌ KLARIFIKASI TERHADAP DAKWAAN TIDAK BERASAS:

Kami ingin mengingatkan agar mana-mana pihak, termasuklah para cybertrooper upahan, untuk tidak membuat dakwaan songsang dan mengelirukan rakyat semata-mata untuk kepentingan imej politik tertentu.

ADUN tidak mempunyai kuasa untuk membahaskan atau meluluskan projek Persekutuan di Parlimen.
Kuasa tersebut hanya terletak pada Ahli Parlimen (MP) yang mewakili kawasan dalam Dewan Rakyat.

🎯 Pesanan kepada Cytro PBS:

Kalau nak jadi penyampai maklumat, belajar dulu beza fungsi ADUN dan MP.
Jangan kerana terlampau ghairah memuja, sampai sanggup salah maklumat dan berbohong kepada rakyat.

> Fakta tidak boleh ditutup dengan kamera dan suntingan video.
Gambar boleh edit, tetapi sejarah dan rekod Parlimen tidak boleh dimanip**asi.

🔍 Penutup:

PKDM Matunggong menghargai setiap usaha baik untuk pembangunan rakyat, asalkan disampaikan secara jujur dan beretika. Kami percaya rakyat Matunggong sudah bijak menilai siapa yang benar-benar bekerja dan siapa yang hanya menumpang kredit.

Sebarang bentuk penyelewengan maklumat akan terus kami jawab dengan fakta.

Matunggong untuk semua, bukan untuk dijadikan modal pencitraan.

Sekian.

“Berjuang Demi Rakyat, Bukan Demi Rakaman”
Biro Komunikasi Strategik PKDM DUN Matunggong.

PARTI ATAS PAGAR? CERMIN DULU DIRI TU, BOSKU‼️Pengundi atas pagar tu biasa — memang ada masa rakyat keliru, banyak janji...
24/07/2025

PARTI ATAS PAGAR? CERMIN DULU DIRI TU, BOSKU‼️

Pengundi atas pagar tu biasa — memang ada masa rakyat keliru, banyak janji, tapi tak nampak siapa boleh pegang. Tapi bila ada yang mula melabel "parti atas pagar", kononnya tak berprinsip dan sesat ideologi, kami nasihat satu je: jangan sembang pasal prinsip kalau parti kamu sendiri bertapuk bawah ketiak GRS & PH.

Parti kami dikata “king maker”? Hah, yang kamu tu? Tiap kali pilihan raya, sibuk berkira-kira siapa mahu dipeluk, siapa mahu dibakul sampahkan — itu bukan "king maker" tapi “deal maker” untuk projek dan jawatan. Bezanya, kami bersama rakyat. Kamu p**a, bersama kuasa yang kamu pernah maki.

Ajaran sesat? Jangan melawak, bro. Siapa yang tiba-tiba berubah aqidah politik bila ditawarkan jawatan? Siapa yang sebelum ni angkat poster “tolak rasuah, lawan kartel”, sekarang senyum sebelah menteri yang dulu kamu panggil pengkhianat?

Cakap orang tak ada prinsip, tapi kamu sanggup tinggal perjuangan asal demi jadi penyambung hayat kerajaan campuran paling keliru dalam sejarah Sabah. Kalau bukan hipokrit, nak panggil apa?

RAKYAT BUKAN BODOH

Jangan ingat rakyat tak nampak. Mereka tahu siapa yang konsisten lawan sistem yang zalim, dan siapa yang menangguk di air keruh untuk dapat habuan politik. Kamu boleh cipta 1000 video propaganda, tapi fakta tetap fakta:

Parti kamu duduk diam bila bos kena dakwa kes rasuah.
Parti kamu jadi “yes man” walau tahu polisi tak memihak kepada rakyat.
Parti kamu bising bila tak dapat peruntukan, senyap bila dapat projek.

Dan kamu panggil orang lain sesat? Maaf cakap, kamu sebenarnya lebih sesat sebab tahu kamu salah, tapi tetap teruskan sebab sedap duduk di kerusi empuk kuasa.

Sebelum kamu nak cap orang lain sebagai “parti atas pagar”, elok kamu buka sejarah parti kamu sendiri. Berapa kali lompat? Berapa kali tukar prinsip? Berapa kali kena kencing dengan kawan sendiri?

Cermin dulu, bosku. Jangan sibuk dengan persepsi, tapi kosong dari segi prestasi.

Dan satu lagi… kalau nak sembang pasal king maker, pastikan kamu bukan cuma penjilat kepada “king yang ada kuasa.” Kadang-kadang diam itu emas, tapi kalau dah melampau sangat fitnahnya, kami pun boleh buka gelanggang.

“Yang Berunding GRS dan PH, Bukan UMNO dan PKDM!”Port Dickson bukan tempat menjual maruah, tetapi ruang menyemai tekad p...
21/07/2025

“Yang Berunding GRS dan PH, Bukan UMNO dan PKDM!”

Port Dickson bukan tempat menjual maruah, tetapi ruang menyemai tekad perjuangan! Kehadiran YB Datu Wetrom Bahanda dalam Program Ukhwah MADANI bersama barisan kepimpinan Kerajaan Persekutuan bukan satu urusan belakang tabir seperti yang cuba digambarkan oleh cybertrooper upahan PBS, tetapi satu komitmen terbuka untuk membina Malaysia MADANI yang inklusif – termasuk suara rakyat Sabah yang sekian lama dipinggirkan!

Gambar yang menunjukkan beliau duduk semeja bersama B**g Moktar bukanlah “sidang gelap” untuk jual kerusi atau bincang lompat parti. Kalau otak tak sampai ke dasar politik nasional, jangan gatal tangan buat tafsiran picisan! Program ini bukan anjuran UMNO, bukan juga acara GRS. Ia adalah inisiatif Kerajaan MADANI yang turut disertai oleh Ahli Parlimen Sabah dari pelbagai latar, untuk memperkukuh sinergi pusat dan wilayah.

Apa yang berlaku sebenarnya — yang korang buat-buat tak tahu — GRS dan PH yang sedang berunding, cuba memecah dominasi politik lama yang tak lagi laku di mata rakyat. PKDM bukan sebahagian daripada rundingan itu – belum dan tidak sedang menjilat mana-mana tangan yang pernah menindas Sabah! Jadi, jangan selamba reka naratif palsu hanya kerana panik melihat keakraban pemimpin Sabah dalam medan nasional.

Kepada tukang fitnah dan tukang edit gambar, bermainlah politik dengan fakta, bukan fantasi murahan. Jangan sampai rakyat Sabah menyamakan kamu dengan tukang sihir zaman Jahiliah yang putar realiti ikut hawa nafsu kuasa. Kalau gambar semeja boleh jadi bukti rundingan sulit, maka setiap majlis kenduri pun boleh jadi konspirasi politik, bukan?

PKDM kekal istiqamah memperjuang suara rakyat Sabah, bukan melayan drama paranoia politik yang ditaja oleh mereka yang takut kehilangan kerusi dan kuasa.

Sekian ulasan rasmi,

Biro Komunikasi Strategik PKDM DUN Matunggong
21 Julai 2025

Address

Jalan Pekan Matunggong
Kudat
89050

Telephone

+60123456789

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Penyokong Datuk Wetrom Bahanda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category