Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Johor

Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Johor ๐Ÿ”— PUSAT LATIHAN KENEGARAAN GUNUNG PULAI, JLN KEM BINA NEGARA, KG SRI GUNUNG PULAI, 81000 KULAI, JOHOR

Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Johor, Pejabat Perdana Menteri

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐๐จ๐œ๐ค๐ž๐ญ ๐“๐š๐ฅ๐ค ๐ƒ๐š๐ซ๐ข ๐ƒ๐š๐ฌ๐š๐ซ ๐Š๐ž ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ, ๐€๐ง๐ฃ๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐‡๐ฎ๐ฆ๐š๐ง ๐‘๐ž๐ฌ๐จ๐ฎ๐ซ๐œ๐ž ๐ƒ๐ž๐ฏ๐ž๐ฅ๐จ๐ฉ๐ฆ๐ž๐ง๐ญ ๐‚๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง๐Ÿ๐Ÿ’ ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐’๐š๐›๐ญ๐ฎ | ๐Œ๐ฎ๐š๐ซHuman ...
14/06/2026

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐๐จ๐œ๐ค๐ž๐ญ ๐“๐š๐ฅ๐ค ๐ƒ๐š๐ซ๐ข ๐ƒ๐š๐ฌ๐š๐ซ ๐Š๐ž ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ, ๐€๐ง๐ฃ๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐‡๐ฎ๐ฆ๐š๐ง ๐‘๐ž๐ฌ๐จ๐ฎ๐ซ๐œ๐ž ๐ƒ๐ž๐ฏ๐ž๐ฅ๐จ๐ฉ๐ฆ๐ž๐ง๐ญ ๐‚๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง

๐Ÿ๐Ÿ’ ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐’๐š๐›๐ญ๐ฎ | ๐Œ๐ฎ๐š๐ซ

Human Resource Development Corporation dengan kerjasama Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Johor telah menganjurkan Pocket Talk Dari Dasar Ke Rakyat, yang melibatkan 500 orang penyertaan golongan komuniti sekitar kawasan Pagoh dan Muar.

Program ini bertujuan untuk memperkukuh kefahaman komuniti terhadap konsep kenegaraan, menyemai semangat patriotisme serta membentuk jati diri dan kepimpinan berteraskan nilai-nilai Malaysia MADANI dalam kalangan masyarakat.

Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Johor dijemput hadir bagi mengisi slot Interaktif Kenegaraan yang disampaikan oleh YBrs. Encik Mohd Zuraimy bin Yaakob, Penolong Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Johor.

Diharapkan penganjuran program seumpama ini dapat terus memperkasakan kefahaman kenegaraan di peringkat komuniti, memupuk semangat cintakan negara serta melahirkan masyarakat yang berilmu, berintegriti dan berdaya saing demi kemajuan dan kesejahteraan Malaysia.






๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ ๐๐„๐๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐€๐๐”๐†๐„๐‘๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐‚๐„๐Œ๐„๐‘๐‹๐€๐๐†Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para penerima Anugerah Perkhidm...
14/06/2026

๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ ๐๐„๐๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐€๐๐”๐†๐„๐‘๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐‚๐„๐Œ๐„๐‘๐‹๐€๐๐†

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang atas pencapaian yang membanggakan hasil daripada komitmen, dedikasi dan kecemerlangan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang diberikan.

Semoga pengiktirafan yang diterima menjadi pemangkin untuk terus mengekalkan prestasi cemerlang, meningkatkan mutu perkhidmatan serta menjadi inspirasi kepada seluruh warga kerja dalam membudayakan kecemerlangan.

Tahniah dan syabas atas kejayaan yang diraih!๐Ÿ’ช๐Ÿป

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐‡๐€๐’ ๐€๐Š๐” ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€: ๐’๐„๐Œ๐ˆ๐๐€๐‘ ๐Š๐„๐๐„๐†๐€๐‘๐€๐€๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ (๐’๐Š๐Œ๐Œ)๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐๐„๐‘๐“๐”๐๐”๐‡๐€๐ ๐€๐Œ๐€๐‹ ...
13/06/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐‡๐€๐’ ๐€๐Š๐” ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€: ๐’๐„๐Œ๐ˆ๐๐€๐‘ ๐Š๐„๐๐„๐†๐€๐‘๐€๐€๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ (๐’๐Š๐Œ๐Œ)
๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘
๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐๐„๐‘๐“๐”๐๐”๐‡๐€๐ ๐€๐Œ๐€๐‹ ๐ˆ๐’๐“๐„๐‘๐ˆ-๐ˆ๐’๐“๐„๐‘๐ˆ ๐‡๐€๐‘๐€๐๐€๐ (๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€)

๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐’๐š๐›๐ญ๐ฎ | ๐ƒ๐ž๐ฐ๐š๐ง ๐‚๐š๐ก๐š๐ฒ๐š ๐“๐๐ ๐Š๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ฌ, ๐‰๐จ๐ก๐จ๐ซ ๐๐š๐ก๐ซ๐ฎ

Pertubuhan Amal Isteri-Isteri Harapan (Kasih Malaysia) dengan kerjasama Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Johor telah melaksanakan Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI (SKMM) peringkat Negeri Johor bertempat di Dewan Cahaya TNB Kempas, Johor Bahru yang disertai seramai 500 orang peserta daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Program ini bertujuan memperkukuh pemahaman kenegaraan, memperkasakan institusi keluarga serta menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan peserta ke arah pembentukan masyarakat yang sejahtera dan harmoni.

Pengisian program dimulakan dengan Sesi Interaktif Kenegaraan bertajuk โ€œKeluarga MADANI: Membina Peradaban Dari Rumahโ€ yang disampaikan oleh Encik Mohd Zuraimy bin Yaakob, Penolong Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Johor. Program diteruskan dengan sesi interaktif bertajuk โ€œKeseimbangan Peranan, Nilai dan Aspirasi Wanita Dalam Membentuk Keluarga MADANIโ€ oleh Puan Hajah Mahanom Basri, diikuti forum โ€œDari Rumah ke Negara: Membina Peradaban MADANIโ€ yang menampilkan barisan panel jemputan daripada pelbagai latar belakang profesional.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YABhg. Datoโ€™ Seri Dr. Wan Azizah binti Datoโ€™ Dr. Wan Ismail, Penaung Pertubuhan Amal Isteri-Isteri Harapan (Kasih Malaysia).

Turut hadir YBrs. Puan Hajah Nordiran Idris, Pengerusi Pertubuhan SALWA Malaysia bersama para peserta dan jemputan yang hadir memeriahkan program.

Semoga penganjuran seminar ini dapat meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan institusi keluarga sebagai asas pembentukan masyarakat yang berilmu, berakhlak dan berjiwa patriotik.






๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐‡๐€๐’ ๐€๐Š๐” ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€: ๐’๐„๐Œ๐ˆ๐๐€๐‘ ๐Š๐„๐๐„๐†๐€๐‘๐€๐€๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‹๐ˆ๐€ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Œ๐”๐€๐‘๐Ÿ๐Ÿ ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐‰๐ฎ๐ฆ๐š๐š๐ญ | ๐๐š๐ ๐จ๐กA...
13/06/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐‡๐€๐’ ๐€๐Š๐” ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€: ๐’๐„๐Œ๐ˆ๐๐€๐‘ ๐Š๐„๐๐„๐†๐€๐‘๐€๐€๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ
๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‹๐ˆ๐€ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Œ๐”๐€๐‘

๐Ÿ๐Ÿ ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐‰๐ฎ๐ฆ๐š๐š๐ญ | ๐๐š๐ ๐จ๐ก

Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Johor dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Muar telah menjayakan Program Khas Aku Kasih Malaysia: Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI yang melibatkan penyertaan golongan belia dan mahasiswa sekitar daerah Muar.

Program ini bertujuan untuk memperkukuh kefahaman mengenai konsep kenegaraan, menyemai semangat patriotisme serta membentuk jati diri dan kepimpinan berteraskan nilai-nilai Malaysia MADANI dalam kalangan peserta.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Sufian bin Abu Hasan, Penolong Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Johor. Turut hadir memeriahkan program ialah YBhg. Prof. Ts. Dr. Abdul Mutalib bin Leman, Menjalankan Fungsi Provost UTHM Kampus Cawangan Pagoh; YBrs. Tuan Mohammad Hafiz bin Tumin, Yang Di-Pertua Majlis Belia Daerah Muar; YBrs. Encik Aravindan a/l Ganesan, Naib Presiden Malaysian Indian Youth Council; YBrs. Puan Lim Ching Yi, Local President Johor Chamber International; YBrs. Encik Zahran Zaki bin Sahat@Ismail, Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Negeri Johor; serta YBrs. Encik Nurhakim bin Jais, Penolong Setiausaha Kehormat Majlis Belia Daerah Muar.

Diharapkan penganjuran program seperti ini dapat terus memperkasakan kefahaman kenegaraan, memupuk semangat cintakan negara serta melahirkan generasi belia yang berilmu, berintegriti dan berdaya saing demi kemajuan Malaysia.






12/06/2026

Berikut merupakan tarikh-tarikh penting bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk makluman dan rujukan orang ramai.

