Ahli Majlis MPKu - Rasmi

Ahli Majlis MPKu - Rasmi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Ahli Majlis MPKu - Rasmi, Government Organization, Taman Kulai Besar, 81000, Kulai.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YB Dato' Haji Mohd Jafni bin Md. Shukor atas pelantikan sebagai Pengerusi Jawat...
18/07/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YB Dato' Haji Mohd Jafni bin Md. Shukor atas pelantikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor.

Seluruh warga Ahli Majlis MPKu merakamkan ucapan tahniah dan mendoakan agar YB Dato' terus dikurniakan kekuatan, kebijaksanaan serta iltizam yang tinggi dalam memikul amanah demi kemajuan Negeri Johor dan kesejahteraan rakyat.

Semoga kepimpinan yang berteraskan integriti, keprihatinan dan semangat berkhidmat akan terus membawa manfaat kepada masyarakat serta menyumbang kepada pembangunan Johor yang lebih maju, sejahtera dan makmur.

Ikhlas daripada Warga Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kulai.

Tahniah dan Selamat Menjalankan Amanah. ❤️💙

LAPORAN PROGRAM PENGINDAHAN REKREASI BERSIH, SIHAT DAN SELAMAT ZON BANDAR PUTRA  TAHUN 2026 DI KAWASAN LAPANG TAMAN PERM...
20/05/2026

LAPORAN PROGRAM PENGINDAHAN REKREASI BERSIH, SIHAT DAN SELAMAT ZON BANDAR PUTRA TAHUN 2026 DI KAWASAN LAPANG TAMAN PERMAINAN JALAN MERBAU 4 BANDAR PUTRA

Pengenalan

Program ini merupakan usaha bersama Majlis Perbandaran Kulai (MPKu), agensi berkaitan dan komuniti setempat bagi memastikan kawasan rekreasi awam sentiasa bersih, ceria dan selamat. Ia menjadi wadah untuk memupuk semangat gotong-royong, meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar serta menggalakkan gaya hidup sihat.

Objektif

1.Memelihara kebersihan dan keselamatan taman rekreasi melalui aktiviti pembersihan dan penyelenggaraan.
2.Meningkatkan keceriaan kawasan awam dengan mengecat semula alatan permainan dan membaik pulih kemudahan rosak.
3.Menggalakkan penglibatan komuniti dalam usaha bersama menjaga persekitaran.
4.Memupuk budaya hidup sihat melalui aktiviti fizikal yang bermanfaat.
5.Mengukuhkan kerjasama antara jabatan MPKu, agensi berkaitan dan penduduk setempat.

Butiran Program
Tarikh: 4 Mei 2026 (Isnin)
Lokasi: Taman Rekreasi Jalan Merbau 4, Bandar Putra
Masa: 8.30 pagi - 10.00 pagi

Aktiviti Dilaksanakan

1. Pembersihan dan plogging kawasan taman rekreasi
2. Cantasan pokok, penebangan dan pembersihan semak samun serta kebun haram
3. Mengecat alatan permainan untuk keceriaan taman
4. Pemasangan tali amaran keselamatan & membaik pulih alatan permainan rosak

Jabatan Terlibat

Jabatan Kesihatan Awam MPKu
Jabatan Kejuruteraan MPKu
Jabatan Kewangan MPKu
Bahagian Landskap MPKu
Jabatan Penguatkuasaan MPKu
Ahli Majlis Zon Bandar Putra
SWCORP & SWM
Penduduk Jalan Merbau, Bandar Putra

Pencapaian Program

Jumlah Penglibatan: 60 peserta
Jumlah Sisa Buangan: 36,000 kg (6 Lori RORO)

Kesan Positif
1.Taman rekreasi lebih bersih, ceria dan selamat digunakan.
2.Kesedaran komuniti terhadap kebersihan dan keselamatan meningkat.
3.Kerjasama antara jabatan dan penduduk terbukti berkesan dalam menjayakan program.

