Majlis Perbandaran Kulim

Majlis Perbandaran Kulim Selamat datang ke Laman Facebook Rasmi
Majlis Perbandaran Kulim. "Kulim Indah, Bersih, Maju dan Selamat" KULIM INDAH BERSIH MAJU DAN SELAMAT

Komited dalam penyampaian perkhidmatan perbandaran yang cekap, berintegriti dan mesra rakyat demi kesejahteraan warga Kulim.

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐ƒ๐Ž๐€ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐ƒ๐€๐ ๐†๐‘๐Ž๐”๐๐ƒ ๐๐‘๐„๐€๐Š๐ˆ๐๐† ๐‚๐„๐‘๐„๐Œ๐Ž๐๐˜ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐‡๐Ž๐’๐๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐๐€๐Š๐€๐‘ ๐’๐–๐€๐’๐“๐€ ๐ƒ๐ˆ ๐Š๐”๐‹๐ˆ๐ŒMajlis Perbandaran Kul...
14/05/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐ƒ๐Ž๐€ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐ƒ๐€๐ ๐†๐‘๐Ž๐”๐๐ƒ ๐๐‘๐„๐€๐Š๐ˆ๐๐† ๐‚๐„๐‘๐„๐Œ๐Ž๐๐˜ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐‡๐Ž๐’๐๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐๐€๐Š๐€๐‘ ๐’๐–๐€๐’๐“๐€ ๐ƒ๐ˆ ๐Š๐”๐‹๐ˆ๐Œ

Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada SOC Healthcare Sdn. Bhd. atas keyakinan serta komitmen untuk membangunkan sebuah hospital pakar swasta di daerah Kulim.

Pembangunan ini merupakan satu pencapaian penting dalam memperkukuh ekosistem Kulim sebagai sebuah bandar yang moden, berdaya saing dan seimbang, bukan sahaja sebagai pusat perindustrian dan teknologi, malah sebagai destinasi kehidupan yang lengkap dengan kemudahan kesihatan berkualiti.

Kewujudan hospital pakar swasta ini dijangka memberi manfaat besar kepada penduduk Kulim dan kawasan sekitarnya melalui akses yang lebih mudah kepada rawatan pakar, kemudahan pembedahan serta penjagaan kesihatan yang lebih menyeluruh tanpa perlu melakukan perjalanan jauh ke luar daerah.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, antaranya YBhg. Datoโ€™ Wira Vijayasundram Jeyabalan, Pengarah SKI Capital Sdn. Bhd.; YBhg. Datoโ€™ Azam Saad, Pengarah SKI Capital Sdn. Bhd.; YBhg. Datoโ€™ Sri Dr. Shamir Kumar Nandy, Pengarah SOC Healthcare Sdn. Bhd.; YBrs. Encik Muhammad Rezuan bin Abu Samah, Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan MPKK; serta YBrs. Mr. Andy Lim, Ketua Pegawai Eksekutif IFIMAJAYA Sdn. Bhd.

Semoga usaha murni ini dipermudahkan, diberkati dan menjadi mercu tanda baharu dalam pembangunan Kulim serta memberi manfaat berpanjangan kepada rakyat Kulim dan Kedah Darul Aman.

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐€๐๐ƒ๐€๐‘๐€๐˜๐€ ๐€๐‹๐Ž๐‘ ๐’๐„๐“๐€๐‘ ๐Š๐„ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐๐€๐๐ƒ๐€๐‘๐€๐ ๐Š๐”๐‹๐ˆ๐Œ12 Mei 2026 โ€“ Majlis Perbandaran Kulim telah menerima kun...
13/05/2026

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐€๐๐ƒ๐€๐‘๐€๐˜๐€ ๐€๐‹๐Ž๐‘ ๐’๐„๐“๐€๐‘ ๐Š๐„ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐๐€๐๐ƒ๐€๐‘๐€๐ ๐Š๐”๐‹๐ˆ๐Œ

12 Mei 2026 โ€“ Majlis Perbandaran Kulim telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Majlis Bandaraya Alor Setar yang diketuai oleh Puan Hasmahanum Binti Hamzah, Timbalan Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan Majlis Bandaraya Alor Setar. Delegasi tersebut telah disambut oleh Puan Uzwana binti Mahmud, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Perancangan dan Landskap Majlis Perbandaran Kulim.