Selain mengambil maklum tarikh-tarikh penting pilihan raya, orang ramai juga digalakkan menyemak maklumat daftar pemilih masing-masing bagi mengetahui kawasan DUN dan pusat mengundi yang berdaftar serta mendapatkan maklumat terkini berkaitan proses pilihan raya.







๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐‡๐€๐’ ๐€๐Š๐” ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€: ๐’๐„๐Œ๐ˆ๐๐€๐‘ ๐Š๐„๐๐„๐†๐€๐‘๐€๐€๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ (๐’๐Š๐Œ๐Œ)๐ˆ๐๐” ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐’ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Œ๐„๐‘๐’๐ˆ๐๐†๐Ÿ๐Ÿ ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ...
11/06/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐‡๐€๐’ ๐€๐Š๐” ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€: ๐’๐„๐Œ๐ˆ๐๐€๐‘ ๐Š๐„๐๐„๐†๐€๐‘๐€๐€๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ (๐’๐Š๐Œ๐Œ)
๐ˆ๐๐” ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐’ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Œ๐„๐‘๐’๐ˆ๐๐†

๐Ÿ๐Ÿ ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐Š๐ก๐š๐ฆ๐ข๐ฌ | ๐ƒ๐ž๐ฐ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฎ๐ฆ๐š๐ก๐š๐ง ๐ˆ๐๐ƒ ๐Œ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ง๐ 

Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Johor dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing telah melaksanakan Program Khas Aku Kasih Malaysia: Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI (SKMM) bertempat di Dewan Perumahan IPD Mersing.

Program ini telah disertai seramai 100 orang pegawai polis dan bertujuan memperkukuh pemahaman serta penghayatan terhadap elemen kenegaraan, jati diri dan semangat cintakan negara dalam kalangan peserta.

Program dimulakan dengan Sesi Pengenalan Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) yang disampaikan oleh Encik Mohd Nor Ridzuan bin Yunos, Pegawai AKM. Seterusnya, Slot Interaktif Kenegaraan telah disampaikan oleh Encik Mohd Zuraimy bin Yaakob, Penolong Pengarah AKM Negeri Johor, yang memberi penekanan kepada aspek kenegaraan, perpaduan dan tanggungjawab sebagai rakyat.

Turut hadir Yang Dihormati Asisten Superintendan Polis Mohd Mokhtar bin Mohd Nor, Ketua Bahagian Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing serta Encik Mohd Zuraimy bin Yaakob, Penolong Pengarah AKM Negeri Johor.

Semoga program ini dapat memberi manfaat dalam memperkukuh semangat patriotisme, jati diri dan kecintaan kepada negara.






๐’๐„๐Œ๐ˆ๐๐€๐‘ ๐€๐Š๐” ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐๐‘๐€ ๐”๐๐ˆ๐•๐„๐‘๐’๐ˆ๐“๐ˆ ๐’๐Œ๐Š ๐…๐„๐‹๐ƒ๐€ ๐“๐„๐๐†๐†๐€๐‘๐Ž๐‡๐Ÿ๐ŸŽ ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐‘๐š๐›๐ฎ | ๐Œ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ง๐ Berlangsung di dewan SMK Felda ...
10/06/2026

๐’๐„๐Œ๐ˆ๐๐€๐‘ ๐€๐Š๐” ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐๐‘๐€ ๐”๐๐ˆ๐•๐„๐‘๐’๐ˆ๐“๐ˆ ๐’๐Œ๐Š ๐…๐„๐‹๐ƒ๐€ ๐“๐„๐๐†๐†๐€๐‘๐Ž๐‡

๐Ÿ๐ŸŽ ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐‘๐š๐›๐ฎ | ๐Œ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ง๐ 

Berlangsung di dewan SMK Felda Tenggaroh, pelajar-pelajar telah menghadiri Seminar Aku Kasih Malaysia Pra Universiti SMK Felda Tenggaroh dengan kerjasama Akademi Kenegaraan Malaysia Pejabat Perdana Menteri Negeri Johor.

Objektif seminar ini adalah bertujuan untuk menyebarluaskan kefahaman mengenai kenegaraan serta membentuk semangat patriotisme dan sifat kepimpinan dalam diri.

Sesi Pengenalan AKM dan Interaktif Kenegaraan disampaikan oleh pegawai dari AKM Negeri Johor iaitu Puan Anis Nur Athira binti Abdullah dan Encik Mohd Nor Ridzuan bin Yunos. Sesi Faham Kenegaraan p**a disampaikan oleh Dr Suhaimi bin Ismail, Sahabat Penggerak MADANI AKM Negeri Johor merangkap mantan PPD Batu Pahat. Turut hadir, Puan Noerwaty binti Ghazali, selaku penyeleras pelajar Tingkatan 6 SMK Felda Tenggaroh.

