Pejabat Perpaduan Daerah Kulim/Bandar Baharu

Pejabat Perpaduan Daerah Kulim/Bandar Baharu Memupuk dan Memelihara Perpaduan antara kaum serta menggalakkan budaya Keamanan dan Keharmonian.

26/08/2026

PERTANDINGAN MEWARNA | PROGRAM SATU SUARA, SERIBU WARNA

Semarakkan semangat patriotisme, perpaduan dan cinta akan negara melalui kreativiti anak-anak Tabika Perpaduan!

Bersempena pelaksanaan Program Satu Suara, Seribu Warna yang diadakan secara serentak di seluruh Tabika Perpaduan, Pertandingan Mewarna ini menjadi wadah untuk menyemai nilai perpaduan, kebersamaan dan kecintaan terhadap Malaysia sejak usia awal.

Tarikh: 26 Ogos 2026 (Rabu)
Tema: Patriotik, Perpaduan dan Penghijauan
Pelaksanaan: Serentak di seluruh Tabika Perpaduan

Melalui aktiviti mewarna, anak-anak bukan sahaja diberi ruang untuk menyerlahkan kreativiti dan imaginasi, malah dididik untuk mengenali serta menghayati nilai patriotisme, keharmonian hidup bersama dan kepentingan memelihara alam sekitar.

Satu suara, seribu warna bersama mencorakkan perpaduan, menyemai kecintaan kepada negara dan membina generasi pewaris Negara Bangsa!

Ayuh, kita semarakkan warna perpaduan bersama anak-anak Tabika Perpaduan!





🌙✨SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026✨🌙MADANI DIHAYATI, UMMAH DIBERKATISambutan Maulidur Rasul SAW bukan sekadar mempering...
24/08/2026

🌙✨SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026✨🌙

MADANI DIHAYATI, UMMAH DIBERKATI

Sambutan Maulidur Rasul SAW bukan sekadar memperingati kelahiran junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW, malah menjadi wadah untuk kita menghayati sirah, akhlak dan sunnah Baginda sebagai pedoman dalam kehidupan.

Marilah kita bersama-sama memperkukuh semangat perpaduan, mempererat ukhuwah, menyemai nilai kasih sayang, saling menghormati serta membudayakan kehidupan yang penuh ihsan dan keharmonian dalam masyarakat.

Semoga semangat MADANI terus dihayati dengan mencontohi akhlak mulia Rasulullah SAW — membina masyarakat yang penyayang, bersatu padu, saling membantu dan sentiasa mengutamakan kebaikan bersama.

🌹 Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda serta para sahabat.

🇲🇾❤️👏












Program Eksplorasi Chef Cilik anjuran Kawasan Rukun Tetangga Kampung Padang Meiha.Tarikh : 22/08/2026 (Sabtu)Masa : 10.0...
24/08/2026

Program Eksplorasi Chef Cilik anjuran Kawasan Rukun Tetangga Kampung Padang Meiha.

Tarikh : 22/08/2026 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Perkarangan Surau Ar Rahman, Kampung Padang Meiha

Melalui penganjuran program seperti ini bertujuan memupuk minat memasak, mencungkil bakat baharu dan mengeratkan hubungan silaturahim antara komuniti setempat khususnya generasi muda.

Program dirasmikan oleh Pegawai Perpaduan Daerah Kulim/Bandar Baharu, Puan Arisyawati binti Alaudin.

🇲🇾❤️👏






Address

Pejabat Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Kulim/Bandar Baharu D/A Pusat Aktiviti Perpaduan Kulim, Stesen Bas Kulim, 6 A, Jalan Belibis, Taman Tunku Putra
Kulim
09000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6044856904

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Perpaduan Daerah Kulim/Bandar Baharu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Perpaduan Daerah Kulim/Bandar Baharu:

Shortcuts

Share