Penghargaan

Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada semua jabatan, agensi, petugas dan penduduk yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha bersama ini menjadi contoh teladan kepada masyarakat dalam memelihara persekitaran yang bersih, sihat dan selamat serta mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Disediakan oleh
Hj Mohd Yazit Bin Mohd Khail
Ahli Majlis Zon Bandar Putra

TAMAN PERMAINAN JALAN CENDERAWASIH 5 KINI LEBIH BERSIH, CERIA & SELAMAT! ​Alhamdulillah, selesai satu lagi program goton...
20/05/2026

TAMAN PERMAINAN JALAN CENDERAWASIH 5 KINI LEBIH BERSIH, CERIA & SELAMAT!

​Alhamdulillah, selesai satu lagi program gotong-royong dan pembersihan! Kali ini, tumpuan diberikan kepada Taman Permainan Jalan Cenderawasih 5, Bandar Putra—yang juga merupakan lokasi ke-4 bagi siri program keceriaan di zon ini.

​Program ini dijayakan bersama oleh Ahli Majlis Zon Bandar Putra, Ketua Jabatan Landskap MPKu serta pasukan, dan dibantu oleh penduduk sekitar yang prihatin.

​Antara fokus utama kerja-kerja yang dijalankan:
✅ Pembersihan Kebun Haram: Mengosongkan kawasan tanaman dan struktur yang dibina tanpa kebenaran bagi mengembalikan fungsi asal taman rekreasi.
✅ Penyelenggaraan Alatan: Membersih, membaik pulih, dan mengecat semula alat permainan kanak-kanak demi keselamatan anak-anak kita.
✅ Wajah Baru Gazebo: Kerja-kerja baik pulih dan mengecat semula gazebo untuk keselesaan penduduk beriadah.

​Kenapa tindakan ini penting?
Keselamatan anak-anak dan keselesaan komuniti adalah keutamaan kami. Setiap tindakan pembersihan ini juga dilaksanakan berlandaskan undang-undang yang sah, termasuk Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan Undang-Undang Kecil Taman Awam MPKu. Kawasan rekreasi adalah hak milik bersama, maka pematuhan peraturan adalah penting bagi mengelakkan gangguan ruang awam.

​Mungkin ada sedikit gangguan atau rasa kurang selesa sepanjang proses transisi ini, namun impak jangka panjangnya adalah untuk memastikan persekitaran yang lebih sihat, selamat, dan harmoni buat semua keluarga di Bandar Putra.

​Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat, khususnya pasukan MPKu dan warga komuniti yang sentiasa menyokong usaha ini. Ayuh sama-sama kita jaga kemudahan awam kita! 💪 Padang bersih, komuniti ceria.

Selepas lebih setahun permohonan dan usaha berterusan, kerja pembersihan taman awam di Jalan Teratai 36/35 Indahpura akh...
20/05/2026

Selepas lebih setahun permohonan dan usaha berterusan, kerja pembersihan taman awam di Jalan Teratai 36/35 Indahpura akhirnya berjaya dilaksanakan secara berperingkat sehingga selesai hari ini.

Terima kasih kepada MPKu dan kira-kira 60 kakitangan yang turun padang menjalankan kerja pembersihan, penebangan pokok, pembuangan kebun haram serta baik pulih taman permainan demi keselesaan dan keselamatan penduduk.

Langkah ini bukan sahaja mencantikkan kawasan perumahan, malah meningkatkan kualiti hidup serta persekitaran komuniti yang lebih selamat dan kondusif. 🌳🏡 130526

WAJAH BARU TAMAN PERMAINAN JALAN DESA IDAMAN! ​Suasana ceria dan penuh produktif pagi Isnin lalu di Taman Permainan Zon ...
20/05/2026

WAJAH BARU TAMAN PERMAINAN JALAN DESA IDAMAN!

​Suasana ceria dan penuh produktif pagi Isnin lalu di Taman Permainan Zon Selatan E, Jalan Desa Idaman 2/15! Satu program kolaborasi mega "Pengindahan Rekreasi Bersih, Sihat dan Selamat 2026" telah digerakkan bagi memelihara kawasan riadah kita.

​Bukan sekadar kutip sampah, tetapi kawasan ini turut berwajah baru melalui kerja-kerja:
🛠️ Membaik pulih & mengecat fasiliti taman permainan.
🌳 Cantasan pokok-pokok bagi keselamatan pengunjung.
🧹 Pembersihan menyeluruh menggunakan peralatan khas dan jentera.

