PAS Kawasan Kulai

  • Home
  • PAS Kawasan Kulai

PAS Kawasan Kulai Dasar PAS ialah ISLAM. Mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran yang berlaku dalam negara Malaysia yang kita cintai ini.

Syabas dan Tahniah kepada semua calon SPM 2025! Anda adalah kebanggaan kami.​Perjalanan menuntut ilmu tidak berakhir di ...
31/03/2026

Syabas dan Tahniah kepada semua calon SPM 2025! Anda adalah kebanggaan kami.

​Perjalanan menuntut ilmu tidak berakhir di sini. SPM adalah satu titik permulaan, bukan garisan penamat. Jadikan setiap cabaran sebagai batu loncatan untuk terus belajar dan meneroka ilmu-ilmu baru.

​Dunia ini luas dan penuh dengan peluang untuk diterokai. Teruslah berusaha dengan gigih dan jangan pernah jemu untuk mencari ilmu.

​Semoga anda semua terus berjaya di masa hadapan!

​Ikhlas daripada
PAS Kawasan Kulai

20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam.

Semoga Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, kegembiraan dan mengeratkan lagi silaturahim sesama kita.

Semoga segala amal ibadah kita diterima oleh Allah SWT.

Ikhlas daripada,
PAS Kawasan Kulai

20/03/2026

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1447H / 2026M

"Minal ‘Aidin wal-Fa’izin"

PAS Kawasan Kulai mendoakan agar Syawal kali ini membawa keberkahan, kegembiraan, dan keampunan buat kita semua. Mari raikan Aidilfitri dengan semangat perpaduan dan kasih sayang.
Maaf Zahir & Batin.

Daripada:
PAS Kawasan Kulai
Kembali Kepada Penyelesaian Islam

Sumbangan Kebajikan RamadanProgram kebajikan sempena Ramadan terus dilaksanakan oleh PAS Cawangan Kampung Sri Paya dan P...
14/03/2026

Sumbangan Kebajikan Ramadan

Program kebajikan sempena Ramadan terus dilaksanakan oleh PAS Cawangan Kampung Sri Paya dan PAS Cawangan Felda Bukit Permai bagi membantu golongan yang memerlukan di cawangan masing-masing.

Dalam program kali ini, seramai 5 keluarga bagi setiap cawangan telah menerima sumbangan berupa duit tunai serta barangan keperluan harian bagi meringankan beban perbelanjaan mereka sepanjang bulan Ramadan.

Bagi Cawangan Kampung Sri Paya, penyerahan sumbangan telah diwakili oleh Ketua Cawangan Sri Rahmat, Saudara Said Samad, manakala di Felda Bukit Permai program kebajikan ini diketuai oleh Haji Harris bersama ahli jawatankuasa cawangan.

Semoga sumbangan yang disampaikan ini dapat meringankan sedikit keperluan harian penerima, lebih-lebih lagi dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Tidak dilupakan, jutaan terima kasih kepada semua penyumbang yang terus menyokong usaha kebajikan ini. Semoga setiap sumbangan yang diberikan mendapat ganjaran pahala dan keberkatan daripada Allah SWT.

Penyerahan Mushaf Al-QuranLajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS Kawasan Kulai telah menyerahkan sebanyak 25 musha...
09/03/2026

Penyerahan Mushaf Al-Quran

Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS Kawasan Kulai telah menyerahkan sebanyak 25 mushaf Al-Quran kepada
Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) Tahfiz Al Hikmah di Kulai dalam satu majlis ringkas yang penuh barakah.

Penyerahan tersebut telah disampaikan oleh Ketua LKKS PAS Kawasan Kulai, Mat Yassim Mahmood, diiringi oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Kulai, Kamaludin Sairan, serta Ustaz Azlan Alias, Timbalan Pengerusi Tetap PAS Johor.

Sumbangan mushaf Al-Quran tersebut telah diterima oleh Mudir SMITI, Ustaz Ainuddin Abu Jamil bagi pihak sekolah.

