07/04/2026
PROGRAM FAMILY ASSOCIATION (FA) SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI
PERINGKAT PUSPEN KARANGAN, KEDAH
05 April 2026 (Ahad) - Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Family Association (FA) sempena Hari Raya Aidilfitri peringkat PUSPEN Karangan, Kedah yang bertujuan mengeratkan hubungan kekeluargaan antara penghuni dan ahli keluarga di samping memberi sokongan moral dalam proses pemulihan.
Program dimulakan dengan taklimat program yang telah disampaikan oleh Ketua Unit Pemulihan, Puan Sabarinah binti Aliuddin yang menerangkan objektif serta kepentingan penglibatan keluarga dalam membantu proses pemulihan penghuni.
Seterusnya, program diteruskan dengan Slot Bicara Kalbu bersama Puan Badrizawati Binti Mohamad Zaki, Pegawai Psikologi, LPPKN Kedah yang telah berkongsi input bermanfaat berkaitan pengukuhan institusi keluarga, komunikasi berkesan serta sokongan emosi dalam membantu penghuni kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat.
Majlis diakhiri dengan Majlis Perasmian Penutup yang telah disempurnakan oleh Pengarah PUSPEN Karangan, Tuan Khairul Anwar bin Ahmad. Dalam ucapan beliau, beliau menekankan kepentingan peranan keluarga sebagai tunjang utama kejayaan proses pemulihan penghuni.
Semoga program seperti ini dapat terus memperkukuhkan hubungan kekeluargaan serta memberi semangat baharu kepada penghuni dalam meneruskan perjalanan pemulihan ke arah kehidupan yang lebih baik.