USNO N1 Banggi

USNO N1 Banggi Bahagian USNO N1 Banggi

Selamat tinggal GRS๐Ÿ‘‹
22/04/2026

Selamat tinggal GRS๐Ÿ‘‹

Salam Terakhir: USNO Ucap Selamat Tinggal GRS

(22 April 2026)
Kota Kinabalu - Presiden USNO, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia telah secara rasminya meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan semua jawatan berkaitan kerajaan.

Peletakan jawatan itu dinyatakan secara rasmi semasa pertemuan bersama YAB Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor merangkap Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada 21 April 2026.

Keputusan Presiden USNO itu juga disahut secara sebulat suara pada 22 April 2026 dalam Mesyuarat Ahli Majlis Eksekutif Tertinggi (AMET) USNO untuk keluar daripada gabungan GRS.

Antara justifikasi awal tentang keputusan USNO ini ialah disebabkan sudah tidak wujudnya keserasian dalam aspek pentadbiran dan dasar kerajaan khususnya selepas Pilihan Raya Umum Dewan Undangan (PRU-DU) Sabah kali ke-17.

USNO juga mengambil pendirian untuk kekal sebagai parti politik yang berteraskan perjuangan pribumi lokal Sabah dan akan komited dalam proses semak dan imbang.

USNO juga mengucapkan terima kasih kepada YAB Pengerusi GRS serta semua rakan komponen GRS atas kebersamaan sebelum ini. USNO berjanji akan terus memperjuangkan aspirasi rakyat yang termarginalisasi.

20/11/2025
20/11/2025

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Kadang-kadang bila saya duduk seorang diriโ€ฆ saya tertanya-tanya bagaimana hidup ini berputar membawa saya ke jalan politik. Saya tidak pernah memilihnya. Saya hanya seorang anak kampung yang melihat air mata dan darah jatuh di tanah pekan Kota Belud, ketika orang-orang Iranun (Pimpinan saudara saya Pinjaman Yassin) bangkit melawan kemiskinan dan penindasan melalui medan pilihanraya. Beliau adalah guru politik saya. Ketika itu saya masih remajaโ€ฆ tetapi jiwa saya luka. Saya nampak sendiri bagaimana maruah rumpun saya dipertahankan dengan keringat dan darah semasa ingin menyertai pilihanraya untuk mendapatkan kuasa.
Sejak hari itu, saya sedar perjuangan orang Iranun bukan sekadar cerita. Ia adalah amanah.

Pada usia 17 tahun, keluarga dan almarhum ayah mengumpulkan apa yang ada untuk menghantar saya belajar. Mereka percaya, jika ada seorang anak Iranun dapat berdiri di medan besar, mungkin hidup kita berubah. Bila saya pulang pada tahun 1982 dan terlibat dalam pilihan raya. Untuk kali kedua saya bertanding atas Parti USNO *(Bulan September)*. Saya menentang Datuk Salleh di Usukan. Saya menang tetapi hati saya tidak pernah tenang.

Sebab ramai yang berjuang bersama ketika itu sudah tiada.Mereka pergi sebelum sempat melihat kampung dan anak cucu mereka menikmati kemajuan hari ini. Setiap kali saya terkenang wajah-wajah ituโ€ฆ hati saya sayu. Kadang-kadang saya tahan nafas lama-lama, sambil menahan sebak di dada. Rindu pada kelibat dan pengorbanan mereka yang tiada galang gantinya. Ada kala saya mula mencari siapa cucu, cicit dan keturunan mereka yang telah tiada ini.

Saya pernah merasa sangat miskin ketika berpolitik. Tiada kereta, tiada duit minyak, tiada apa. Saya tidur di rumah kawan (Kadri/Awadnir). Saya menumpang kenderaan. Saya berjalan kaki pulang ke Rampayan.
Dan pada malam-malam tertentu, saya memejam mata dan berbisik pada diri sendiri.
*โ€œYa Allah, jangan biarkan anak-anak rumpun saya lalui kesengsaraan seperti ini.โ€*

Itulah sebabnya sedikit demi sedikit saya bina bangunan di kampung, bukan untuk saya, tetapi untuk keluarga, untuk sahabat, untuk anak cucu kita. Supaya mereka mempunyai tempat berteduh bila tiba masanya mereka berjuang dalam politik.