Majlis ini berlangsung seusai Program Badar Qubra PAS Kulai yang diadakan pada Ahad yang lalu.

Semoga sumbangan mushaf Al-Quran ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak SMITI Tahfiz Al Hikmah dalam melahirkan generasi yang cintakan Al-Quran serta berakhlak mulia. 🌙📚


KULAI: PAS Kawasan Kulai telah menyerahkan manfaat khairat kematian atau manfaat SkimPAS kepada waris keluarga  Allahyar...
08/03/2026

KULAI: PAS Kawasan Kulai telah menyerahkan manfaat khairat kematian atau manfaat SkimPAS kepada waris keluarga Allahyarhamah Rohana Binti Ibrahim@Ghazali malam tadi.

Serahan replika cek mewakili nilai RM10,000 ini disampaikan Ustaz Azlan Alias, Timbalan Pengerusi Tetap Pas Johor kepada suami Allahyarhamah, Kamaludin sairan iaitu Yang Dipertua Pas kawasan Kulai semasa program Badar Qubra, di sini.

Menurut Perunding SkimPAS Kawasan (PSK), Mat yassim Mahmood yang juga Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Sosial PAS Kulai, Allahyarhamah Rohana meninggal dunia akibat sakit kanser.

Pihak SKIMPAS Pusat telah mengkreditkan amaun tersebut terus ke akaun waris yang mana arwah juga menginfakkan sebahagian manfaat diterima kepada PAS Pusat dan PAS Kawasan.

“SkimPAS telah diinisiatifkan oleh LKKSPP bagi tujuan menjaga kebajikan ahli selain terjamin patuh syariah yang menggunakan konsep Wakalah (sumbangan) dan Tabarru’ (derma)." Ujar saudara Mat yassim.

SkimPAS merupakan Skim Khairat Kematian dan Perlindungan Kemalangan di bawah seliaan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat dipimpin oleh Dr Rosni Adam dengan caruman serendah RM55 setahun.

Untuk mencarum skimpas boleh hubungi saudara Mat yassim Mahmood Perunding Skimpas Kulai 0196221232.

Gotong-Royong Bubur Lambuk PAS Kawasan KulaiKulai, semalam – PAS Kawasan Kulai telah mengadakan program gotong-royong me...
08/03/2026

Gotong-Royong Bubur Lambuk PAS Kawasan Kulai

Kulai, semalam – PAS Kawasan Kulai telah mengadakan program gotong-royong memasak bubur lambuk yang berlangsung di dua lokasi iaitu di Pejabat PAS Kawasan Kulai dan di Kampung Sri Paya, Kelapa Sawit.

Program bermula pagi hingga petang ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada ahli cawangan.

Di Pejabat PAS Kawasan, program telah diketuai oleh Ketua Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial kawasan, Mat Yassim Mahmood, manakala di Kampung Sri Paya p**a diketuai oleh Said Samad, Ketua Cawangan PAS Sri Rahmat.

Turut menyerikan majlis, hadir bersama Kamaludin sairan Yang Dipertua Pas kawasan Kulai dan isteri.

Hasil kerjasama semua pihak, sebanyak kira-kira 1000 bekas bubur lambuk berjaya disediakan di kedua-dua lokasi. Bubur lambuk tersebut kemudiannya diedarkan di sekitar Kulai oleh PAS cawangan-cawangan bagi menyantuni masyarakat setempat.

Program ini bukan sahaja mendapat sambutan yang menggalakkan, malah berjaya mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dalam kalangan ahli PAS serta masyarakat.

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang sama ada dari segi tenaga, masa mahupun sumbangan kewangan bagi menjayakan program ini. Semoga usaha kebajikan seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

INFAQ SABIL 2 PAS KAWASAN KULAIProgram Infaq Sabil diteruskan bagi siri kedua oleh PAS Kawasan Kulai di beberapa lokasi ...
28/02/2026

INFAQ SABIL 2 PAS KAWASAN KULAI

Program Infaq Sabil diteruskan bagi siri kedua oleh PAS Kawasan Kulai di beberapa lokasi sekitar Kulai iaitu di Stesen Bas Kulai, Hospital Kulai serta di hadapan Pejabat PAS Kawasan Kulai.

