EKSA JUPEM KEDAH

EKSA JUPEM KEDAH EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

PELAKSANAAN EKSA 01 OKTOBER 2025 # EKSAJUPEMKEDAH
06/10/2025

PELAKSANAAN EKSA 01 OKTOBER 2025

# EKSAJUPEMKEDAH

GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA JUPEM KEDAH8 Februari 2023 โ€“ Telah berlangsung dengan jayanya sesi Gotong-royong Perdana EKSA...
19/02/2023

GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA JUPEM KEDAH

8 Februari 2023 โ€“ Telah berlangsung dengan jayanya sesi Gotong-royong Perdana EKSA JUPEM Kedah pada Rabu lepas yang bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 1.00 petang. Skop gotong-royong pada kali ini merangkumi kawasan gunasama seperti kawasan parkir, surau, bilik wuduk, kawasan pasu bunga dan bilik fail teknikal & pentadbiran.

Pembahagian kawasan pembersihan adalah mengikut sektor. Bagi bilik fail teknikal & pentadbiran, sektor yang terlibat adalah Sektor Disto dan Sektor Tripod di bawah seliaan Pn. Azizah binti Saad, En. Fadel Noor bin Din serta Pn. Shahferah binti Shahbni. Antara aktiviti yang dilakukan ialah membuat senarai fail untuk dihantar pelupusan bagi fail-fail yang reput, membuat susun atur bagi baki fail dan menyediakan senarai fail yang akan disimpan, menyusun semula barang-barang di bilik pelupusan dan penyediaan label โ€˜tag merahโ€™ untuk pelupusan dan lain-lain yang perlu mengikut kesesuaian tugasan yang dibuat.

Manakala bagi kawasan gunasama yang lain seperti kawasan parkir, surau, bilik wuduk dan kawasan pasu bunga, sektor yang terlibat adalah Sektor Total Station dan Sektor Prism di bawah seliaan En. Roslee bin Mohd Ibrahim, Pn. Siti Yusmahani binti Mohd Yusof serta En. Mohamad Daniel Wafry bin Mohd Nazari. Antara aktiviti yang dilakukan ialah mengemas dan mencuci parkir motosikal dan kereta serta membetulkan label parkir, mengemas dan mencuci surau dan tempat wuduk, membuang rumput dan mengemas pasu-pasu bunga yang terdapat di persekitaran pejabat dan lain-lain yang perlu mengikut kesesuaian tugasan yang dibuat.

Assalamualaikum dan selamat petang kepada semua warga JUPEM Kedah, untuk makluman Jabatan telah menetapkan setiap hari R...
22/11/2022

Assalamualaikum dan selamat petang kepada semua warga JUPEM Kedah, untuk makluman Jabatan telah menetapkan setiap hari Rabu adalah Hari EKSA berkuatkuasa 15/11/2022 sehingga arahan semasa dimaklumkan.

Semua warga JUPEM Kedah dikehendaki memakai pakaian bersesuaian (baju T & seluar track) pada esok 23/11/2022 (Rabu). Aktiviti yang dicadangkan bagi aktiviti EKSA esok adalah kerja Penyisihan dan Penyusunan di Sektor masing-masing. Segala kerjasama dan Perhatian daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai.

Ikhlas daripada Jawatankuasa Promosi EKSA JUPEM KEDAH Tahun 2022 Terima kasih.

AKTIVITI GOTONG-ROYONG EKSA JUPEM KEDAH 202222 Jun 2022 - Setiap di antara kita pastinya pernah menyertai program bergot...
23/06/2022

AKTIVITI GOTONG-ROYONG EKSA JUPEM KEDAH 2022

22 Jun 2022 - Setiap di antara kita pastinya pernah menyertai program bergotong-royong sama ada di sekolah ataupun di kawasan perumahan masing-masing. Namun begitu, kemajuan zaman pada masa ini telah menjadikan budaya ini semakin dilupakan bagai kacang lupakan kulitnya.

Jadi, bagi memupuk semangat atau nilai kerjasama antara staff JUPEM Kedah, aktiviti gotong-royong telah diadakan pada 22 Jun 2022 bertempat di kawasan persekitaran Jabatan Ukur dan Pemetaan Kedah. Kesemua kakitangan JUPEM Kedah terlibat bagi menjayakan dan memeriahkan lagi aktiviti ini. Secara tidak langsung, aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.

24/03/2022

Majlis Pelancaran dan Perasmian EKSA Jupem Kedah 2022

Majlis Pelancaran & Perasmian Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di JUPEM Kedah.
24/03/2022

Majlis Pelancaran & Perasmian Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di JUPEM Kedah.

24/03/2022

Gimik Majlis Pelancaran dan Perasmian EKSA Jupem Kedah 2022

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ๐—”๐—ก ๐—˜๐—ž๐—ฆ๐—” ๐—๐—จ๐—ฃ๐—˜๐—  ๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—› ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฎ22 ๐™ˆ๐˜ผ๐˜พ 2022 (๐™Ž๐™€๐™‡๐˜ผ๐™Ž๐˜ผ)Jabatan Ukur dan Pemetaan Kedah telah mengadaka...
24/03/2022

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ๐—”๐—ก ๐—˜๐—ž๐—ฆ๐—” ๐—๐—จ๐—ฃ๐—˜๐—  ๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—› ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฎ

22 ๐™ˆ๐˜ผ๐˜พ 2022 (๐™Ž๐™€๐™‡๐˜ผ๐™Ž๐˜ผ)

Jabatan Ukur dan Pemetaan Kedah telah mengadakan Majlis Pelancaran dan Perasmian EKSA secara fizikal dan atas talian mengikut SOP yang ditetapkan.

Majlis ini berlangsung di Dewan Terbuka JUPEM Kedah yang dihadiri oleh Ybhg. Sr Tsalimy bin Abdullah Pengarah Ukur dan Pemetaan Kedah, Sr Shahriman bin Ismail Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan I, Sr Mohd Zaim bin Omar Timbalan Ukur dan Pemetaan II serta pihak pengurusan yang lain.
โ€ฆโ€ฆโ€ฆโ€ฆโ€ฆโ€ฆโ€ฆโ€ฆโ€ฆโ€ฆโ€ฆโ€ฆ..
Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) merupakan Penjenamaan Semula Amalan 5S yang telah diguna pakai dalam sektor awam sejak tahun 1991 (PKPA 6/1991). Amalan 5S merupakan istilah asal dalam Bahasa Jepun, yang jika diterjemahkan ke Bahasa Melayu akan membawa maksud seperti di bawah:

Seiri = SISIH
Seiton = SUSUN
Seiso = SAPU
Seiketsu = SERAGAM
Sh*tsuke = SENTIASA AMAL

Address

Jalan Raya
Kulim
09000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 15:30
Sunday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when EKSA JUPEM KEDAH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share