Dalam 40 tahun ini, saya hanya menjadi wakil rakyat selama 13 tahun *(1982-1985 di Usukan, 1994-1999 di Tempasuk dan 2003-2008 di Tempasuk buat kali kedua)*

Tidak lama. Tetapi sepanjang ituโ€ฆ saya dihina, disindir, dituduh kedekut, dituduh tidak menolong sesiapa. Ada yang kata saya tidak pernah berkongsi rezeki, tidak membantu orang dapat Datuk atau pangkat, sebaliknya hanya menjaga diri sendiri.

Pada mulanya saya tersinggung. Lama-lama saya belajar menerima.
Dan akhirnyaโ€ฆ saya sedar ada sesuatu yang sangat besar.

Mungkin saya benar-benar kurang menunjukkan kasih sayang.
Mungkin saya terlalu sibuk mengejar hal-hal dunia, sampai saya lupa menzahirkan kebaikan yang orang perlukan.
Mungkinโ€ฆ saya memang belum cukup baik.

Hari ini, saya tidak kembali bertanding untuk membalas kata-kata itu. Saya sudah tua untuk dendam.

Saya kembali kerana saya mahu menebus kekurangan saya. Saya mahu melakukan sesuatu yang baik, walaupun sedikit, untuk dijadikan bekal apabila Allah SWT menjemput saya pulang.

Tentang sahabatโ€ฆ
tentang saudara maraโ€ฆ
tentang orang-orang yang pernah bersama sayaโ€ฆ

Kadang-kadang bila angin malam bertiup, saya teringat TAWA MEREKA.

Saya teringat langkah mereka. Saya teringat bagaimana kami berkongsi apa yang ada, walaupun cuma serpihan harapan.

Saya teringat satu hari, ketika saya hendak melanjutkan pelajaran ke luar negara, saya berkongsi duit 17 ribu dengan seorang sahabat. Kami bahagi apa yang ada, supaya perjuangannya tidak terhenti.
Kami tidak kaya, tapi kami kaya dengan kasih sayang kepada rumpun sendiri.
Kami sebut satu kata yang masih hidup dalam jiwa saya...

"๐—ง๐—œ๐—ก๐——๐—˜๐—š ๐—ฆ๐—” ๐—ฃ๐—”๐—š๐—”๐—ฅ๐—œ."

Hari iniโ€ฆ ramai sudah pergi.
Ada yang menjauh.
Ada yang malu untuk mendekat.
Ada yang mungkin terluka dengan saya.
Ada juga yang saya sendiri terlepas pandang.

Jika mereka semua boleh mendengar suara hati saya sekarangโ€ฆsaya cuma mahu mereka tahu....

Saya rindu mereka.
Saya sayang mereka.
Saya dambakan sokongan mereka kerana saya tidak mahu terluka lagi untuk kali kedua pada 29 November 2025 nanti, di tanah tumpahnya darah almarhum ibu, ketika melahirkan saya suatu masa dahulu.

Usia saya sudah masuk 70 tahun.

Saya tidak tahu berapa lama lagi Allah SWT, izinkan saya berjalan di bumi ini.

Tetapi jika masih ada masa dan kesempatan,
saya mahu menyiapkan apa yang belum selesai.

Saya mahu berbuat baik, walau sedikit. Saya mahu menyembuhkan hubungan yang retak.

Saya mahu memohon maaf kepada sesiapa yang pernah terasa hati.
Dan saya mahu memaafkan semuanyaโ€ฆ semua episod yang pedih.

Saya tidak meminta banyak. Cukuplah jika kita dapat kembali bersatu dalam kasih sayang. Kita pernah kuat suatu masa dulu. Kita boleh kuat semulaโ€ฆ jika hati kita kembali bertemu.

