wanita cabang Kulai Johor Darul Takzim

wanita cabang Kulai Johor Darul Takzim wanita cabang Kulai Johor Darul Takzim

01/06/2026

Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor telah dibubarkan secara rasmi pada 1 Jun 2026, maka tempoh perkhidmatan saya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Batu bagi penggal ini kini pun telah tamat.

Saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh pengundi Bukit Batu atas kepercayaan yang diberikan sepanjang tempoh ini. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk mendengar dan menyuarakan pendapat rakyat serta memperjuangkan kebajikan bersama.

Sekiranya terdapat sebarang kekurangan atau kelemahan sepanjang perkhidmatan ini, saya akan memperbaiki setiap kelemahan yang ada untuk penambahbaikan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang mampan.

Walaupun DUN telah dibubarkan, komitmen saya dan pasukan terhadap Bukit Batu tidak akan sesekali berubah. Pusat Khidmat Rakyat DUN Bukit Batu akan tetap beroperasi dan berusaha sedaya upaya untuk membantu semua penduduk di Bukit Batu. Saya tetap bersedia untuk menangani sebarang isu aduan dan kebajikan rakyat setempat.

Niat asal saya untuk berkhidmat demi rakyat tetap konsisten dan tidak pernah berubah. Tidak kira apa jua cabaran, saya amat berharap dapat terus bersama dengan seluruh penduduk Bukit Batu untuk melangkah menuju masa depan yang lebih gemilang!

Terima kasih semua, saya yakin bahawa Bukit Batu akan menjadi semakin baik! ❀️

29/05/2026

Alhamdulillah syukur atas nikmat Allah SWT berikan segala apa yang telah dilakukan hanya Allah yg mampu membalasnya,TERBAIK semua.

Selmat Menyambut hari raya Aidiladha 1447πŸŒ™πŸŒ™πŸŒ™πŸŒŸπŸŒŸUkhuwah yg baik antara sesama akan membawa kesejahteraan bersama dan mempe...
27/05/2026

Selmat Menyambut hari raya Aidiladha 1447πŸŒ™πŸŒ™πŸŒ™πŸŒŸπŸŒŸ

Ukhuwah yg baik antara sesama akan membawa kesejahteraan bersama dan mempereratkan hubungan silaturahim antara kita.

Keadilan Kulai tetap teguh bersama.

18/05/2026
18/05/2026

Pelbagai andaian yang dilemparkan itu tidak mengapa apa yang yang penting tetap teguh bersama .Jalan Terus PMX ,jalan terus Cabang Kulai,jalan terus Wanita Cabang Kulai & jalan terus AMK.kita lawan sampai menang,kita kena bersatu berkerjasama dalam pasukan itu yang paling utama untuk menciptakan kekuatan.

Ajenda untuk rakyat paling utama pedulikan apa parti2 lain nak kata apa.Refomasi wajib di teruskan,biar putih tulang jangan putih mata.

Atas kepimpinan KC Tuan Arthur Chiong Sen Sern ,kami percaya DUN BUKIT BATU akan menjadi lebih maju dari sebelumnya.

TEGUH BERSAMA.

YANG KUAT HARUS DI PERTAHANKAN.

Selamat Hari Guru ,Gurulah yang mendidik kita menjadi orang yang berguna kepada bangsa dan negara menjadi lilin pembakar...
16/05/2026

Selamat Hari Guru ,Gurulah yang mendidik kita menjadi orang yang berguna kepada bangsa dan negara menjadi lilin pembakar semangat untuk melahirkan insan yang berjaya .SELAMAT HARI GURU daripada Wanita Cabang Kulai Johor.

25/04/2026

Program Prihatin Rakyat Bukit Batu bukan sekadar program biasa β€” ini adalah komitmen berterusan kita untuk turun padang, mendengar dan membantu rakyat secara terus.