Lawatan diteruskan ke Kulim Intelligent Command Centre (KICC) bagi memberi pendedahan berkaitan penggunaan teknologi pintar dalam pengurusan bandar, pemantauan operasi bandar secara bersepadu serta pelaksanaan inisiatif ke arah merealisasikan bandar pintar yang lebih efisien, mampan dan berdaya saing. Delegasi turut diberi penerangan mengenai sistem pintar serta pendekatan digital yang dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Kulim dalam memperkukuhkan kecekapan tadbir urus dan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Kunjungan hormat ini menjadi platform perkongsian ilmu, pengalaman dan idea antara kedua-dua pihak khususnya dalam aspek perancangan pembangunan bandar, pengurusan bandar pintar serta transformasi digital pihak berkuasa tempatan.

Hubungan dan kerjasama strategik antara Majlis Perbandaran Kulim dan Majlis Bandaraya Alor Setar akan terus diperkukuhkan demi merealisasikan pembangunan bandar yang lebih mampan, inovatif, berdaya huni dan selaras dengan aspirasi pembangunan bandar pintar negara.


๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‰๐”๐‘๐”๐‘๐€๐–๐€๐“ ๐’๐„๐ƒ๐”๐๐ˆ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh jururaw...
11/05/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‰๐”๐‘๐”๐‘๐€๐–๐€๐“ ๐’๐„๐ƒ๐”๐๐ˆ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh jururawat yang menjadi tunjang penting dalam sistem penjagaan kesihatan negara.

Bertemakan โ€œOur Nurses. Our Future. Empowered Nurses Save Livesโ€, sambutan pada tahun ini menzahirkan pengiktirafan terhadap peranan jururawat yang diperkasa dalam menyelamatkan nyawa serta membentuk masa depan sistem kesihatan yang lebih kukuh dan sejahtera.

Semoga peranan murni para jururawat terus dihargai dalam membentuk masyarakat yang sihat dan sejahtera.

Terima kasih atas khidmat bakti dan pengorbanan yang tidak ternilai.

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐“๐ˆ๐๐‰๐€๐”๐€๐ ๐‹๐Ž๐Š๐€๐’๐ˆ ๐๐€๐๐‰๐ˆ๐‘ ๐Š๐ˆ๐‹๐€๐“ ๐ƒ๐ˆ ๐๐„๐‘๐”๐Œ๐€๐‡๐€๐ ๐๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐‰๐”๐๐‰๐Ž๐๐†11 Mei 2026 - Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) telah...
11/05/2026

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐“๐ˆ๐๐‰๐€๐”๐€๐ ๐‹๐Ž๐Š๐€๐’๐ˆ ๐๐€๐๐‰๐ˆ๐‘ ๐Š๐ˆ๐‹๐€๐“ ๐ƒ๐ˆ ๐๐„๐‘๐”๐Œ๐€๐‡๐€๐ ๐๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐‰๐”๐๐‰๐Ž๐๐†

11 Mei 2026 - Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) telah mengadakan lawatan tinjauan ke lokasi kejadian banjir kilat di kawasan Perumahan PRIMA Junjong susulan hujan lebat yang berlaku pada petang kelmarin.

Datoโ€™ Yang Dipertua MPKK turun padang bagi melihat sendiri keadaan di tapak, meninjau kawasan terlibat serta mengenal pasti tindakan susulan yang perlu dilaksanakan demi kesejahteraan penduduk.

Turut hadir dalam lawatan rasmi ini ialah Pengarah Jabatan Perancangan Dan Landskap, Pengarah Jabatan Kesihatan Dan Persekitaran, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kejuruteraan serta YB Wong Chia Zhen, ADUN Kulim. Tinjauan turut memberi fokus kepada keadaan sistem perparitan dan kolam tadahan di kawasan perumahan berkenaan.

