13/08/2026
Tinjau Masalah Perparitan Di Kampung Batu 12 Terap
Kulim,12 Ogos - Susulan aduan berkenaan masalah perparitan di Kampung Batu 12 Terap yang sudah lama berlarutan,Yang Berhormat Wong Chia Zhen,Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim bersama Yang Berbahagia Ustaz Mohammad Iskandar Shah Bin Ibrahim,Pengarah Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kulim,Pegawai JKR Kulim Bandar Baharu serta MKK turun meninjau sebuah rumah di kawasan Batu 12, Terap yang sering mengalami banjir setiap kali hujan turun berpunca daripada masalah tersebut.
Hasil pemerhatian beliau ketika berada di lokasi mendapati keadaan ini merupakan masalah yang berlaku sejak kebelakangan ini.Difahamkan,laluan saliran yang sebelum ini dibina oleh penduduk kampung telah diubah menyebabkan aliran air tidak lagi berjalan seperti sebelum ini dan akhirnya mengakibatkan air bertakung serta memasuki kawasan rumah.
Justeru,beliau bersama pihak berkaitan turun sendiri ke lokasi untuk memahami keadaan sebenar dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi membantu keluarga ini.
Beliau juga berharap melalui kerjasama antara semua pihak, penyelesaian dapat dikenal pasti dan masalah yang dihadapi penduduk dapat ditangani dengan segera.
Bagi beliau,setiap aduan rakyat perlu diberi perhatian.Walaupun hanya melibatkan sebuah rumah,ia tetap melibatkan keselamatan dan kesejahteraan sebuah keluarga.