Terima kasih kerana sudi membaca luahan ini.

Moga Allah lembutkan hati kita semua.

Wassalam.

๐—ฃ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ ๐—”๐—บ๐—ถ๐—ป ๐— ๐˜‚๐—น๐—ถ๐—ฎ

RUMUSAN MANIFESTO GRSManifesto GRS dibina atas 1 Gagasan, 4 Rukun, dan 16 Strategi sebagai kerangka pembangunan Sabah.1....
19/11/2025

RUMUSAN MANIFESTO GRS
Manifesto GRS dibina atas 1 Gagasan, 4 Rukun, dan 16 Strategi sebagai kerangka pembangunan Sabah.

1. SABAH FIRST (Sabah Diutamakan)
GRS memberi keutamaan tertinggi kepada hak Sabah dengan fokus kepada:

1. Menegakkan pelaksanaan hak Sabah dalam MA63 dan IGC.
2. Mengembalikan 40% hasil bersih (Special Grant) kepada Sabah.
3. Menegakkan kedaulatan, keselamatan dan integriti sempadan.
4. Memperkasakan autonomi wilayah.

2. SABAH FORWARD (Sabah Melangkah Ke Hadapan)
GRS bertekad memacu sumber ekonomi baharu dengan:

1. Meneroka potensi ekonomi seperti ekonomi biru, tenaga boleh diperbaharui, ekonomi digital dan kredit karbon.
2. Menubuhkan Dana Pelaburan Masa Depan Sabah.
3. Menarik pelaburan asing/domestik dan mengembangkan peluang pekerjaan.
4. Meningkatkan penyertaan rakyat dalam ekonomi berpendapatan sederhana & tinggi (decent income).

3. SABAH PROSPER (Sabah Maju Jaya)
GRS meneruskan agenda pembangunan melalui SMJ 2.0 (2026โ€“2030) dengan fokus:

1. Menggandakan hasil negeri sehingga RM10 bilion.
2. Menyelesaikan isu infrastruktur asas termasuk air, elektrik dan jalan raya.
3. Menangani kemiskinan, peluang pekerjaan, perumahan dan kos sara hidup.
4. Melaksanakan reformasi tadbir urus untuk memastikan ketelusan kerajaan.

4. SABAH UNITED (Sabah Bersatu)
GRS membina masyarakat Sabah yang stabil dan harmoni dengan:

1. Meraikan kepelbagaian kaum dan agama.
2. Memperkasa inklusiviti agar semua rakyat mendapat akses sama rata kepada peluang.
3. Mengukuhkan perpaduan serta nilai kebersamaan rakyat Sabah.
4. Menstabilkan politik Sabah melalui kerjasama parti tempatan dan kerajaan Persekutuan.

Manifesto GRS menawarkan arah tuju komprehensif untuk:
* Memperkasa hak Sabah,
* Melonjakkan ekonomi,
* Menyelesaikan isu asas rakyat,
* Dan membina perpaduan serta kestabilan politik.

19/11/2025

Sabah Firstโœ…
Sabah Foward๐Ÿ’ช
Sabah Prosper๐Ÿ”ฅ

19/11/2025

Inilah detik kita memilih pemimpin yang bekerja, bukan sekadar berkata | GRS hadir dengan komitmen untuk rakyat, pembangunan, & masa depan

Banggi maju bila kita bersatu.

GRS DI BANGGI | CALON YB DATUK MOHAMMAD MOHAMARINGelombang sokongan di Banggi semakin kuat menjelang PRN-17, dan kehadir...
19/11/2025

GRS DI BANGGI | CALON YB DATUK MOHAMMAD MOHAMARIN

Gelombang sokongan di Banggi semakin kuat menjelang PRN-17, dan kehadiran YB Datuk Mohammad Mohamarin sebagai calon GRS di kawasan ini membawa satu harapan baharu buat masyarakat pulau terbesar di Malaysia ini.