Pada 25 April ini, kita bukan hanya berkumpul… kita hadir dengan misi:
βœ”οΈ Menyampaikan bantuan kepada yang memerlukan
βœ”οΈ Membincangkan isu sebenar rakyat
βœ”οΈ Mengukuhkan suara akar umbi

Inilah semangat KEADILAN, bukan sekadar slogan, tetapi tindakan.

Saya menyeru semua pimpinan, anggota serta masyarakat Bukit Batu untuk hadir bersama. Kekuatan kita terletak pada kebersamaan dan kesungguhan dalam membela nasib rakyat.

Jom kita buktikan, politik khidmat, bukan sekadar cakap.

πŸ“ Pejabat KEADILAN Cabang Kulai
πŸ—“ 25 April 2026 (Sabtu)
πŸ•£ 8.30 malam

Bersama Membina Masyarakat Prihatin.
KEADILAN Untuk Semua.

19 April 2026 jam 12.30 tengahari Alhamdulillah program sambutan hari raya Aidilfitri cabang wanita Kulai telah berjaya ...
20/04/2026

19 April 2026 jam 12.30 tengahari

Alhamdulillah program sambutan hari raya Aidilfitri cabang wanita Kulai telah berjaya dilaksanakan dengan penuh meriah di Perkarangan Flet Cengal 3 Blok 3 Taman Putri Kulai.

Program ini turut diserikan dengan bacaan Yassin ,edaran risalah, Qunut Nazilah serta ceramah kelompok yang disampaikan oleh Ketua Cabang Kulai oleh Tuan Arthur Chiong Sen Sern .Ucapan selamat datang kepada Saudari Norazidah Binti Abdul Aziz dari Cabang Pontian,Saudari Sukanthala A/P Naranasamy dari Cabang Iskandar Puteri dan Setiausha Keadilan negeri Johor, saudari Nadiah Binti Abdul Aziz. Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan memberi suntikan semangat perpaduan kepada kami semua tanpa mengira kaum dan anutan agama.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua AJK yang telah bertungkus Lumus dari awal hingga akhir bagi memastikan kelancaran program ini.Segala jasa dan komitmen yang diberikan amat dihargai.

Semoga segala usaha ini diberkati dan menjadi asbab kepada kebaikan yang berpanjangan.

Kulai Hebat #

Berdiri Bersama #

Tiada madah pujangga ,tiada madah indah yg dapat diluahkan selain rasa syukur Alhamdulillah wajib diucapkan pada yg maha...
12/04/2026

Tiada madah pujangga ,tiada madah indah yg dapat diluahkan selain rasa syukur Alhamdulillah wajib diucapkan pada yg maha Esa pemberi nikmat yg mengizinkan dan memberikan kelancaran Mesyuarat Agung Tahunan Wanita Cabang Kulai 2026 bertarikh 12/04/2026 pada jam 10.00 pagi -12.00 Tengahari,Bertempat di alamat yg bernombor No 19 Jalan Impiana 1,Taman Impiana ,Kelapa sawit ,81000 Kulai Johor.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada yg telah hadir dan juga tidak dilupakan kepada pihak pemantau yg menjalankan tugas yg baik serta komitmen yang tinggi.Terima kasih juga pada YB Arthur Chiong Sen Sern selaku ketua Cabang Kulai kerana memberikan laluan dan tempat untuk Mesyuarat Agung Tahunan Wanita Cabang Kulai pada kali ini.

Perjuangan harus kita teruskan jangan cepat patah semangat untuk membina masa depan bersama dengan kempimpian yg ada.

kita Teguh bercerai kita roboh.

Cabang Kulai Hebat.

legasi Wanita.

Mesyuarat Keadilan Cabang dan Wanita Cabang akan diadakan pada tarikh yg sama dan waktu yg berbeza  lihat pada tetapan y...
29/03/2026

Mesyuarat Keadilan Cabang dan Wanita Cabang akan diadakan pada tarikh yg sama dan waktu yg berbeza lihat pada tetapan yang berikut

Address

Taman Putri Kulai
Kulai
JOHOR

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when wanita cabang Kulai Johor Darul Takzim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share