Pejabat Daerah Kecil Banggi

Pejabat Daerah Kecil Banggi PDKB

🌾✨ PESTA KAAMATAN KUDAT & BANGGI 2026 ✨🌾Sambutan Pesta Kaamatan Kudat & Banggi 2026 yang akan berlangsung pada:📅 16 Mei ...
14/05/2026

🌾✨ PESTA KAAMATAN KUDAT & BANGGI 2026 ✨🌾

Sambutan Pesta Kaamatan Kudat & Banggi 2026 yang akan berlangsung pada:

📅 16 Mei 2026
📍 Dewan Tun Mustapha, Kudat

Pelbagai acara menarik telah disediakan termasuk pertandingan kebudayaan, persembahan tradisional, cabutan tiket bertuah dan banyak lagi 🎉

“Kaamatan: Menuai Perpaduan, Meraih Keharmonian”

Orang ramai dijemput hadir bagi bersama-sama menyambut dan memeriahkan pesta penuh budaya serta warisan ini

12 Mei 2026 | Rabu | 11:00 Pagi Bilik Mesyuarat Sinambung, Pejabat Daerah Kecil Banggi Mesyuarat Penyelarasan Jawatankua...
13/05/2026

12 Mei 2026 | Rabu | 11:00 Pagi
Bilik Mesyuarat Sinambung, Pejabat Daerah Kecil Banggi

Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Program Jerayawara Jelajah Aspirasi Bebas Dadah (JABD) Tahun 2026 bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sabah telah berlangsung dengan jayanya di Pejabat Daerah Banggi.

Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh pelbagai agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang terdapat di Banggi bagi membincangkan penyelarasan gerak kerja, pengukuhan kerjasama strategik serta persediaan pelaksanaan program ke arah memperkasakan usaha kesedaran dan pencegahan dadah dalam kalangan masyarakat.

Turut hadir ialah rombongan daripada Pejabat AADK Negeri Sabah yang diketuai oleh Penolong Pengarah, Puan Dayang Siti Rohani bersama pegawai-pegawai yang terlibat bagi menjayakan sesi penyelarasan program tersebut.

09/05/2026

[TERKINI]

📌Kerajaan lulus lebih RM31 juta untuk naik taraf infrastruktur dan kemudahan rakyat di Pulau Banggi

📌Naik taraf Jalan Kampung Limbuak Laut-Kampung Pengkalan Darat di Pulau Banggi dilaksana dengan kos hampir RM44 juta

📌RM1.25 juta untuk pelbagai program termasuk pendidikan, teknologi hijau dan kesihatan di Pulau Banggi

📌RM1 juta naik taraf jeti Kampung Dogoton, Pulau Banggi bagi kegunaan penduduk dan agensi penguatkuasa

📌PM Anwar mahu prestasi SMK Banggi sebagai pusat pembangunan modal insan dipertingkat, mahu laporan dalam dua minggu

- Perdana Menteri Datuk Seri

Berita penuh : https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2554895

09/05/2026
06 Mei 2026 | Rabu | 10:00 PagiBilik  Mesyuarat Sinambung, Pejabat Daerah Kecil BanggiMesyuarat Penyelarasan Majlis Rama...
08/05/2026

06 Mei 2026 | Rabu | 10:00 Pagi
Bilik Mesyuarat Sinambung, Pejabat Daerah Kecil Banggi

Mesyuarat Penyelarasan Majlis Ramah Mesra Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Bersama masyarakat Pulau Banggi telah diadakan bagi memastikan kelancaran perjalanan program serta penyelarasan tugasan semua pihak yang terlibat.

Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Jaslee bin Jaafar, Penolong Pegawai Daerah Banggi dengan Jabatan Ketua Menteri Sabah selaku penasihat. Turut hadir ke mesyuarat secara bersemuka termasuklah Yang Berhormat Datuk Mohammad bin Mohamarin ADUN N.1 Banggi. Mesyuarat yang dijalankan secara hibrid melibatkan Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan di peringkat Negeri dan daerah juga daerah kecil.