​Setinggi-tinggi penghargaan kepada hampir 100 orang petugas dan sukarelawan yang terlibat, termasuk komitmen padu daripada Jabatan-Jabatan Dalaman MPKu, SWCorp/SWM, Ahli Majlis & Penduduk Zon Seelong, serta rakan korporat daripada Beyonics.

​Kawasan rekreasi yang bersih mencerminkan komuniti yang sihat. Ayuh kita kekalkan kebersihan dan keselamatan taman perumahan kita!

Pihak KRT Taman Saga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih turun padang dan bersama-sama menjayakan Pr...
20/05/2026

Pihak KRT Taman Saga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih turun padang dan bersama-sama menjayakan Program Gotong-Royong KRT Taman Saga

kepada Ahli Majlis Kulai MPKu Zon 14, En. Din Bin Muhammad, serta kerjasama daripada pihak SWM/SWCorp yang membekalkan tong roro, TNB dan Ketua jabatan kesihatan MPKu Puan Yati yang hadir bersama memberi sokongan dan bantuan.

Komitmen dan semangat kerjasama amat kami hargai.
Semoga usaha ini diberkati dan Taman Saga terus bersih, selesa serta harmoni 🤝

OPERASI BERSEPADU PENGUATKUASAAN SAMPAH KECIL Tarikh : 13/05/2026 (RABU)Masa : 10.00 PAGI - 2.00 PETANG Lokasi :  1) TAM...
14/05/2026

OPERASI BERSEPADU PENGUATKUASAAN SAMPAH KECIL

Tarikh : 13/05/2026 (RABU)
Masa : 10.00 PAGI - 2.00 PETANG

Lokasi :
1) TAMAN DESA IDAMAN 81400 SENAI
2) TAMAN SCIENTEX SENAI 81400 SENAI

Anggota Bertugas :
SWCorp - 4
MPKu - 5

📝 2 NPK telah dikeluarkan dan Rakaman Percakapan OKS telah di ambil di lokasi kejadian.

Maklumat OKS 1 :
Warganegara : MALAYSIA
Bangsa : Cina
Umur : 64 TAHUN
Jenis Sampah Kecil : PUNTUNG ROKOK
Jantina : LELAKI
Pekerjaan : TIDAK BEKERJA
Masa Tangkapan :
10.52 AM
Lokasi Tangkapan : JALAN DESA IDAMAN 1/13, TAMAN DESA IDAMAN 81400 SENAI

Maklumat OKS 2 :
Warganegara : MALAYSIA
Bangsa : Melayu
Umur : 48 TAHUN
Jenis Sampah Kecil : PUNTUNG ROKOK
Jantina : LELAKI
Pekerjaan : PENYELIA KILANG
Alamat Tempat kerja :
ACTION ELASTIC SDN BHD NO 122, JALAN SINERGI 6. TAMAN PERINDUSTRIAN SINERGI 81400 SENAI
Masa Tangkapan :
11.18 PAGI
Lokasi Tangkapan : JALAN SCIENTEX JAYA 7 TAMAN SCIENTEX JAYA 81400 SENAI.

PEMANTAUAN KEBERSIHAN, OPERASI SAMPAH DAN PEMBUANGAN SAMPAH KECIL (ANTI-LITTER) TAMAN DESA IDAMANTarikh : 13 Mei 2026 (R...
13/05/2026

PEMANTAUAN KEBERSIHAN, OPERASI SAMPAH DAN PEMBUANGAN SAMPAH KECIL (ANTI-LITTER) TAMAN DESA IDAMAN

Tarikh : 13 Mei 2026 (Rabu)

Lokasi 1 :- Jalan Idaman 1/13
Kesalahan: Mencampakkan/ membuang puntung rokok ke dalam longkang terbuka

Lokasi 2 :- Jalan Scientex Jaya 7 , Taman Desa Idaman Senai
Kesalahan: Tangkapan kedua bagi kesalahan mencampakkan/ membuang puntung rokok merata - rata

07/04/2026
07/04/2026

Address

Taman Kulai Besar, 81000
Kulai
81000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ahli Majlis MPKu - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share