31/08/2026
"MAJLIS PERBARISAN DAN PERARAKAN HARI KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT DAERAH KULAI TAHUN 2026"
Kulai, 31 Ogos 2026 - YDH ACP Tan Seng Lee, Ketua Polis Daerah Kulai bersama Pegawai Kanan dan Pegawai Rendah Polis IPD Kulai telah hadir memeriahkan Majlis Perhimpunan dan Perarakan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Daerah Kulai Tahun 2026 di Perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Kulai pagi tadi.
Dalam majlis itu, YB Tuan Md Israk bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor telah hadir selaku wakil rasmi YAB Menteri Besar Johor serta telah menyampaikan amanat.
Sebanyak 34 kontinjen telah mengambil bahagian dalam perarakan perbarisan yang terdiri daripada Badan Beruniform, Kontinjen Wakil Daerah, Kontinjen Badan Berkanun Kerajaan, Kontinjen Sekolah/Institusi Pengajian, Kontinjen Mukim, Kontinjen Swasta/Badan Bukan Kerajaan dan Kontinjen Aset pagi ini.
Perbarisan Lintas Hormat dimulai dengan Pasukan PDRM Kulai diketuai oleh Insp. Mohd Firman Firdaus Bin Mohd Rodzi yang melibatkan (8) pembawa 'Jalur Gemilang' serta (38) kawalan kehormatan dihadapan Pentas Utama VVIP.
Turut hadir YBhg. Tuan Fizwan Bin Dato' Haji Rashidi, Pegawai Daerah Kulai; YBhg. Puan Azmah binti Dato' Haji Mohd Naim, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Daerah Kulai; YB Kumaran A/L Ramakrishnan, ADUN Bukit Batu; YBhg. Puan Afzan binti Azhari, Pentadbir Tanah Daerah Kulai; YBhg. Tuan Haji. Muhammad Shahril Azizi bin Abd. Gapar, Yang Dipertua MPKu; Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Daerah dan Persekutuan; Ahli-Ahli Majlis MPKu; Penghulu-Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung Daerah Kulai serta masyarakat Daerah Kulai.