Pejabat Daerah Kulai

Pejabat Daerah Kulai Laman Sosial Rasmi Pejabat Daerah Kulai

PROGRAM RAIL INTO JOHOR 2026๐Ÿš†๐Ÿ“… 20 Mei 2026๐Ÿ“ Kulai Tourism Malaysia telah menganjurkan Program Rail Into Johor 2026 melib...
21/05/2026

PROGRAM RAIL INTO JOHOR 2026๐Ÿš†

๐Ÿ“… 20 Mei 2026
๐Ÿ“ Kulai


Tourism Malaysia telah menganjurkan Program Rail Into Johor 2026 melibatkan perjalanan dari KL Sentral ke Kulai dengan menaiki perkhidmatan KTM Berhad bersama para pengaruh media sosial dan rakan media terpilih.

Penganjuran program ini merupakan salah satu inisiatif promosi pelancongan negeri Johor bersempena Tahun Melawat Johor 2026 dalam memperkukuh keterhubungan pelancongan melalui pengangkutan rel serta memperkenalkan produk dan destinasi pelancongan menarik di negeri Johor.

Sepanjang program berlangsung, para peserta berpeluang menikmati pengalaman perjalanan rel sambil meneroka keunikan budaya, warisan, gastronomi dan tarikan pelancongan tempatan di Daerah Kulai. Program ini turut memberi ruang kepada pengaruh media sosial untuk berkongsi pengalaman mereka secara langsung menerusi platform digital masing-masing dalam usaha memperluaskan capaian promosi pelancongan Johor kepada masyarakat umum.

Melalui pendekatan promosi secara digital dan pengalaman langsung, program ini diharap dapat meningkatkan lagi kesedaran serta minat pelancong domestik dan antarabangsa untuk menjadikan Johor sebagai destinasi pilihan utama pelancongan menjelang Tahun Melawat Johor 2026.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi, rakan strategik serta peserta yang terlibat dalam menjayakan Program Rail Into Johor 2026.

"๐‘ฒ๐‘ผ๐‘ณ๐‘จ๐‘ฐ ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘บ๐‘จ๐’€๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘ฐ๐‘ป๐‘จ"





๐๐„๐๐˜๐„๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐Š๐”๐‘๐๐ˆ๐€๐€๐ ๐ƒ๐˜๐€๐Œ ๐“๐”๐๐Š๐” ๐Œ๐€๐‡๐Š๐Ž๐“๐€ ๐ˆ๐’๐Œ๐€๐ˆ๐‹, ๐๐„๐Œ๐€๐๐†๐Š๐” ๐’๐”๐‹๐“๐€๐ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐๐€๐†๐ˆ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Š๐”๐‹๐€๐ˆ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Encik Mohd Asnawi Bin A...
20/05/2026

๐๐„๐๐˜๐„๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐Š๐”๐‘๐๐ˆ๐€๐€๐ ๐ƒ๐˜๐€๐Œ ๐“๐”๐๐Š๐” ๐Œ๐€๐‡๐Š๐Ž๐“๐€ ๐ˆ๐’๐Œ๐€๐ˆ๐‹, ๐๐„๐Œ๐€๐๐†๐Š๐” ๐’๐”๐‹๐“๐€๐ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐๐€๐†๐ˆ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Š๐”๐‹๐€๐ˆ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Encik Mohd Asnawi Bin Amat Jupri, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kulai selaku wakil rasmi Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor bagi Bulan April fasa 4 & 5 Tahun 2026 kepada beberapa keluarga di Mukim Senai.

Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini ialah Penghulu Mukim Senai dan wakil JPKK Kampung.

Kurniaan DYAM Pemangku Sultan Johor ini adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan seperti keluarga miskin dan daif, kehilangan pendapatan, pesakit kronik, OKU dan mereka yang difikirkan layak.

Menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada DYAM Pemangku Sultan Johor atas kurniaan tersebut.

Kami berharap kurniaan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga penerima ini.

๐Œ๐„๐๐‰๐”๐๐‰๐”๐๐† ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐“๐”๐๐Š๐”
๐€๐‹๐‹๐€๐‡ ๐๐„๐‹๐ˆ๐‡๐€๐‘๐€๐Š๐€๐ ๐’๐”๐‹๐“๐€๐

HRH Crown Prince of Johor

"๐‘ฒ๐‘ผ๐‘ณ๐‘จ๐‘ฐ ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘บ๐‘จ๐’€๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘ฐ๐‘ป๐‘จ"






๐‰๐€๐ƒ๐”๐€๐‹ ๐ˆ๐๐ˆ๐’๐ˆ๐€๐“๐ˆ๐… ๐๐€๐๐“๐”๐€๐ ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐…๐€๐’๐€ ๐Ÿ’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Š๐”๐‹๐€๐ˆAssalamualaikum, Salam Maju Johor dan Salam Kulai Kesayanga...
20/05/2026

๐‰๐€๐ƒ๐”๐€๐‹ ๐ˆ๐๐ˆ๐’๐ˆ๐€๐“๐ˆ๐… ๐๐€๐๐“๐”๐€๐ ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐…๐€๐’๐€ ๐Ÿ’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Š๐”๐‹๐€๐ˆ

Assalamualaikum, Salam Maju Johor dan Salam Kulai Kesayangan Kita.

