Balai Bomba Dan Penyelamat Kulai

Balai Bomba Dan Penyelamat Kulai “Fueled by fire, Driven by courage” "JUST YOUR FRIENDLY FIREFIGHTER"
(1)

20/08/2026
18 OGOS 2026 l SELASA l BBP KULAI ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERPRESTASI TINGGI CEP...
18/08/2026

18 OGOS 2026 l SELASA l BBP KULAI

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERPRESTASI TINGGI CEPAT DAN MESRA SALAM MAJU JOHOR, SALAM MALAYSIA MADANI.

KEJOHANAN PIALA PUSINGAN KETUA BALAI 2026

Pada 18 Ogos 2026 ,Balai Bomba dan Penyelamat Kulai telah mengadakan kejohanan Piala Pusingan Ketua Balai Tahun 2026 yang berlangsung dengan penuh semangat,Kekeluargaan dan persaingan sihat .

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Balai ,PPgB Muhammad Fauzi Bin Awang yang turut menyuntik semangat kepada semua agar menjadikan kejohanan ini sebagai medan mempererat ukhwah dan semangat berpasukan di kalangan warga BBP Kulai .

Antara acara yang dipertandingkan :
🎯 Dart
⚽Futsal
🏐Sepak takraw

Pemain terbaik setiap pasukan :
🎯PBB Shahrizam
⚽PBK II Khairil
🏐Regu B

Keputusan keseluruhan kejohanan :
🎯Juara Dart : Pasukan Bravo
⚽Juara Futsal : Pasukan Alpha
🏐Juara sepak takraw : Pasukan Bravo

🏆Juara keseluruhan : Pasukan Bravo 👏

Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang telah memberikan komitmen tinggi dan semangat juang yang luar biasa .

Kejohanan ini bukan sekadar tentang kemenangan ,tetapi lambang semangat satu keluarga BBP Kulai yang sentiasa utuh dan bersatu hati . Sekian ,Terima kasih.

“SATU PASUKAN, SATU SEMANGAT, SATU KEMENANGAN !”

fans
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor
Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)
KPKT Malaysia
Mohd Jafni Md Shukor
Fauzi Awang









17/08/2026

Setinggi-tinggi Tahniah

Seluruh Warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAS Datuk Ts. Nazili bin Hj. Mahmood atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

berkuat kuasa pada 17 Ogos 2026.

Semoga amanah dan tanggungjawab yang dipikul terus dilaksanakan dengan penuh dedikasi, integriti dan kecemerlangan demi memperkasa pembangunan serta kemajuan JBPM.

Ikhlas daripada:-
YS PKPjB Dato’ Wan Md Razali bin Wan Ismail
Pengarah dan seluruh warga
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Negeri Selangor



17 OGOS 2026 l ISNIN l BBP KULAI ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA, SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERPRE...
17/08/2026

17 OGOS 2026 l ISNIN l BBP KULAI

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA, SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERPRESTASI TINGGI CEPAT DAN MESRA, SALAM MAJU JOHOR, SALAM MALAYSIA MADANI.

PELAKSANAAN SISTEM TUGASAN BALAI BBP KULAI
Tempat : Balai Bomba Dan Penyelamat Kulai
Masa : 08:00:00 am hingga selesai

Pelaksanaan sistem tugasan balai (STB) yang diketuai oleh ketua balai PPgB Muhammad Fauzi bin Awang, Pegawai Operasi PBT ll Lasidin bin Nariano bersama anggota pasukan Alpha dan anggota pasukan Charlie membuat Nyanyian lagu , bacaan doa , bacaan ikrar serta pertukaran tugas.

Marilah kita bersama-sama menadah tangan dan mengaminkan bacaan doa sebagai tanda memohon keberkatan, perlindungan serta dipermudahkan segala urusan.

Semoga dengan bacaan doa ini, segala tugasan dan aktiviti yang dilaksanakan mendapat rahmat serta keredaan Allah SWT.

Sekian , Terima kasih.

fans
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor
Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)
KPKT Malaysia
Mohd Jafni Md Shukor
Fauzi Awang









17/08/2026
15/08/2026
15/08/2026
13/08/2026

🇲🇾 𝐀𝐘𝐔𝐇 𝐌𝐄𝐑𝐈𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 & 𝐊𝐈𝐁𝐀𝐑 𝐉𝐀𝐋𝐔𝐑 𝐆𝐄𝐌𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔! 🇲🇾

Jom bersama-sama kita semarakkan semangat patriotik dan cintakan negara di Hutan Bandar MPKu, Bandar Putra Kulai! 🎉

📅 𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮, 𝟏𝟓 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟔
⏰ 𝟗.𝟎𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢
📍 𝐇𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 𝐌𝐏𝐊𝐮, 𝐁𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 𝐏𝐮𝐭𝐫𝐚 𝐊𝐮𝐥𝐚𝐢

Sambutan kali ini bukan sekadar acara mengibarkan Jalur Gemilang. Pelbagai pameran, aktiviti dan perkhidmatan untuk komuniti turut disediakan bagi memberikan pengalaman yang lebih menarik dan bermanfaat kepada pengunjung.

✨ 𝐏𝐚𝐦𝐞𝐫𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚𝐤𝐭𝐢𝐟 𝐓𝐕𝐄𝐓 – khas untuk anak muda! Kenali dengan lebih dekat bidang kemahiran, peluang pendidikan serta laluan kerjaya dalam TVET.

🏛️ 𝐏𝐚𝐦𝐞𝐫𝐚𝐧 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 – dapatkan informasi, khidmat nasihat dan perkhidmatan secara terus daripada pelbagai agensi berkaitan urusan tanah, keselamatan, kesihatan, kebajikan, perkhidmatan PBT, bantuan komuniti, pelancongan dan ekopelancongan.

👨‍👩‍👧‍👦 Datang beramai-ramai dan manfaatkan peluang untuk mendapatkan maklumat, mencuba aktiviti interaktif serta mengenali lebih dekat perkhidmatan yang disediakan untuk masyarakat.

🇲🇾 Jom hadir dan sama-sama kita semarakkan semangat kemerdekaan!









10/08/2026

🎳🏆 SYABAS & TAHNIAH! 🏆🎳

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan Tenpin Bowling SUKBOM 2026 atas kejayaan membanggakan meraih:

🥇 Emas – Acara Pasukan
🥉 Gangsa – All Event Pegawai Kanan

Tahniah atas prestasi cemerlang dan semangat juang yang ditunjukkan. Semoga kejayaan ini terus menjadi pembakar semangat untuk mencapai lebih banyak kecemerlangan! 💪🔥

Syabas dan tahniah kepada semua! 👏🏻🏆

Address

Jalan Pejabat Kerajaan
Kulai
81000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Bomba Dan Penyelamat Kulai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Balai Bomba Dan Penyelamat Kulai:

Shortcuts

Share

Category