Program kali ini diketuai oleh Ketua Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS Kawasan Kulai, Saudara Mat Yassim Mahmood. Turut bersama Yang Dipertua PAS Kawasan Kulai, Saudara Kamaludin Sairan, Ketua Dewan Muslimat, Ustazah Nada serta Ketua Pemuda, Saudara Helmi Talib.

Antara juadah ringan yang diagihkan kepada orang ramai termasuk kuih-muih, kurma, air mineral dan roti sebagai persediaan berbuka puasa.

Alhamdulillah, program berjalan lancar dan mendapat sambutan yang baik. Terima kasih kepada semua penyumbang dan para petugas yang terus komited menjayakan usaha kebajikan ini.

Semoga program Infaq Sabil ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa dalam usaha menyantuni masyarakat serta memperkukuh ukhuwah dan khidmat bakti PAS kepada komuniti setempat.

IFTAR JAMAE PAS KAWASAN KULAIProgram Iftar Jamae anjuran PAS Kawasan Kulai telah berlangsung dengan penuh meriah apabila...
27/02/2026

IFTAR JAMAE PAS KAWASAN KULAI

Program Iftar Jamae anjuran PAS Kawasan Kulai telah berlangsung dengan penuh meriah apabila diadakan serentak di lima lokasi berbeza, melibatkan ahli dan penyokong setempat.

Antara lokasi yang terlibat ialah PASTI Al Hikmah 2 (Bandar Putra), PASTI Al Hikmah 12 (Saleng), PASTI Al Hikmah 6 (Sena), PASTI Al Hikmah 5 (Taman Manis) dan PASTI Al Hikmah 8 (Taman Scientex Kulai).

Program ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim dalam kalangan ahli PAS serta mengukuhkan ukhuwah dan semangat kebersamaan sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.

Kehadiran yang menggalakkan di setiap lokasi membuktikan komitmen ahli dalam menyokong program yang dianjurkan.

Semoga program seperti ini terus menjadi medan penyatuan dan memperkukuhkan lagi hubungan antara ahli serta masyarakat setempat.

INFAQ SABIL RAMADHANKULAI – Program Infaq Sabil Ramadhan telah berlangsung petang semalam di hadapan Pejabat PAS Kawasan...
26/02/2026

INFAQ SABIL RAMADHAN

KULAI – Program Infaq Sabil Ramadhan telah berlangsung petang semalam di hadapan Pejabat PAS Kawasan Kulai, Bandar Putra dalam semangat kebersamaan dengan masyarat.

Program ini diketuai oleh Penolong Setiausaha 3 PAS Kawasan Kulai, Ustaz Ainuddin. Sebanyak 50 pek juadah berbuka ringan telah diagihkan kepada orang ramai yang melalui kawasan tersebut, merangkumi air kotak, kuih-muih dan kurma.

Alhamdulillah, sambutan yang diterima amat menggalakkan dan mendapat respon positif daripada masyarakat setempat. Program seperti ini bukan sahaja menunjukkan keberadaan pas, malah mengeratkan hubungan silaturrahim antara PAS dan komuniti.

Semoga usaha kebajikan sebegini dapat diteruskan dari semasa ke semasa dan PAS terus istiqamah memberikan khidmat bakti kepada masyarakat.

"Dakwah Islam tidak sepatutnya dihalang, tetapi dipermudahkan. Prinsip Islam permudahkan dan jangan menyusahkan."- Ramad...
21/02/2026

"Dakwah Islam tidak sepatutnya dihalang, tetapi dipermudahkan. Prinsip Islam permudahkan dan jangan menyusahkan."

- Ramadan Bulan Dakwah.