Sebagai tindakan awal, MPKK telah mengarahkan pihak pemaju yang dihadiri oleh wakil pihak PRIMA dan perunding untuk memperkukuh kawalan serta pemantauan terhadap kolam tadahan di kawasan tersebut bagi memastikan sistem saliran berfungsi dengan baik dan risiko kejadian banjir kilat dapat dikurangkan.

Komitmen MPKK ini mencerminkan keprihatinan MPKK dalam memastikan keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan komuniti sentiasa diberi keutamaan.

๐’๐„๐‘๐‹๐€๐‡๐Š๐€๐ ๐Š๐‘๐„๐€๐“๐ˆ๐•๐ˆ๐“๐ˆ ๐€๐๐ƒ๐€ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐๐„๐‘๐“๐€๐๐ƒ๐ˆ๐๐†๐€๐ ๐Œ๐„๐‘๐„๐Š๐€ ๐๐„๐๐“๐”๐Š ๐€๐‘๐‚๐€! โœจSempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Majlis Perbandar...
11/05/2026

๐’๐„๐‘๐‹๐€๐‡๐Š๐€๐ ๐Š๐‘๐„๐€๐“๐ˆ๐•๐ˆ๐“๐ˆ ๐€๐๐ƒ๐€ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐๐„๐‘๐“๐€๐๐ƒ๐ˆ๐๐†๐€๐ ๐Œ๐„๐‘๐„๐Š๐€ ๐๐„๐๐“๐”๐Š ๐€๐‘๐‚๐€! โœจ

Sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK), orang ramai dijemput menyertai Pertandingan Mereka Bentuk ARCA๐ŸŽจ๐Ÿ›๏ธ

Inilah peluang anda untuk menzahirkan idea kreatif dan menghasilkan rekaan arca yang berpotensi menjadi simbol kebanggaan Kulim!

๐Ÿ† Hadiah menarik menanti pemenang:
๐Ÿฅ‡ RM5,000
๐Ÿฅˆ RM3,000
๐Ÿฅ‰ RM1,500

๐Ÿ“… Tarikh mula penyertaan: ๐Ÿ๐Ÿ ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
๐Ÿ“… Tarikh tamat penyertaan: ๐Ÿ‘๐Ÿ ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

โœ… Penyertaan adalah ๐๐„๐‘๐‚๐”๐Œ๐€

๐Ÿ“ฒ Klik Pautan Penyertaan atau Imbas QR pada poster untuk penyertaan dan maklumat lanjut.
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeovjQDNPcOTO_WAX0BXIhiVI2r-y5jNnk2nY17nMDsV-UseQ/viewform?usp=dialog

Jangan lepaskan peluang untuk mengetengahkan idea, bakat dan kreativiti anda dalam mencipta mercu tanda yang bermakna untuk Kulim!


11/05/2026

๐๐„๐‘๐ˆ๐“๐€ ๐‘๐“๐Œ | ๐Œ๐๐Š๐Š ๐‚๐ˆ๐๐“๐€ ๐‘๐„๐Š๐Ž๐ƒ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐๐Ž๐Ž๐Š ๐Ž๐… ๐‘๐„๐‚๐Ž๐‘๐ƒ๐’

Sedutan liputan RTM sempena ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐‰๐จ๐ฆ ๐“๐š๐ง๐š๐ฆ ๐๐จ๐ค๐จ๐ค: โ€œ๐Ÿ ๐–๐š๐ซ๐ ๐š ๐Œ๐๐Š๐Š ๐Ÿ ๐๐จ๐ค๐จ๐คโ€ anjuran Majlis Perbandaran Kulim Kedah bersempena dengan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun MPKK.

