Firman Allah, فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنْحَرْ yang bermaksud "Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu, dan laksanakan qurban (sebagai ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah)". QurbanTaqwa sentiasa berusaha untuk memberi peluang kepada umat Islam dalam menyempurnakan niat mereka bagi melaksanakan ibadah qurban dan aqiqah yang dituntut seperti yang ditetapkan dalam agama Islam. QurbanTaqwa ditubuhkan pad
a 1 Januari 2021 dan sentiasa menerapkan nilai-nilai keislaman yang sememangnya menjadi panduan dalam segala urusan kehidupan terutama sekali jika melibatkan kesempurnaan ibadah qurban dan aqiqah tanpa mementingkan keuntungan semata-mata. Pakej pelaksanaan ibadah qurban dan aqiqah di syarikat kami terdiri daripada pakej dalam dan luar negara. Kami mensasarkan negara-negara di Asia Tenggara seperti Indonesia dan Kemboja serta Timur Tengah seperti Syria dan Palestin untuk proses pengagihan daging qurban setelah disembelih kepada golongan asnaf dan fakir miskin yang memerlukan. Justeru, haiwan sembelihan di QurbanTaqwa telah menjalani saringan pemeriksaan yang ketat dan terperinci dari segi kesihatan dan kesempurnaan. Setiap peserta ibadah qurban dan aqiqah akan menerima sijil digital (E-cert) dan gambar-gambar pelaksanaan ibadah qurban dan aqiqah setelah pelaksanaannya selesai.