Diharapkan agar program ini dapat menyuntik semangat cinta akan negara serta membentuk sahsiah yang terpuji dalam kalangan pelajar.






๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐‡๐€๐’ ๐€๐Š๐” ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ : ๐’๐„๐Œ๐ˆ๐๐€๐‘ ๐Š๐„๐๐„๐†๐€๐‘๐€๐€๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐๐„๐‘๐’๐€๐“๐”๐€๐ ๐•๐„๐“๐„๐‘๐€๐ ๐€๐“๐Œ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘๐Ÿ• ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐€๐ก๐š๐ | ๐๐š๐ฌ๐ข...
07/06/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐‡๐€๐’ ๐€๐Š๐” ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ : ๐’๐„๐Œ๐ˆ๐๐€๐‘ ๐Š๐„๐๐„๐†๐€๐‘๐€๐€๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐๐„๐‘๐’๐€๐“๐”๐€๐ ๐•๐„๐“๐„๐‘๐€๐ ๐€๐“๐Œ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘

๐Ÿ• ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐€๐ก๐š๐ | ๐๐š๐ฌ๐ข๐ซ ๐†๐ฎ๐๐š๐ง๐ 

Program ini menghimpunkan barisan kepimpinan serta ahli-ahli Persatuan Veteran ATM Johor dalam usaha memperkukuh semangat patriotisme, jati diri dan penghayatan terhadap aspirasi Malaysia MADANI.

Program dimulakan dengan sesi taklimat pengenalan Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) serta sesi Interaktif Kenegaraan yang telah disampaikan oleh Encik Mohd Zuraimy bin Yaakob, Penolong Pengarah AKM Negeri Johor. Sesi ini memberi pendedahan mengenai kepentingan penghayatan kenegaraan, perpaduan serta peranan rakyat dalam mendukung agenda Malaysia MADANI demi kesejahteraan dan kemakmuran negara.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran barisan kepimpinan Persatuan Veteran ATM Johor yang diketuai oleh Encik Zaidi bin Zakaria selaku Ketua Cawangan Pasir Gudang serta barisan Ketua Cawangan seluruh daerah Persatuan Veteran ATM Johor.

Semoga segala ilmu dan pengisian yang diperoleh melalui seminar ini dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian serta menjadi pemangkin kepada pengukuhan semangat patriotisme, perpaduan dan jati diri dalam kalangan veteran ATM ke arah merealisasikan aspirasi Malaysia MADANI.






๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐Š๐„๐๐„๐†๐€๐‘๐€๐€๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐Œ๐€๐‡๐€๐’๐ˆ๐’๐–๐€ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ ๐™๐Ž๐ ๐’๐„๐‹๐€๐“๐€๐ ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ”๐Ÿ“ โ€“ ๐Ÿ• ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐‰๐ฎ๐ฆ๐š๐š๐ญ โ€“ ๐€๐ก๐š๐ | ๐๐‹๐Š ๐†๐ฎ๐ง๐ฎ๐ง๐  ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ขAk...
07/06/2026

๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐Š๐„๐๐„๐†๐€๐‘๐€๐€๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐Œ๐€๐‡๐€๐’๐ˆ๐’๐–๐€ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ ๐™๐Ž๐ ๐’๐„๐‹๐€๐“๐€๐ ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ”

๐Ÿ“ โ€“ ๐Ÿ• ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐‰๐ฎ๐ฆ๐š๐š๐ญ โ€“ ๐€๐ก๐š๐ | ๐๐‹๐Š ๐†๐ฎ๐ง๐ฎ๐ง๐  ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ข

Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri Negeri Johor telah melaksanakan Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI: Mahasiswa Negara Zon Selatan Siri 3 pada 5 hingga 7 Mei 2026 bertempat di PLK Gunung Pulai. Kursus ini telah disertai oleh peserta dalam kalangan mahasiswa Zon Selatan daripada Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Program ini turut diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Prof. Ts. Dr. Abdul Rasid bin Abdul Razzaq, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UTHM; Yang Berusaha Encik Ahmad Shah bin A.Rahim, Timbalan Pendaftar, Pejabat Hal Ehwal Pelajar, UTHM.

Turut hadir Encik Mohd Sufian bin Abu Hassan, Penolong Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Johor merangkap penyelaras program bersama barisan pegawai dan urusetia dalam menjayakan kursus ini.

Sepanjang program berlangsung, para peserta didedahkan dengan pelbagai pengisian berkaitan kenegaraan, kepimpinan dan pembinaan jati diri bagi memperkukuh semangat patriotisme serta melahirkan individu yang berwawasan dan berdaya saing.

Semoga program ini dapat melahirkan masyarakat yang lebih cakna, berilmu dan berintegriti, seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.






Address

Kulai
81000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6076996679

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Johor:

Share