11/01/2026
10/01/2026 (Sabtu)
09.00pagi - selesai
Karakit, Kobong, Lok Tuhog, Batu Layar, Limbuak Darat dan Kg. Sabur, Banggi
Program Gunting Rambut Percuma Sempena "Back To School"
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YB Datuk Mohammad Mohamarin atas tajaan serta sokongan padu dalam menjayakan Program Gunting Rambut Percuma Sempena Back To School, dengan kerjasama PEMUDA PGRS N1 Banggi.
Program yang telah berlangsung pada 10 Januari 2026 ini berjaya memberi manfaat kepada seramai 371 orang pelajar serta beberapa orang guru sekolah, sebagai persediaan menyambut sesi persekolahan baharu 2026.
Semoga inisiatif murni ini terus membawa senyuman, meringankan beban ibu bapa, dan menjadi pemangkin semangat kepada anak-anak sekolah untuk terus melangkah maju dalam pendidikan khususnya di Pulau Banggi.
Terima kasih kepada semua AJK PEMUDA yang terlibat dan kedai-kedai gunting yang membantu menjayakan program ini.
Semoga usaha ini diberkati dan diteruskan pada masa akan datang.
Pgrs Banggi
Beliawanis Pgrs Banggi