Program yang berlangsung pada 9 Mei 2026 di Kawasan Lapang, Kulim Hi-Tech Fasa 4A ini menyaksikan MPKK melakar sejarah apabila berjaya mencipta rekod Malaysia Book of Records menerusi penanaman ๐Ÿ•๐ŸŽ๐ŸŽ ๐›๐š๐ญ๐š๐ง๐  ๐ฉ๐จ๐ค๐จ๐ค ๐“๐š๐›๐ž๐›๐ฎ๐ข๐š ๐๐ž๐ง๐ญ๐š๐ฉ๐ก๐ฒ๐ฅ๐ฅ๐š ๐š๐ญ๐š๐ฎ ๐“๐ž๐ค๐จ๐ฆ๐š dalam tempoh ๐ฌ๐š๐ญ๐ฎ ๐ฆ๐ข๐ง๐ข๐ญ.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen MPKK dalam memperkukuh agenda kelestarian, menghijaukan kawasan perbandaran serta menjadikan Kulim sebuah bandar yang lebih indah, kondusif dan mesra alam.

Terima kasih kepada RTM atas liputan ini.

Tonton liputan penuh di YouTube:
https://www.youtube.com/watch?v=g2pOe8nI9KE

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐ˆ๐๐”Majlis Perbandaran Kulim mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ibu kepada seluruh insan bergelar ...
10/05/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐ˆ๐๐”

Majlis Perbandaran Kulim mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ibu kepada seluruh insan bergelar ibu yang menjadi sumber kekuatan, kasih sayang dan inspirasi dalam kehidupan.

Bersempena sambutan Hari Ibu 2026 dengan tema โ€œSeteguh Kasih Ibuโ€, pengorbanan, ketabahan dan kasih sayang seorang ibu amat besar nilainya serta menjadi tiang kekuatan dalam institusi keluarga dan masyarakat.

Semoga segala jasa, pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan oleh setiap ibu terus dihargai, disanjung serta diberkati sepanjang masa.

Selamat Hari Ibu 2026 buat semua ibu yang sentiasa menjadi cahaya, penawar dan kekuatan dalam setiap langkah kehidupan. ๐Ÿ’•



๐Œ๐๐Š๐Š ๐‚๐ˆ๐๐“๐€ ๐‘๐„๐Š๐Ž๐ƒ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐๐Ž๐Ž๐Š ๐Ž๐… ๐‘๐„๐‚๐Ž๐‘๐ƒ๐’ ๐Œ๐„๐‹๐€๐‹๐”๐ˆ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐„๐๐€๐๐€๐Œ๐€๐ ๐Ÿ•๐ŸŽ๐ŸŽ ๐๐Ž๐Š๐Ž๐Š ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐Ÿ ๐Œ๐ˆ๐๐ˆ๐“9 Mei 2026 โ€“ Majlis Perbandar...
09/05/2026

๐Œ๐๐Š๐Š ๐‚๐ˆ๐๐“๐€ ๐‘๐„๐Š๐Ž๐ƒ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐๐Ž๐Ž๐Š ๐Ž๐… ๐‘๐„๐‚๐Ž๐‘๐ƒ๐’ ๐Œ๐„๐‹๐€๐‹๐”๐ˆ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐„๐๐€๐๐€๐Œ๐€๐ ๐Ÿ•๐ŸŽ๐ŸŽ ๐๐Ž๐Š๐Ž๐Š ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐Ÿ ๐Œ๐ˆ๐๐ˆ๐“

9 Mei 2026 โ€“ Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) hari ini mencipta rekod Malaysia Book Of Records menerusi Program Jom Tanam Pokok: โ€œ1 Warga MPKK 1 Pokokโ€ yang diadakan di Kawasan Lapang, Kulim Hi-Tech Fasa 4A, bersempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Majlis Perbandaran Kulim.

Program ini turut menyasarkan penanaman sebanyak 700 batang pokok Tabebuia Pentaphylla, atau Tekoma, dalam tempoh satu minit sebagai usaha melakar nama dalam Malaysia Book of Records. Sijil pengiktirafan MBR diserahkan oleh Pegawai Rasmi MBR, Encik Megat Faris Hussein Megat Muzaffar Shah kepada Yang Dipertua MPKK, Dato' Haji Elmi bin Yusoff, selepas program penanaman selesai.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, antaranya YB Datoโ€™ Azman bin Nasrudin, Ahli Parlimen Padang Serai; YBhg. Dato Haji Mohd Sahil bin Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd.; YBhg. Datin Azlina binti Md. Zuki, Pengerusi PUSPANITA MPKK; Tuan Haji Badrol Hisam bin Mohd Yusoff, Ketua Whip Ahli Majlis; serta Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi, Setiausaha MPKK.