Dimaklumkan bahawa program Bantuan Kasih Johor Fasa 4 bagi Daerah Kulai akan diadakan bermula 21 Mei 2026 (Khamis) sehingga 25 Mei 2026 (Isnin).

Kerjasama dan kehadiran semua penerima yang terlibat amat dihargai dan sila hadir mengikut tarikh, waktu dan lokasi yang telah ditetapkan.

๐Ÿ‘‰ Semakan Kelayakan BKJ : bkj.johor.gov.my

"๐‘ฒ๐‘ผ๐‘ณ๐‘จ๐‘ฐ ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘บ๐‘จ๐’€๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘ฐ๐‘ป๐‘จ"







Onn Hafiz Ghazi
Mohd Jafni Md Shukor
MEDIA DIGITAL JOHOR
Majlis Perbandaran Kulai
Pejabat Kebajikan Masyarakat - JKM Kulai
YPKDT Daerah Kulai
Pejabat Kadi Daerah Kulai
Kemas Kulai Johor

20/05/2026
๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐’๐„๐Œ๐€๐‘๐€๐Š ๐’๐”๐๐”๐‡ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Š๐”๐‹๐€๐ˆ๐Ÿ“… 20 Mei 2026๐Ÿ“Surau An Nur, Apartment Rousevilla Taman Putri, Kulai...
20/05/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐’๐„๐Œ๐€๐‘๐€๐Š ๐’๐”๐๐”๐‡ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Š๐”๐‹๐€๐ˆ

๐Ÿ“… 20 Mei 2026
๐Ÿ“Surau An Nur, Apartment Rousevilla Taman Putri, Kulai

Program Semarak Subuh Johor 2026 Pegawai Daerah Kulai bagi minggu ini telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini bersama Encik Mohd Asnawi Bin Amat Jupri, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kulai selaku wakil rasmi Pegawai Daerah Kulai bertempat di Surau An Nur, Apartment Rousevilla Taman Putri,Kulai

Program ini bertujuan menyemarakkan budaya solat Subuh berjemaah di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara kepimpinan daerah dan masyarakat setempat.

Kehadiran jemaah yang menggalakkan mencerminkan semangat kebersamaan serta komitmen masyarakat dalam mengimarahkan institusi surau.

Turut hadir ialah Penolong Pegawai Daerah Kulai (Pembangunan Fizikal), Penghulu-Penghulu Mukim, ketua-ketua kampung dan kariah setempat.

Semoga program sebegini dapat diteruskan dan memberi manfaat berterusan kepada komuniti setempat. ๐Ÿคฒ

"๐‘ฒ๐‘ผ๐‘ณ๐‘จ๐‘ฐ ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘บ๐‘จ๐’€๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘ฐ๐‘ป๐‘จ"




๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐“๐€๐Š๐™๐ˆ๐€๐‡Salam takziah diucapkan kepada Allahyarham En Sudar Bin Masir, mantan Ketua Kampung, Kampung Jaya Sepakat y...
17/05/2026

๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐“๐€๐Š๐™๐ˆ๐€๐‡

Salam takziah diucapkan kepada Allahyarham En Sudar Bin Masir, mantan Ketua Kampung, Kampung Jaya Sepakat yang telah kembali ke negeri abadi pada hari ini (17 Mei 2026).

Kehilangan ini adalah satu dugaan yang besar, namun kami berdoa agar keluarga dan semua yang mengenali arwah diberikan kekuatan serta ketabahan menghadapi saat yang sukar ini.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.

