25/08/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ / ๐๐๐๐๐
๐
25 Ogos 2026
๐ Masjid Al-Mubarak, Bandar Putra, Kulai
Alhamdulillah, Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kulai telah turut serta dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kulai Tahun 1448H/2026M yang berlangsung dalam suasana penuh penghayatan, kesyukuran dan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Majlis dimulakan dengan perarakan dan selawat yang melibatkan tetamu kehormat serta kontinjen daripada Dewan Raya Putra, Bandar Putra menuju ke Masjid Al-Mubarak sejauh 1.8 kilometer.
Perarakan turut disertai oleh Yang Berhormat Datoโ Hj Mohd Jafni bin Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor; Yang Berbahagia Tuan Haji Fizwan bin Datoโ Hj Mohd Rashidi, Pegawai Daerah Kulai; As Syeikh Tuan Haji Hamizan bin Sayuti, Kadi Daerah Kulai; Tuan Haji Muhammad Shahril Azizi bin Abd Gapar, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulai, ketua-ketua jabatan, Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Johor Daerah Kulai serta penghulu-penghulu mukim.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga JKR Daerah Kulai yang telah meluangkan masa, memberikan komitmen serta bersama-sama menggalas tanggungjawab sebagai wakil kontinjen JKR Kulai dalam menjayakan perarakan pada tahun ini.
Terima kasih atas semangat, kerjasama dan kesungguhan yang diberikan. Kehadiran serta penyertaan warga kerja JKR Kulai amat dihargai dan menjadi cerminan semangat kekitaan yang sentiasa dipupuk dalam organisasi.
Semoga sambutan Maulidur Rasul ini terus menyemarakkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW serta memperkukuh semangat ukhuwah, kebersamaan dan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat.
SALAM MAULIDUR RASUL 1448H/2026M
๐จ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐บ๐๐๐๐ โ๐จ๐๐ ๐ด๐๐๐๐๐๐๐
๐พ๐ โ๐จ๐๐ ๐จ๐๐ ๐ด๐๐๐๐๐๐๐
๏ทบ
MAJU JOHOR DIHAYATI, UMMAH DIBERKATI