Dengan pengalaman luas beliau sebagai pemimpin yang memahami realiti Banggi daripada isu infrastruktur, kebajikan rakyat, pendidikan hinggalah pembangunan ekonomi setempat.GRS yakin Datuk Mohammad Mohamarin mampu meneruskan kesinambungan khidmat yang lebih mampan dan berkesan.

Nantikan Agenda Daripada Manifesto GRS (SMJ2.0)

๐Ÿ”น Kepimpinan Berpengalaman
๐Ÿ”น Fokus pada pembangunan luar bandar
๐Ÿ”น Komitmen terhadap kebajikan rakyat Banggi
๐Ÿ”น Suara konsisten dalam memperjuangkan kepentingan Sabah

Banggi memerlukan wakil yang benar-benar dekat dengan denyut nadi masyarakatnyaโ€”dan GRS melihat Datuk Mohammad Mohamarin sebagai sosok yang tepat untuk menggalas amanah ini.

Ayuh warga Banggi, mari kita bersama memilih masa depan yang lebih stabil, progresif dan berpaksikan kepentingan rakyat.

โ€œSuara kita, masa depan kita.โ€

19/11/2025
19/11/2025

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam sejahtera kepada seluruh keluarga besar saya di Pintasan.

Hari ini, izinkan saya menulis sesuatu yang lahir daripada hati saya sendiri. Ada perkara yang perlu saya jelaskan, ada keinsafan yang perlu saya suarakan, dan ada harapan yang ingin saya titipkan kepada semua.

1.๐’๐จ๐š๐ฅ โ€œ๐ฆ๐ž๐ซ๐ž๐›๐ฎ๐ญ ๐ค๐š๐ฐ๐š๐ฌ๐š๐งโ€ ๐๐ข๐š๐ซ ๐ฌ๐š๐ฒ๐š ๐ฃ๐ž๐ฅ๐š๐ฌ๐ค๐š๐ง. ๐’๐š๐ฒ๐š ๐ญ๐š๐ก๐ฎ ๐š๐๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฆ๐ž๐ง๐ž๐ ๐ฎ๐ซ ๐๐š๐ง ๐ฆ๐ž๐ง๐ ๐š๐ญ๐š๐ค๐š๐ง ๐ฌ๐š๐ฒ๐š ๐ฆ๐ž๐ซ๐ž๐›๐ฎ๐ญ ๐ƒ๐”๐ ๐๐ข๐ง๐ญ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐๐š๐ซ๐ข๐ฉ๐š๐๐š ๐ฉ๐ž๐ฆ๐ข๐ฆ๐ฉ๐ข๐ง ๐ญ๐ž๐ซ๐๐š๐ก๐ฎ๐ฅ๐ฎ. ๐‡๐š๐ค๐ข๐ค๐š๐ญ๐ง๐ฒ๐š, ๐ข๐ญ๐ฎ ๐ญ๐ข๐๐š๐ค ๐›๐ž๐ง๐š๐ซ.

Saya sendiri pernah meminta kepada Ketua Menteri waktu itu:

โ€œJika kehadiran saya memecah-belahkan rakyat, saya sanggup tidak bertanding.โ€

Tetapi Pengerusi GRS tidak setuju. Beliau mahu saya dan Tan Sri Anifah Aman bertanding kerana pengalaman kami diperlukan untuk berhadapan dengan Putrajaya, terutama mengenai:

- pelaksanaan MA63,

- hubungan antarabangsa bagi membuka pintu pembangunan Sabah,

- perbincangan tuntas berkaitan hak negeri dalam Perlembagaan.

Ini bukan soal kerusi.
Ini soal amanah negeri.

2.๐๐ž๐ฆ๐ข๐ฆ๐ฉ๐ข๐ง ๐ฆ๐ฎ๐๐š ๐›๐จ๐ฅ๐ž๐ก ๐›๐ฎ๐š๐ญ ๐›๐š๐ง๐ฒ๐š๐ค ๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐š๐ซ๐š, ๐ญ๐ž๐ญ๐š๐ฉ๐ข ๐š๐๐š ๐ญ๐ฎ๐ ๐š๐ฌ ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ก๐š๐ง๐ฒ๐š ๐ฉ๐ž๐ง๐ ๐š๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ง ๐›๐จ๐ฅ๐ž๐ก ๐ฌ๐ž๐ฅ๐ž๐ฌ๐š๐ข๐ค๐š๐ง.