"Innalillahi wa inna ilaihi raji'un"

Ikhlas daripada

EN FIZWAN BIN DATO HJ MOHD RASHIDI
Pegawai Daerah Kulai
& Seluruh Warga Kerja Pejabat Daerah Kulai

14/05/2026
13/05/2026
๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐ ๐…๐„๐’๐“๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐’๐”๐Š๐€๐ ๐€๐†๐„๐๐’๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐€๐‰๐€๐€๐ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ (๐…๐’๐€๐‰) ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Ÿ“† 10 Mei 2026๐Ÿ“ Dataran Monumen, Mersin...
11/05/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐ ๐…๐„๐’๐“๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐’๐”๐Š๐€๐ ๐€๐†๐„๐๐’๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐€๐‰๐€๐€๐ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ (๐…๐’๐€๐‰) ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐Ÿ“† 10 Mei 2026
๐Ÿ“ Dataran Monumen, Mersing

Majlis Perasmian Penutup Festival Sukan Antara Agensi dan Jabatan Kerajaan Johor (FSAJ) 2026 berlangsung meriah dengan penyertaan setiap kontinjen daerah yang bertanding. Majlis yang dilangsungkan dengan tema Luminous Night dimulakan dengan perarakan masuk bendera kejohanan dan perarakan masuk kontinjen-kontinjen daerah dengan iringan muzik dari pasukan pancaragam dari Angkatan Tentera Malaysia(ATM)

Turut menyerikan majlis adalah Yang Berhormat Dato' Haji Mohammed Ridha Bin Dato' Haji Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Johor yang tiba dengan menaiki kereta kuda.

Juga diumumkan pada majlis ini keputusan pertandingan yang
telah berlangsung sepanjang hari seperti berikut :

Johan keseluruhan : Johor Bahru
Kedua keseluruhan : Kulai
Ketiga keseluruhan : Kluang

Johan Keseluruhan Acara Karom : Kulai
Johan Keseluruhan Acara Dart : Johor Bahru
Johan Keseluruhan Acara Esport : Muar
Johan Keseluruhan Acara Bola Jaring : Johor Bahru
Johan Keseluruhan Acara Badminton : Kulai
Johan Keseluruhan Acara Sepak Takraw : Tangkak
Johan Keseluruhan Bola Tampar Pantai : Johor Bahru

Kontinjen Terbaik : Mersing

Majlis berakhir dengan acara pemadaman obor sebagai simbolik penutup festival diikuti pertunjukan bunga api.

Turut hadir,YB Dato' Haji Mohd Noorazam Bin Dato' Osman, Pegawai Kewangan Negeri Johor; YB Dato' Haji On Bin Jabbar @ Jaa'far, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan).

Syabas dan tahniah kepada semua pemenang pada kejohanan edisi kali ini. Jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak dan individu yang turut sama menjayakan Festival Sukan Agensi & Jabatan Negeri Johor 2026 dan jumpa lagi tahun hadapan.

"๐‘ฒ๐‘ผ๐‘ณ๐‘จ๐‘ฐ ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘บ๐‘จ๐’€๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘ฐ๐‘ป๐‘จ"





๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’  ๐‰๐€๐Œ๐”๐€๐ ๐“๐„๐‡ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐‘๐€๐Š๐˜๐€๐“ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐”๐‹๐€๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐”๐“๐„๐‘๐€๐€๐ ๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ ๐ƒ๐˜๐Œ๐Œ ๐’๐”๐‹๐“๐€๐ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘๐Ÿ“…  9 MEI 2026๐Ÿ“  Da...
09/05/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐‰๐€๐Œ๐”๐€๐ ๐“๐„๐‡ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐‘๐€๐Š๐˜๐€๐“ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐”๐‹๐€๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐”๐“๐„๐‘๐€๐€๐ ๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ ๐ƒ๐˜๐Œ๐Œ ๐’๐”๐‹๐“๐€๐ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘

๐Ÿ“… 9 MEI 2026
๐Ÿ“ Dataran Mahkota, Tunku Mahkota Ismail Youth Centre, Pasir Gudang

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Jamuan Teh Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Tahun 2026 bagi daerah Johor Bahru, Kota Tinggi, Pontian dan Kulai di Dataran Mahkota, Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Pasir Gudang.

Majlis diserikan dengan persembahan kebudayaan terdiri daripada pelbagai kaum dari Daerah Johor Bahru, Daerah Kota Tinggi, Daerah Pontian dan Daerah Kulai. Persembahan nyanyi artis jemputan turut dipersembahkan kepada tetamu yang hadir.

Turut berangkat, YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor; YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor.

Turut hadir Ketua-Ketua Jabatan dan kakitangan jabatan, Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Ketua-ketua komuniti dan rakyat Daerah Johor Bahru, Kota Tinggi, Pontian dan Kulai.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua jabatan dan agensi yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

"๐‘ฒ๐‘ผ๐‘ณ๐‘จ๐‘ฐ ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘บ๐‘จ๐’€๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘ฐ๐‘ป๐‘จ"





Address

Pusat Pentadbiran Baharu Daerah Kulai, , Persiaran Indahpura 6
Kulai
81000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6076630006

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Daerah Kulai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Daerah Kulai:

Share