03/09/2024
29 OGOS 2024 | KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN CILIK SESI 2024/2025
Kursus Kepimpinan Pemimpin Cilik SK Pinawantai Kudat Sesi 2024/2025 ini telah dilaksanakan dengan jayanya di bawah anjuran Unit HEM dan Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Unit Disiplin, Unit SPBT, unit Pusat Sumber Sekolah dan Asrama Desa.
Kursus ini melibatkan semua Pemimpin Cilik SKPi tahun 5 dan 6, yang berjawatan sebagai Pengawas Sekolah, PRS, Ketua & Penolong Ketua Kelas, Pengawas SPBT, Pengawas PSS dan Pengawas Asrama Desa.
Semoga SK Pinawantai Kudat dapat melahirkan pemimpin masa hadapan yang berwibawa.