Sesiapa pun boleh urus program pembangunan dan kebajikan rakyat. Itu kerja yang kita boleh buat bersama.

Tetapi untuk memikul tuntutan hak Sabah, berunding dengan pemimpin nasional, dan memastikan suara rumpun kecil seperti Iranun, Tabilung dan Bajau didengari di peringkat pusat
itu memerlukan pengalaman yang tidak boleh dibeli dalam masa singkat.

3.๐๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ง๐๐ข๐ง๐  ๐›๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฆ๐ž๐ง๐š๐ง๐  ๐ค๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ๐ข, ๐ญ๐ž๐ญ๐š๐ฉ๐ข ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฆ๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ฅ๐ž๐ฌ๐š๐ข๐ค๐š๐ง ๐ฆ๐š๐ฌ๐š๐ฅ๐š๐ก ๐ซ๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ.

Saya tidak datang untuk bertanding sahaja.
Saya mahu menyelesaikan sekurang-kurangnya lebih 50% masalah rakyat walaupun tidak 100%.

Sebab itu saya meletakkan "๐Ÿ“ ๐€๐ค๐ฎ ๐‰๐š๐ง๐ฃ๐ข"sebagai teras pentadbiran saya jika diberi peluang kelak.

4.๐ƒ๐”๐ ๐๐ข๐ง๐ญ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐ฐ๐ฎ๐ฃ๐ฎ๐ ๐ค๐ž๐ซ๐š๐ง๐š ๐ฌ๐š๐ญ๐ฎ ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฆ๐ข๐ง๐ญ๐š๐š๐ง ๐ฌ๐š๐ฒ๐š, ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ค๐ข๐ญ๐š ๐ฌ๐ž๐ฆ๐ฎ๐š.

Ramai tidak tahu, tetapi pada 9 Mac 2016, saya telah diberi penghargaan merasmikan bangunan baharu SPR atas jasa saya kepada negara.

Ketika itu saya memohon supaya DUN Pintasan diwujudkan, agar:

- rumpun kecil Iranun dan Tabilung dapat dikumpulkan,

- suara kita lebih kuat di dalam Dewan Undangan Negeri

- hak-hak kita terjamin.

Saya memohon kepada rakyat Pintasan. Berilah saya peluang menzahirkan impian itu.

Jika saya diberi mandat, saya akan keluarkan ๐Œ๐š๐ง๐ข๐Ÿ๐ž๐ฌ๐ญ๐จ ๐๐ž๐ซ๐ข๐›๐š๐๐ข satu panduan jelas apa yang akan saya lakukan untuk Pintasan.

5.๐“๐ฎ๐๐ฎ๐ก๐š๐ง, ๐ค๐š๐ญ๐š-๐ค๐š๐ญ๐š ๐ฉ๐š๐ก๐ข๐ญ, ๐๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ง๐ข๐ฅ๐š๐ข๐š๐ง ๐ญ๐ž๐ซ๐ก๐š๐๐š๐ฉ ๐๐ข๐ซ๐ข ๐ฌ๐š๐ฒ๐š, ๐ฌ๐š๐ฒ๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ ๐ฌ๐ž๐ฆ๐ฎ๐š๐ง๐ฒ๐š.

Selama 40 tahun saya dalam politik, saya dituduh macam-macam:

- tidak pernah buat legasi,

- tidak pernah bantu masyarakat Iranun,

- mencantas, tamak, penipu, sombong, pentingkan diri sendiri,

- kuat mengungkit, tidak peduli rakyat, dan banyak lagi.

Saya tidak marah.
Saya tidak menyalahkan sesiapa.

Sebaliknya, saya mohon maaf jika ada kekurangan dan kesilapan saya selama ini.