Program ini turut dihadiri oleh wakil-wakil industri dan agensi berkaitan termasuk Federation of Malaysian Manufacturing, KHTP Industrial Tenants Association, Pemaju Kelang Lama Sdn. Bhd., Gultech (Malaysia) Sdn. Bhd., EVE Energy (M) Sdn. Bhd., AT&S Malaysia, Ahli-Ahli Majlis MPKK, pengarah-pengarah jabatan serta warga kerja MPKK.

Dalam ucapan perasmiannya, Datoโ€™ Yang Dipertua MPKK menegaskan bahawa pemilihan kawasan Perindustrian Hi-Tech Fasa 4A sebagai lokasi program membawa mesej yang amat signifikan dan berwibawa. Ia mencerminkan komitmen MPKK dalam memperkukuhkan imej Kulim sebagai destinasi utama pelaburan industri berteknologi tinggi di peringkat global.

Beliau turut menekankan bahawa MPKK bukan lagi sekadar sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menguruskan perbandaran dan infrastruktur, sebaliknya telah berevolusi menjadi peneraju perbandaran industri berteknologi tinggi dan lestari. Selaras dengan aspirasi tersebut, usaha penanaman pokok tekoma atau โ€œSakura Malaysiaโ€ dilaksanakan sebagai inisiatif menghijaukan semula kawasan industri agar lebih indah, kondusif dan mesra alam, di samping berfungsi sebagai penapis karbon semula jadi melalui landskap yang lebih hidup dan mampan.

Justeru itu, jadikan setiap pohon yang ditanam hari ini sebagai lambang harapan, semangat dan komitmen untuk terus menabur bakti dengan lebih subur, lebih rimbun dan lebih bermakna kepada masyarakat serta generasi akan datang.



๐Ÿ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐†๐ˆ ๐Œ๐„๐๐”๐‰๐” ๐ƒ๐„๐“๐ˆ๐Š ๐๐„๐‘๐’๐„๐‰๐€๐‘๐€๐‡! ๐ŸŒณ ๐’๐ˆ๐€๐‘๐€๐ ๐‹๐€๐๐†๐’๐”๐๐† ๐๐„๐๐‚๐ˆ๐๐“๐€๐€๐ ๐‘๐„๐Š๐Ž๐ƒ ๐๐€๐‡๐€๐‘๐” ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐๐Ž๐Ž๐Š ๐Ž๐… ๐‘๐„๐‚๐Ž๐‘๐ƒ๐’Ayuh warga Kulim!...
08/05/2026

๐Ÿ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐†๐ˆ ๐Œ๐„๐๐”๐‰๐” ๐ƒ๐„๐“๐ˆ๐Š ๐๐„๐‘๐’๐„๐‰๐€๐‘๐€๐‡! ๐ŸŒณ
๐’๐ˆ๐€๐‘๐€๐ ๐‹๐€๐๐†๐’๐”๐๐† ๐๐„๐๐‚๐ˆ๐๐“๐€๐€๐ ๐‘๐„๐Š๐Ž๐ƒ ๐๐€๐‡๐€๐‘๐” ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐๐Ž๐Ž๐Š ๐Ž๐… ๐‘๐„๐‚๐Ž๐‘๐ƒ๐’

Ayuh warga Kulim! Saksikan secara langsung detik bersejarah Majlis Perbandaran Kulim Kedah menerusi ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐‰๐จ๐ฆ ๐“๐š๐ง๐š๐ฆ ๐๐จ๐ค๐จ๐ค: โ€œ๐Ÿ ๐–๐š๐ซ๐ ๐š ๐Œ๐๐Š๐Š ๐Ÿ ๐๐จ๐ค๐จ๐คโ€