Ramadan bukan sekadar bulan ibadah peribadi akan tetapi juga bulan dakwah. Sejak zaman Rasulullah saw ramadan menjadi medan menghidupkan iman masyarakat.

Dalam sejarah, banyak peristiwa penting berlaku dalam bulam Ramadan di antaranya turunnya wahyu pertama yang memulakan misi dakwah Nabi Muhammad saw, serta kemenangan dalam Perang Badar pada 17 Ramadan tahun 2H.

Walaupun jumlah tentera Islam kecil, kemenangan itu membuktikan bahawa dakwah yang benar disokong oleh kesabaran, disiplin dan pertolongan Allah.

Ramadan mengajar bahawa dakwah bukan hanya dengan kata, tetapi dengan kekuatan rohani dan akhlak.

Dakwah Islam juga sentiasa berhadapan dengan ujian. Sejarah baginda nabi Muhammad saw di Makkah menunjukkan bagaimana baginda dihina, dip**au dan disekat, namun dakwah tidak berhenti.

Bahkan tekanan itulah yang mematangkan umat dan membersihkan niat. Ramadan sendiri melatih kesabaran melalui lapar, dahaga dan kawalan diri seolah-olah latihan tahunan untuk para pendakwah supaya kuat menghadapi cabaran masyarakat, fitnah dan salah faham terhadap Islam.

Dakwah Islam tidak sepatutnya dihalang, tetapi dipermudahkan. Prinsip Islam permudahkan dan jangan menyusahkan.

Ramadan memberi contoh bagaimana masyarakat menjadi lebih lembut hati, masjid dipenuhi, sedekah meningkat dan ruang dakwah terbuka luas.

Maka tugas umat terutamanya pemerintah ialah membuka jalan kepada kebaikan dengan memudahkan majlis ilmu, menyokong kerja kebajikan, serta menyampaikan mesej Islam dengan hikmah, bukan dengan kekerasan atau birokrasi yang menyulitkan.

Dakwah ini kerja mulia. Ia bukan hanya tugas para asatizah atau tokoh agama, tetapi tanggungjawab setiap Muslim mengikut kemampuan melalui kata yang baik, bantuan kepada yang susah, akhlak yang jujur serta pelbavai kebaikan yang lain.

Ramadan mengingatkan bahawa kadangkala satu senyuman, satu juadah iftar yang dikongsi atau satu nasihat boleh menjadi asbab pintu hidayah seseorang.

Maka, jika Ramadan adalah bulan rahmat, ia juga bulan dakwah bulan untuk kita memperbaiki diri dalam masa yang sama kita menjadi sebab orang lain semakin dekat dengan Allah.

Teruskan berdakwah!!

Blog Hanif Jamaluddin 👇

https://hanifjamaluddin.blogspot.com/2026/02/ramadan-bulan-dakwah.html

TAZKIRAH SENJA RAMADANAwal Ramadan menentukan rentaknya. Mulakan dengan pengisian yang baik agar akhirnya juga indah. Lu...
21/02/2026

TAZKIRAH SENJA RAMADAN

Awal Ramadan menentukan rentaknya. Mulakan dengan pengisian yang baik agar akhirnya juga indah. Luangkan sedikit masa sebelum berbuka untuk muhasabah, ilmu dan peringatan.

📍 Hari: Sabtu
📆 Tarikh: 21 Feb 2026 | 3 Ramadan 1447H
⏰ Masa: 6.45 - 7.00 pm

▪️Penyampai : Al-Fadhil Ustaz Syeikh Muhd Mujahid Sikh Nawawi
Timb. Ketua Pengarah AKTAR DPPM
▪️Tajuk : Ramadan dan Puasa : Tiga Pasak Iman

🔴 Ikuti LIVE di Platform Zoom:
https://us06web.zoom.us/j/83574383597

Dibawakan oleh:
Akademi Tarbiyah (AKTAR)
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Kawasan Kulai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PAS Kawasan Kulai:

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share