Saya manusia. Tidak sempurna.Tetapi saya mahu memperbaikinya.

Saya merayu,
ingatkan saya, bimbing saya, dan mari kita perbaiki semua ini bersama-sama apabila kita mendapat kuasa kelak.

6.๐”๐ฌ๐ข๐š ๐ฌ๐š๐ฒ๐š ๐Ÿ•๐ŸŽ ๐ญ๐š๐ก๐ฎ๐ง, ๐ข๐ง๐ข ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ ๐ค๐ข๐ง ๐ฉ๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ง๐  ๐ญ๐ž๐ซ๐š๐ค๐ก๐ข๐ซ ๐ฌ๐š๐ฒ๐š ๐ฆ๐ž๐ง๐ฎ๐ง๐š๐ข๐ค๐š๐ง ๐ฃ๐š๐ง๐ฃ๐ข ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐›๐ž๐ฅ๐ฎ๐ฆ ๐ญ๐ž๐ซ๐ญ๐ฎ๐ง๐š๐ข.

Saya tidak tahu sama ada saya sempat bertanding lagi selepas ini.

Tetapi saya tahu. Niat saya belum selesai. Amanah saya belum dilunaskan. Hati saya masih ingin berbakti.

Jika saya tiada nanti,
bertandinglah ramai-ramai anak Iranun, Tabilung dan Bajau untuk memimpin kawasan ini. Saya tidak pernah halang.

Tetapi izinkan saya menutup perjuangan hidup saya di tanah yang saya perjuangkan sendiri untuk diwujudkan sebagai sebuah DUN.

Kerana setelah saya tiada, biarlah ada sesuatu yang rakyat boleh ingat:

"๐˜ฟ๐™ž๐™– ๐™ฅ๐™š๐™ง๐™ฃ๐™–๐™ ๐™˜๐™ช๐™—๐™–, ๐™™๐™ž๐™– ๐™ฅ๐™š๐™ง๐™ฃ๐™–๐™ ๐™—๐™š๐™ง๐™Ÿ๐™ช๐™–๐™ฃ๐™œ, ๐™™๐™ž๐™– ๐™ฉ๐™ž๐™™๐™–๐™  ๐™จ๐™š๐™ข๐™ฅ๐™ช๐™ง๐™ฃ๐™– ๐™ฉ๐™š๐™ฉ๐™–๐™ฅ๐™ž ๐™™๐™ž๐™– ๐™ฉ๐™ž๐™™๐™–๐™  ๐™ฅ๐™š๐™ง๐™ฃ๐™–๐™ ๐™—๐™š๐™ง๐™๐™š๐™ฃ๐™ฉ๐™ž ๐™ช๐™ฃ๐™ฉ๐™ช๐™  ๐™ ๐™–๐™ช๐™ข๐™ฃ๐™ฎ๐™–."

Akhir kata, ๐ƒ๐€๐‘๐ˆ ๐‡๐€๐“๐ˆ ๐’๐„๐Ž๐‘๐€๐๐† ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐“๐”๐€ ๐˜๐€๐๐† ๐Œ๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐€๐ƒ๐€ ๐’๐„๐Œ๐€๐๐†๐€๐“ ๐Œ๐”๐ƒ๐€

Saya datang merayu.
Bukan kerana saya lemah. Tetapi kerana saya sayang kawasan ini.

Saya sudah 70 tahun, tetapi:

- fikiran saya masih tajam,

- semangat saya tidak pernah padam,

- pengalaman saya adalah aset terbesar untuk masa depan Pintasan yang akan ditinggalkan

Pada 29 November 2025,
saya mohon satu peluang, peluang terakhir, daripada rakyat yang saya anggap keluarga saya sendiri.

Berilah saya mandat.
Agar saya dapat menyiapkan amanah yang tertangguh selama ini.

Semoga Allah memberkati perjuangan kita.

Ikhlas - Pandikar Amin Mulia

Address

Banggi
Kudat
89050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when USNO N1 Banggi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to USNO N1 Banggi:

Share