MPKK bakal melakar sejarah melalui cubaan rasmi ๐“๐ก๐ž ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐๐จ๐จ๐ค ๐จ๐Ÿ ๐‘๐ž๐œ๐จ๐ซ๐๐ฌ bagi rekod โ€œ๐Œ๐จ๐ฌ๐ญ ๐“๐š๐›๐ž๐›๐ฎ๐ข๐š ๐๐ž๐ง๐ญ๐š๐ฉ๐ก๐ฒ๐ฅ๐ฅ๐š ๐“๐ซ๐ž๐ž๐ฌ ๐๐ฅ๐š๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ข๐ง ๐Ž๐ง๐ž ๐Œ๐ข๐ง๐ฎ๐ญ๐žโ€ dengan penanaman ๐Ÿ•๐ŸŽ๐ŸŽ ๐๐จ๐ค๐จ๐ค ๐“๐š๐›๐ž๐›๐ฎ๐ข๐š ๐๐ž๐ง๐ญ๐š๐ฉ๐ก๐ฒ๐ฅ๐ฅ๐š / ๐๐จ๐ค๐จ๐ค ๐“๐ž๐œ๐จ๐ฆ๐š ๐ฌ๐ž๐œ๐š๐ซ๐š ๐ฌ๐ž๐ซ๐ž๐ง๐ญ๐š๐ค ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐ญ๐ž๐ฆ๐ฉ๐จ๐ก ๐Ÿ ๐ฆ๐ข๐ง๐ข๐ญ.

Program ini turut menjadi simbol komitmen MPKK dalam menghijaukan Daerah Kulim, menyokong agenda kelestarian bandar, serta mendukung aspirasi hijau Negeri Kedah melalui usaha peningkatan litupan hijau dan pemeliharaan alam sekitar. ๐Ÿ’š

๐Ÿ“… Tarikh: 9 Mei 2026 (Sabtu)
โฐ Masa: 7.30 pagi hingga 11.00 pagi
๐Ÿ“ Lokasi: Kawasan Lapang, Hi-Tech Fasa 4A
๐Ÿ“ฒ Siaran langsung: TikTok rasmi Majlis Perbandaran Kulim

Jangan lupa bersama kami menyaksikan detik penuh bermakna ini. Sama-sama kita mencipta sejarah dan hijaukan Daerah Kulim!




๐Š๐”๐‹๐ˆ๐Œ ๐๐€๐Š๐€๐‹ ๐‚๐ˆ๐๐“๐€ ๐’๐„๐‰๐€๐‘๐€๐‡! ๐Ÿ•๐ŸŽ๐ŸŽ ๐๐จ๐ค๐จ๐ค ๐ƒ๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐Ÿ ๐Œ๐ข๐ง๐ข๐ญ! ๐ŸŒณMajlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) akan mengadakan Program Jom T...
07/05/2026

๐Š๐”๐‹๐ˆ๐Œ ๐๐€๐Š๐€๐‹ ๐‚๐ˆ๐๐“๐€ ๐’๐„๐‰๐€๐‘๐€๐‡!
๐Ÿ•๐ŸŽ๐ŸŽ ๐๐จ๐ค๐จ๐ค ๐ƒ๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐Ÿ ๐Œ๐ข๐ง๐ข๐ญ! ๐ŸŒณ

Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) akan mengadakan Program Jom Tanam Pokok: โ€œ1 Warga MPKK 1 Pokokโ€ sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun MPKK 2026.

Program ini turut melibatkan cubaan rasmi Malaysia Book of Records menerusi penanaman 700 pokok Tabebuia Pentaphylla secara serentak dalam tempoh 1 minit.

๐Ÿ“… Tarikh: 9 Mei 2026 (Sabtu)
โฐ Masa: Bermula 9.00 pagi
๐Ÿ“ฒ Saksikan SIARAN LANGSUNG menerusi TikTok Rasmi Majlis Perbandaran Kulim

Ayuh bersama-sama menyaksikan detik bersejarah ini secara online dan menyokong usaha MPKK dalam memperkasakan agenda bandar hijau dan kelestarian alam sekitar. ๐Ÿ’š



Address

MPKK, No. 1, Lebuh Bandar 2, Bandar Putra
Kulim
09000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6044325225

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Perbandaran Kulim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Perbandaran Kulim:

Share