29/05/2026
โMAJLIS IBADAH QURBAN PERINGKAT IBU PEJABAT POLIS DAERAH KULAI TAHUN 1447H/2026Mโ
Menjunjung Kasih Tuanku.
Merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih atas limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah; Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor; serta seluruh Keluarga DiRaja Johor diatas kurniaan lembu qurban sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M, yang telah disampaikan melalui YAB Menteri Besar Johor.
Kurniaan yang amat bermakna ini bukan sahaja menyemarakkan syiar Islam dan semangat ibadah korban, malah turut memperkukuhkan nilai perpaduan, kasih sayang serta keprihatinan terhadap rakyat. Sesungguhnya, sumbangan ini amat dihargai dan menjadi lambang kasih Tuanku kepada rakyat jelata.
Patik sekalian mendoakan agar DYMM Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan, umur yang panjang, serta terus berada dalam lindungan, rahmat dan keberkatan Allah SWT.
Daulat Tuanku.
************
Majlis Ibadah Qurban peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai telah dilaksanakan pada 29 Mei 2026 dan telah disempurnakan oleh YDH ACP TAN SENG LEE, Ketua Polis Daerah Kulai bertempat di Perkarangan Dewan Bunga Raya, IPD Kulai. Daging qurban turut diagihkan kepada petugas-petugas, pegawai, anggota dan pegawai awam IPD Kulai. Tujuan utama program ini diadakan adalah bagi melaksanakan ibadah qurban sempena sambutan Hari Raya AidilAdha serta mengeratkan lagi sifat kerjasama, sifat kekeluargaan di antara warga Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai.
Turut hadir sama adalah YBhg. Puan Jenny Lim Soo Chen, Pengerusi PERKEP Daerah Kulai, Ketua-ketua Bahagian, Pegawai Kanan, Anggota IPD Kulai serta Ahli Kariah Surau Al-Amin IPD Kulai.