23 April 2025 (Khamis) 3.30ptgmenyantuni dan bagi pihak Pengerusi JPBD Kudat bersama PPM, CDO, wakil daripada JPKA dan A...
23/04/2026

23 April 2025 (Khamis) 3.30ptg

menyantuni dan bagi pihak Pengerusi JPBD Kudat bersama PPM, CDO, wakil daripada JPKA dan APM menyampaikan Bantuan Bakul (kit kelengkapan diri) kepada mangsa kebakaran rumah.

23 April 2025 (Khamis) 10:30 AmBengkel SPDE dan Uji Lari Sistem SPDE Pejabat Daerah Kecil Banggi Alhamdulillah, Bengkel ...
23/04/2026

23 April 2025 (Khamis) 10:30 Am

Bengkel SPDE dan Uji Lari Sistem SPDE Pejabat Daerah Kecil Banggi

Alhamdulillah, Bengkel SPDE dan Uji Lari Sistem SPDE Pejabat Daerah Kecil Banggi telah berlangsung dengan lancar ✨

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini khususnya kepada penceramah daripada Jabatan Teknologi Digital dan Inovasi (JTDI) cawangan Kota Marudu WPBU. Semoga sistem yang diperkenalkan dapat memudahkan urusan kerja dan meningkatkan kecekapan pengurusan secara digital.

16 April 2026 | Khamis | 10 PagiBilik Mesyuarat Sinambung Pejabat Daerah Kecil BanggiTAKLIMAT PENGUATKUASAAN PERMIT BARA...
16/04/2026

16 April 2026 | Khamis | 10 Pagi
Bilik Mesyuarat Sinambung Pejabat Daerah Kecil Banggi

TAKLIMAT PENGUATKUASAAN PERMIT BARANG KAWALAN BERJADUAL & PERMIT KHAS BERSAMA JABATAN, AGENSI DAN KONTRAKTOR DI PULAU BANGGI

Sesi Taklimat Penguatkuasaan Permit Barang Kawalan Berjadual dan Permit Khas bersama jabatan, agensi dan kontraktor di Pulau Banggi berlangsung dengan lancar. Taklimat ini telah disampaikan oleh KPDN Cawangan Kudat bertujuan memberi penerangan serta memperkukuh pemahaman berkaitan prosedur dan pematuhan peraturan yang ditetapkan.

9 Mac 2026A visit by a delegation from the Embassy of the United States of America led by Colonel Sukhdev S. Purewal. Al...
10/03/2026

9 Mac 2026

A visit by a delegation from the Embassy of the United States of America led by Colonel Sukhdev S. Purewal. Also in attendance were representatives from the National Security Council (Sabah), the Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), the Sabah Home Affairs and Research Office (PHEDNP), and the Joint Forces 2 (ATB2)
Karakit Post.

The delegation was received by Mr. Jaslee Jaafar, Assistant District Officer of the Banggi Sub-District Office, who subsequently chaired a brief discussion with the delegation.

26 Januari 2026 | Isnin | 9.00 PagiMESYUARAT KAKITANGAN PEJABAT DAERAH KECIL BANGGI BIL.1/2026
26/01/2026

26 Januari 2026 | Isnin | 9.00 Pagi

MESYUARAT KAKITANGAN PEJABAT DAERAH KECIL BANGGI BIL.1/2026

17 Januari 2026 | Sabtu | Masjid Pekan Karakit MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT DAERAH KECIL BANGGI BAGI TA...
19/01/2026

17 Januari 2026 | Sabtu | Masjid Pekan Karakit

MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT DAERAH KECIL BANGGI BAGI TAHUN 1447H/2026M

Address

Pejabat Daerah Kecil Banggi W. D. T 199
Kudat
89059

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088635400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Daerah Kecil Banggi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share