25/08/2026
25 OGOS 2026 (SELASA) | 12 RABI'ULAWAL 1448H
Masjid Al-Mubarak, Bandar Putra, Kulai
ππππππ ππππππππ ππππππππ πππππ πππππππππ ππππππ πππππ πππππ / πππππ
Alhamdulillah, Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kulai Tahun 1448H/2026M telah berlangsung dengan penuh meriah dan penuh penghayatan.
Majlis dimulakan dengan perarakan dan selawat beramai-ramai yang melibatkan semua tetamu kehormat serta kontinjen, bermula dari Dewan Raya Putra, Bandar Putra menuju ke Masjid Al-Mubarak sejauh 1.8 kilometer.
Perarakan ini turut disertai oleh Yang Berhormat Datoβ Hj Mohd Jafni bin Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor; Yang Berbahagia Tuan Haji Fizwan bin Datoβ Hj Mohd Rashidi, Pegawai Daerah Kulai; As Syeikh Tuan Haji Hamizan bin Sayuti, Kadi Daerah Kulai; Tuan Haji Muhammad Shahril Azizi bin Abd Gapar, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulai, ketua-ketua jabatan daerah, Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Johor Daerah Kulai serta penghulu-penghulu mukim.
Pada tahun ini, sebanyak 37 kontinjen yang terdiri daripada jabatan dan agensi kerajaan, pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sekolah serta komuniti setempat telah mengambil bahagian dalam perarakan.
Majlis turut diserikan dengan ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Kamarul Akmal bin Abdul Karim, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Johor.
Kemuncak majlis turut menyaksikan Yang Berhormat Datoβ Hj Mohd Jafni bin Md Shukor menyampaikan hadiah dan piala iringan kepada para pemenang kontinjen perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kulai Tahun 1448H/2026M.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua agensi kerajaan dan bukan kerajaan, Ahli Jawatankuasa Pengurusan Masjid, para sukarelawan, kontinjen serta semua pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis yang penuh bermakna ini.
Semoga sambutan Maulidur Rasul ini terus menyemarakkan rasa cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta memperkukuh ukhuwah dan perpaduan dalam kalangan masyarakat.
πΉ Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. πΉ
ππππ πππππ ππππππππ, πππππ πππππππππ